Fund for Blog Development-Please click

Friday, April 15, 2011

Top 3 Wories

The Star melalui kaji selidik yang dijalankan oleh 'Global Payment Visa'  melaporkan bahawa tiga elimen utama yang menjadi kerisauan maysarakat Malaysia ialah Kos Hidup, Perubahan Gaji dan Hutang Peribadi.Mengikut kajian tersebut yang dijalankan pada 21 Ogos sehingga 23 September tahun lepas (2009), mendapati 69% daripada masyarakat Malaysia menyatakan bahawa mereka sangat risau
tentang perbelanjaan Kos Hidup (yang semakin meningkat), manakala 59% lagi risau akan Perubahan Gaji dan Hutang Peribadi.
Walaubagaimanapun, mengikut kajian tersebut lagi menyatakan "Masyarakat Malaysia kurang bimbang berkenaan dengan Dana Persaraan dan portfolio, dan Kadar Feadah yang tidak tetap".

Ulasan:
Berdasarkan kaji selidik yang kita dapati daripada laporan akhbar di atas, kita boleh membuat kesimpulan iaitu perkara utama yang menjadi kerisauan masyarakat kita ialah :
  1. Kos Hidup yang semakin meningkat
  2. Perubahan Gaji
  3. Hutang Peribadi (personal debt)
Walaubagaimanapun, apa yang pelik ialah mereka tidak berapa risau tentang kos hidup selepas persaraan.  Sebenarnya, perkara ini juga mesti diberi perhatian serius.
Mengikut kajian lain yang dibuat, pesara-pesara akan menghabiskan wang KWSP di dalam masa 3 hingga 4 tahun selepas bersara.   Kalau begitu bagaimana kita hendak hidup dengan selesa jika wang persaraan kita cuma cukup untuk beberapa tahun sehaja selepas bersara?
Bagi mereka yang mempunyai skim pencen pula, masalah Inflasi pula harus diberi perhatian.  Kadar inflasi berlaku tiap-tiap tahun, oleh itu nilai wang RM1,000 pada hari ini adalah tidak sama pada 10 tahun akan datang!.
Cuba kita ingatkan kembali - nilai wang RM50 pada 10 tahun sebelum ini dengan nilai RM50 sekarang!  Benda yang sama akan berlaku pada 10 atau 20 tahun akan datang.  Oleh itu, hendak atau tidak kita mesti bertindak dari sekarang untuk mencipta Dana Persaraan tambahan untuk kehidupan di masa persaraan nanti.
Berbalik kepada kerisauan masyarakat tentang Kos Hidup yang semakin meningkat, ketakutan kepada perubahan Gaji, dan Hutang Peribadi - maka apakah lagkah yang kita telah lakukan?
Risau sahaja tidak akan mengatasi masalah.  Kita mesti bertindak untuk mengelakan perkara yang menjadi kerisauan daripada berlaku. Kita tidak boleh menghalang kadar inflasi -- harga barang akan terus meningkat tahun demi tahun, manakala gaji/pendapatan kita pula tidak meningkat selaras dengan peningkatan kos hidup,  kesannya kita terjerat dengan Hutang Peribadi.
Kalau dalam keadaan sekarang pun kita sudah risau dengan apa yang ada, maka bagaimana pula jika sesuatu musibah berlaku kepada kita yang berperanan sebagai pencari nafkah kepada keluarga?  Sudah tentu ianya akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada orang-orang yang kita sayangi.
Risiko ada di mana-mana dan kita tidak boleh menghalang risiko. Walaubagaimanapun, kita boleh membuat perancangan  bagaimana untuk menghadapi risiko tersebut sekiranya iaya terjadi.  Dengan adanya perancangan, maka kesan yang akan kita terima tidaklah begitu teruk.
Kami di Etiqa Takaful boleh merangka pelan yang paling sesuai untuk diberikan kepada peserta.  Setiap orang mempunyai masalah dan risiko yang berlainan, oleh itu cara penyelesai atau pelan tindakan juga berbeza.

No comments:

Post a Comment