Fund for Blog Development-Please click

Wednesday, October 27, 2010

Kelebihan Anda Memiliki Polisi Takaful Prudential BSN



Polisi percuma sepanjang hayat untuk penyakit kritikal.
Biarkan kami membantu anda dengan membayar polisi anda. Anda hanya perlu berehat untuk menjadi sihat.
Tabungan percuma sepanjang hayat selepas penyakit kritikal.
Biarkan kami menabung untuk anda walaupun anda telah hilang punca pendapatankerana penyakit yang dihadapi.
Menambahkan simpanan anda kerana polisi Takaful Prudential BSN adalah investment – linked.
Sebahagian daripada premium digunakan untuk pelaburan. Hasil daripada pelaburan akan dimasukan ke dalam akaun anda. Oleh itu, bayaran yang dibuat untuk premium polisi takaful tidak hangus, sebaliknya wang anda akan bertambah dengan adanya pelaburan.
Pelepasan cukai untuk anda sebanyak RM 6000.00 setahun untuk polisi takaful dan KWSP.
Daripada menggunakan wang anda untuk membayar cukai, sebaiknya wang tersebut digunakan untuk membeli polisi takaful. Selain menjimatkan wang anda daripada membayar cukai, polisi takaful daripada Prudential BSN memberikan anda perlindunganyang lengkap dan juga pulangan wang daripada pelaburan.
Anda bebas memilih hospital untuk merawat anda.
Dengan rangkaian hospital yang besar (70 lebih panel hospital di serata negara) dan semakin berkembang, anda bebas untuk memilih hospital yang dapat mengubati penyakit anda. Contoh hospital adalah seperti Subang Jaya Medical Center, Prince Court Hospital dan rangkaian hospital Gleneagles.
Anda dilindungi 24 jam di serata dunia.
Walaupun dimana anda berada sama ada untuk tujuan kerja mahupun bercuti, polisi Prudential BSN Takaful akan melindungi anda.
Kemudahan untuk anda mendapatkan penjagaan jururawat persendirian di rumah.
Jika anda tidak senang berada di hospital untuk rawatan, anda boleh mendapatkan jururawat persendirian di rumah untuk merawat dan menjaga anda untuk pulih.
Menyelamatkan simpanan anda dengan Had Seumur Hidup yang tinggi untuk Medical Card.
Had seumur hidup bermula daripada RM 500,000 hingga RM 1,500,000. Had seumur hidup yang tinggi untuk Medical Card melindungi simpanan hari tua anda daripada bil ataupun kos rawatan perubatan yang mahal dan semakin meningkat.
Had Tahunan yang tinggi untuk Medical Card.
Had tahunan bermula daripada RM 50,000 hingga RM 150,000. Had tahunan yang tinggi memastikan anda berasa tenang dan selamat kerana anda dan simpanan anda dilindungidaripada bil rawatan hospital.
Perlindungan Medical Card yang lama sehingga anda berumur 70 tahun atau 80 tahun.
Anda akan dilindungi untuk suatu tempoh masa yang lama sehingga berumur 70 tahunatau 80 tahun. Tempoh yang lama ini memastikan simpanan hari tua anda dapatdimanfaatkan untuk kebaikkan anda sekeluarga tetapi bukan untuk bil rawatan hospital.
Perlindungan khusus untuk penyakit wanita
Melindungi anda daripada penyakit yang khusus menyerang wanita yang melibatkan cervix uteri, ovary dan banyak lagi.
Perlindungan untuk bakal ibu dan ibu
Sebagai bakal ibu atau pun ibu, anda dilindungi daripada penyakit yang disebabkan mengandung, keguguran, kematian anak (30 hari selepas bersalin) dan banyak lagi.
Mengurangkan komitmen anda dengan premium kekal.
Premium bayaran untuk polisi Prudential BSN Takaful adalah kekal untuk sepanjang hayat.Prudential BSN Takaful memudahkan dan meringan komitmen anda untuk memiliki polisi takaful dengan bayaran premium yang kekal walaupun usia anda semakin meningkat.
Untuk maklumat PERCUMA, hubungi khairul 016 222 8504

Kaum Hawa Must Baca Rencana Nie- Hubungi Saya 016 222 8504 untuk keterangan lanjut


MENGAPA WANITA PERLUKAN INSURANS
Oleh kerana wanita hari ini begitu istimewa dan memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki, mereka memerlukan perancangan insurans yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin.
UNTUK MELINDUNGI KEBAJIKAN SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan insurans, adalah kerana kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.
Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak bekerja lagi?
Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.
Menyimpan dari sekarang, kurang peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.
UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.
UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan hospitalnya.
UNTUK MENGHARGAI JASA BAIK IBU BAPA
 Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.
petikan : Mingguan Wanita

