Lepas baca entry Dana Kecemasan minggu lepas, ada yg dah mula menabung. Tapi persoalannya, hutang pon ada. Jadi, yg mana patut didahulukan?
Banyak faktor yg mempengaruhi. Antaranya faktor kepentingan/kesesakan peminam wang, simpanan sedia ada penghutang, kestabilan kerja dll. Sebaiknya jika hutang yang kecil seperti kepada kawan etc, dan kebetulan anda ada wang lebih disebabkan mengurangkan perbelanjaan lain ie makan luar, jadi bayarlah hutang kepada kawan dulu.
Dave Ramsey mencadangkan supaya setiap individu sebaiknya membuat 1) Dana kecemasan dahulu dan 2) Diikuti membayar hutang. Yelah..hutang rumah dan kereta, takkan habis dalam masa yg singkat kan?
Bagi saya, kedua-duanya sama penting. Jadi, terpulang kepada anda strategi apa yg akan anda gunakan. Yang pastinya, kita memerlukan displin, komitment and azam untuk memastikan kedua-dua komitmen kewangan tersebut terlaksana. Pada waktu yg sama, jgn pula sewenang-wenang menambah hutang sedia ada.
Kurangkan perbelanjaan yang tak patut dan hidup berjimat cermat juga boleh membantu kita membayar hutang dan membuat dana kecemasan
Saya suka menolak ( secara baik) setiap salesman/bankman yang approach utk buat hutang peribadi mahupun kad kredit. Maaf yer! :D Wrong no plss
Wednesday, February 2, 2011
Dana Kecemasan: perlu sangat ker?
Penah dengar tentang Dana Kecemasan? Pasti pernah bukan. Jadi, anda sudah ada ker Dana Kecemasan?
Dana kecemasan ni bermaksud satu dana dimana anda memerlukan wang di saat-saat kecemasan atau tidak diduga/tidak disangka. Contohnya:
- Anak jatuh sakit dan memerlukan perbelanjaan utk rawatan kesihatan
- Kereta anda tiba-tiba tanyarnyer meletup
- Bumbung rumah tiba-tiba rosak / berlubang
- Syarikat bekerja bankrup dan kita dibuang kerja
- Dan sebagainya
Bagi saya ianya bergantung kepada jumlah perbelanjaan bulanan anda. Dan juga dipengaruhi dengan faktor lain seperti kestabilan pekerjaan dan tahap risiko kredit anda ( maksudnya lg banyak hutang, lagi tinggi risikonya).
Walaubagaimanapun, pakar kewangan biasanya menasihatkan untuk kita mempunyai Dana Kecemasan antara 3 hingga 6 bulan perbelanjaan isi rumah ( hutang rumah, kereta, makanan, pakaian, lain-lain hutang, belanja sekolah anak, belanja taska etc).
Bagaimana nak mulakan Dana Kecemasan?Anda boleh mulakan serendah RM100/200 sebulan pon ( dari tak buat langsung kan?). Terus aje buat pengkreditan terus ke Akaun Simpanan.
Dimana patut saya simpan wang utk Dana Kecemasan?
Simpanlah wang anda ke dalam akaun simpanan yang memberi pulangan yang agak memberangsangkan. Contoh Tabung Haji. Tiada gunanya menyimpan wang bawah bantal atau dlm tabung di rumah. Tanpa pulangan dan ditambah inflasi, simpanan anda semakin menyusut!
Lagi bagus kalau simpanan anda itu susah nak dikeluarkan, contohnya tak perlu guna kad ATM. Bila perlu guna, hanya ke kaunter pada waktu pejabat. Jika tahap displin tinggi, ok jek nak guna akaun simpanan dengan kad ATM.Bila boleh guna Dana Kecemasan?
Ingat, wang ni hanya utk Kecemasan. Kes-kes di bawah ni bukan kecemasan tauu :
- Beli handbag Coach ( erks..syok juga kalau dpt 1 :p)
- Beli kasut Clarks
- Pergi melancong / bercuti
Selamat membuat Dana Kecemasan anda! Yang dah ada tahniah diucapkan :D
No comments:
Post a Comment