Medical card untuk ‘Retirement Planning’?
Apa itu ‘retirement planning‘?1. KWSP?
2. ASB?
3. Tabung Haji?
4. Unit Trust?
Semua orang selalu ingat merancang untuk persaraan hanyalah mengumpul duit supaya kita dapat meneruskan hidup semasa kita sudah uzur dan tak mampu bekerja lagi. Tapi, apa akan terjadi jika kesemua life savings itu dihabiskan di hospital? Itu yang ramai orang tak ingat nak rancang.
Usia tua secara semulajadinya merupakan masa sistem imun badan berkurang dan metabolisme merosot. Pada waktu inilah kita selalu diserang penyakit combo… darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi. Seterusnya ini membawa kepada penyakit kritikal seperti sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Akhirnya ikhtiar kita untuk panjang umur mengakibatkan kita terpaksa menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk membayar doktor dan membeli ubat.
Employee benefit yang kita banggakan suatu ketika dahulu sudah tiada lagi sebab kita bukan lagi employee. Alangkah baiknya kalau ada orang lain yang sanggup bayarkan bil perubatan kita supaya wang persaraan yang susah payah disimpan dapat digunakan untuk pergi haji dan melancong. Untuk membeli rumah yang cantik. Sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan harian kita selagi ada umur dan sebagai peninggalan sesudah kita pergi.
Itulah perkara kedua terpenting yang perlu diambil kira dalam ‘Retirement Planning‘. KWSP, ASB dan Unit trust sebagai ‘Retirement Fund‘ dan kad perubatan sebagai ‘fund protector’. Dapatkan plan takaful 6 dalam 1 ketika masih muda sebab masa itu masih murah. Tak rugi ada medical card walaupun sudah ada perlindungan perubatan dari majikan sebab tujuan medical card itu ialah untuk digunakan waktu persaraan. Medical card TakafulHealth boleh digunakan sehingga umur 70 atau 80. Masa muda, ’saving’ dulu medical card ini. Gunakan saja yang majikan bagi selagi boleh. Bila kita dah bersara dan tiada lagi perlindungan perubatan dari majikan, barulah kita guna kad perubatan yang kita ambil masa muda-muda dulu. Tambahan pula, wang simpanan dan pelaburan dalam akaun takaful kita pun dah banyak sebab sudah lama kita mencarum. Itu pun sebahagian ‘Retirement Fund‘ kita. Barulah manis persaraan… tak gitu?
Ingat, jangan tunggu terlalu lama untuk dapatkan plan takaful. Makin tua makin mahal kosnya. Jumlah simpanan bila tiba persaraan pun kurang. Tapi yang paling kita risaukan, kalau dah ada sakit sebelum sempat ambil. Boleh jadi sukar atau mustahil kalau nak dapatkan plan takaful bila dah jadi macam tu.
Bayangkan pula mereka yang terpaksa dibersarakan awal akibat penyakit kritikal atau kecacatan kekal. Alangkah senangnya hati kalau ada medical card peribadi, kerana pada waktu itulah kita PALING memerlukan perlindungan perubatan tetapi majikan tidak lagi memberikannya. TakafulHealth akan melangsaikan kos perubatan kita dari situ. Wang simpanan persaraan kita…………selamat, insyaallah.
Berminat : 016 222 8504 -Khairul
email : nusa_007@yahoo.com
No comments:
Post a Comment