Tuesday, October 26, 2010

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan
          Assalammualaikum dan salam sejahtera saudara semua, saya ingin berkongsi dengan anda tentang betapa pentingnya perlindungan insurans. Marilah kita kongsi bersama...
           Saya percaya sebaik saja anda membuka mini website ini, perkara pertama yang anda fikirkan ialah INSURANS... dan saya yakin kebanyakan dari kita masih mempunyai kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya perlindungan insurans, terutama dari kalangan orang Melayu kita. Persepsi kebanyakan dari kita sangatlah negatif terhadap perlindungan insurans. Saya sangat berharap agar anda tidak begitu.
Sedikit pertanyaan dari saya, bagaimanakah cara anda menyimpan wang anda? Adakah anda sedang merancang untuk membuat simpanan jangka panjang? Adakah diri anda boleh kekalkan tahap disiplin untuk membuat simpanan jangka panjang dengan konsisten.
Selalunya sikap kita kalau secara sengaja nak buat simpanan dengan penuh disiplin untuk satu tempoh jangka panjang amatlah sukar sekali. Percaya atau tidak itulah sikap sebenar kebanyakan dari kita. Tetapi kalau kita beli sesuatu barang dengan cara berhutang kita akan cuba sedaya upaya untuk membayar sepenuhnya. Kita boleh membayarnya.
Sekarang mari saya tunjukkan cara kita membuat simpanan dengan cara membeli sesuatu. Bayangkan kita membeli sesuatu barang dengan tempoh bayaran yang panjang, sedangkan barang tersebut tidak rosak dan juga tidak susut nilai. Ditambah pula barang tersebut boleh digunakan semasa kita susah atau sakit.
Sebenarnya itulah konsep kami di Prudential. Anda membeli polisi untuk jangka panjang dengan nilai simpanan tertentu. Nilai tersebut tidak susut. Dan apabila anda sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital anda tidak perlu menggunakan nilai simpanan tersebut. Dari polisi tersebut disertakan kad kemudahan hospital dengan nilai minimum yang tinggi!
Bagaimana sekiranya penyakit tersebut akan menyebabkan anda tidak boleh bekerja lagi? Apatah lagi bagi anda yang masih muda umurnya. Bagaimana anda nak meneruskan simpanan? Anda tidak perlu risau tentang itu, kerana simpanan anda akan terus dibuat oleh Prudential sehingga anda tua!!!
Walaupun menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan skim perubatan percuma kepada rakyat, tetapi lihatlah realitinya apa yang berlaku di hospital kerajaan. Apabila perlu melakukan pembedahan besar kita selalunya perlu menunggu giliran. Kita tentu sedia maklum tentang prosesnya dan perkhidmatan yang kita terima tidaklah sama seperti di hospital pakar yang kita bayar (insurans yang bayar).
Jadi, rancanglah simpanan kewangan anda untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar. Sudahkah anda bersedia untuk :-
1.        Menghadapi kehidupan selepas anda bersara?
2.        Perbelanjaan bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak anda di institusi pengajian tinggi kelak?
3.        Menempuh saat-saat mendukacitakan dan sukar (sakit)  dalam hidup anda?
4.        Lain-lain keperluan anda...?
       
       Kebanyakan dari kita mungkin secara tidak sedar akan perkaran ini. Kepada anda yang bijak dan bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarga pasti memikirkan hal ini. Untuk anda yang mampu sekurang-kurangnya peruntukanlah antara 10 - 15% dari pendapatan bulanan untuk perlindungan insurans terutama dari jenis pelaburan kerana ia ada pulangan dan premiumnya tidak hangus.
Prudential BSN Takaful dengan simpanan bermula dari minimum RM 3.33 sen sehari... pastinya memenuhi segala keperluan anda pada masa hadapan... meskipun anda tidak perlukan rawatan dalam hidup anda, anda masih boleh menikmati simpanan anda di hari tua...
 Hubungi saya (atau layarilah mini website saya ini seterusnya), saya akan tunjukkan bagaimana pelan ini dapat membantu anda... malah anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan untuk membayar nilai bil-bil rawatan perubatan anda yang besar... dan sekiranya anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang dianggap kritikal oleh doktor, pelan ini akan memastikan akaun simpanan anda masih ada "wang masuk" sebagaimana yang anda simpan semasa sihat dahulu sehingga umur anda tua!!!  ...ini bermakna simpanan anda tidak akan terjejas walaupun anda sudah tidak boleh bekerja lagi... jika suami/isteri atau anak-anak anda yang mempunyai pelan berasingan di bawah anda, anda juga tidak perlu lagi membuat simpanan untuk mereka malah simpanan mereka akan diteruskan!!!
Realitinya wang simpanan anda tidak akan terusik atau terganggu apabila anda terpaksa dimasukkan ke hospital. Sekiranya anda simpan wang anda di bank atau ASB, anda tidak akan mendapat kemudahan seperti ini. Saya pasti pelan yang terbaik untuk anda adalah dari Prudential! 
“Saya yakin ANDA dan AHLI KELUARGA ANDA memerlukan pakej yang LENGKAP dan SETELUS ini… rancanglah untuk masa depan yang lebih terjamin… pelan dengan pakej yang terbaik dari PRUDENTIAL ini pasti mampu memenuhi keperluan hidup anda sepenuhnya”
 
Saya hanya ingin membantu anda...
Pilihlah yang terbaik untuk kehidupan anda...

