Fund for Blog Development-Please click

Sunday, June 12, 2011

Merancang Persaraan melalui Pelaburan Unit Amanah










Ramai yang menganggap bahawa dengan menabung sahaja, kita sudah boleh menampung kehidupan selepas bersara nanti. Sama ada kita menabung di dalam akaun simpanan biasa (seperti akaun Wadiah, Tabung Haji) ataupun simpanan KWSP. Namun, statistik menunjukkan bahawa simpanan KWSP tersebut akan habis dalam tempoh 2-3 tahun sahaja. Mengapa berlaku sedemikian?
Kita sering terlupa kesan inflasi terhadap perancangan kewangan kita yang boleh menyebabkan ramai orang miskin selepas bersara. Menabung adalah tabiat yang baik, tetapi kadar pulangannya (atau keuntungannya) seringkali tidak boleh mengatasi kadar inflasi. Jika menabung sahaja, pulangan yang anda dapat mungkin sekitar 3-4% setahun, akan tetapi, kadar inflasi boleh naik sehingga melebihi 6%!. Ini bermakna, nilai duit kita di dalam akaun simpanan tersebut tidak bertambah, sebaliknya semakin berkurangan!
Oleh sebab itu, kita digalakkan melaburkan duit kita, dan bukannya sekadar menyimpan di dalam akaun simpanan biasa sahaja. Ada banyak instrumen pelaburan di pasaran, seperti pelaburan unit amanah, saham, hartanah, komoditi, derivatif dan lain-lain lagi. Tetapi, pelaburan yang manakah yang paling sesuai dengan anda?
Jika anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkan Skim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalam pelaburan unit amanah yang diluluskan.
En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuah artikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan menarik mengenai . Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia. Kajian beliau mengambil kira perkara-perkara berikut:
  • purata umur memulakan pekerjaan ialah pada 25 tahun;
  • bersara pada umur 55 tahun (selepas 30 tahun bekerja);
  • purata tempoh kehidupan selepas bersara adalah 20 tahun (boleh hidup sehingga umur 75 tahun);
  • gaji permulaan RM 1,500 dengan 2 bulan bonus setahun;
  • kenaikan gaji tahunan adalah 8% setahun;
  • kadar pulangan KWSP adalah 5% setahun,
  • jumlah caruman KWSP adalah 23% setahun (11% pekerja, 12% majikan);
  • kadar inflasi adalah 3% setahun;
Daripada kajian tersebut, gaji akhir yang akan diterima pada umur 55 tahun ialah RM13,976. Dengan gaji akhir tersebut, simpanan KWSP mampu bertahan selama 20 tahun sekiranya kita berbelanja 1/3 daripada gaji akhir, atau 33% (RM4,612) sebulan.
Persoalannya:
  • berapa kos kehidupan selepas bersara, sekiranya inflasi lebih daripada 3%?
  • boleh atau tidak kita mendapat bonus sehingga 2 bulan gaji setahun?
  • boleh atau tidak kita mendapat kenaikan gaji 8% setahun?
  • boleh atau tidak kita mendapat pendapatan 5% setahun selepas bersara?
  • boleh atau tidak kita kekal dengan berbelanja sekadar 1/3 daripada gaji akhir selepas bersara, jika kesemua perkara di atas tidak berlaku?
Itu belum mengambilkira:
  • pelan pendidikan anak-anak;
  • takaful perlindungan diri dan anak-anak;
  • menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan;
  • melangsaikan apa jua baki pinjaman/hutang sebelum bersara!!

No comments:

Post a Comment