Sayangi Diri Anda Kami dapat Membantu Bila Saat Anda Memerlukanya

Berikan pendidikan yang sempurna kepada anak anda
MINIMA dari RM50 sebulan 
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun begitu, kos pendidikan di Universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup ini yang sukar diramalkan bermakana peruntukan mesti dibuat demi memastikan pendidikan anak anda tidak terjejas. Ketika itu barulah anda yakin bahawa anda juga telah memberikan mereka hadiah yang kekal sepanjang hayat. Tiada pelan lain yang mampu melakukan selengkap atau semudah TakafulCerdik education plan. Itulah sebabnya ia merupakan pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.
Lindungi pendidikan dan kesejahteraan masa depan anak anda
 
TakafulCerdik education plan adalah berkaitan pelaburan berpremium tetap yang matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun. Pelan ini bukan saja memberi perlindungan terhadap pendidikan dan kesihatan anak anda, malah ia juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah.
Kini, anda boleh memberikan dua hadiah paling bernilai kepada anak anda – pendidikan dan perlindungan – melalui satu pelan yang paling inovatif dan kombinasi cirri-cirinya yang unik.
"Kita atau dia..."

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia...kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.


Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

Senarai manfaat dan penerangan...

1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)
- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)

- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)


- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5- Elaun Hospital

- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.
6- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10- Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya

  • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal
  • Pembayar meninggal dunia
  • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
  • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.

11- Pulangan Pelaburan

- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).

- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver

- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver
Pelan yang memberikan anda lebih kefleksibelan
·         Menambah dana pendidikan anak anda pada bila-bila masa dengan pembayaran sekaligus.
·         Menukar pelaburan anda antara dana-dana TakafulCerdik pada bila-bila masa.
·         Membuat pengeluaran untuk membayar yuran pendidikan universiti anak anda pada bila-bila masa.
·         Anak anda boleh memilih untuk mengambil polisi TakafulCerdik yang baru untuk jumlah manfaat yang sama tanpa bukti kebolehinsuranan apabila mereka mencapai umur 25 tahun dan nilai matang dibayar.
·         Menunaikan polisi anda pada bila-bila masa.
Ringkasan Manfaat
Untuk Perlindungan Anak Anda
·         Manfaat Kematian : Jumlah diinsuranskan dan nilai unit akan dibayar. Untuk anak yang berumur di bawah 5 tahun, bahagian daripada jumlah diinsuranskan yang akan dibayar ialah di antara 20% hingga 80%.
·         Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal ( TPD ) : Jumlah diinsuranskan akan dibayar sekiranya berlaku TPD. Unit-unit kekal di dalam akaun. Untuk anak yang berumur di bawah 5 tahun, bahagian daripada jumlah diinsuranskan yang akan dibayar ialah di antara 20% hingga 80%.
·         Manfaat Pilihan : Untuk perlindungan tambahan anak anda - penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat pilihan lain juga boleh didapati.
·         Amaun Perlindungan Yang Fleksibel : Anda boleh mengubah amaun perlindungan untuk anak anda sementara mengekal premium anda ( Tertakluk kepada peraturan-peraturan pengunderaitan ).
Untuk Dana Pendidikan Anak Anda
·         Dana-dana TakafulCerdik : Pilih dana yang sesuai dengan selera risiko anda.
·         TAKAFULsaver : Memberi anda kefleksibelan untuk menambahkan dana pendidikan anak anda.
·         Kemudahan Pertukaran Dana : 1 pertukaran PERCUMA antara dana-dana TakafulCerdik setiap tahun.
·         Penambahan : Menambahkan dana pendidikan anak anda pada bila-bila masa.
·         Pengeluaran : Membuat pengeluaran untuk membayar yuran pendidikan anak anda pada bila-bila masa.
 Pelan ini adalah terbuka kepada anak-anak yang berumur dari 1 hingga 15 tahun. Untuk ibubapa yang mempunyai polisi, mereka boleh menyesuaikannya sepertimana yang difikir wajar demi kebaikan anak-anak mereka.

Hubungi Saya : 016-222 8504 (Khairul)
email: nusa_007@yahoo.com 


Sediakan Payung Sebelum Hujan
 

Fikir- Fikirkan Hubungi Saya Untuk Maklumat Lanjut