Fund for Blog Development-Please click

Monday, November 28, 2011

Antara Public Mutual dan ASB

Baru-baru ini seorang rakan sepejabat menyatakan minatnya untuk menyertai unit amanah (unit trust) dan bertanyakan cara untuk menyertainya. Lebih spesifik lagi beliau bertanyakan apakah keuntungan dengan menyertai Public Mutual dan cuba membandingkannya dengan ASB. Saya tidaklah begitu arif mengenai selok belok pelaburan tetapi berdasarkan pemahaman saya, pelaburan di Public Mutual dan ASB adalah berbeza walaupun matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan bagi pelaburnya.

Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur. Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.
Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.
Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan, anda boleh membaca post saya berkenaan isu ini di sini.
Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

Pelaburan UNIT AMANAH untuk masa depan

MULAKAN LANGKAH SEKARANG JUGA UNTUK MERUBAH MASA DEPAN ANDA
NASIB ANDA TIDAK AKAN BERUBAH JIKA ANDA SENDIRI TIDAK MENGUBAHNYA
MENGIKUT KAJIAN SELEPAS BERSARA PADA UMUR 55 TAHUN :-
i) HANYA 1 % SAHAJA MENJADI JUTAWAN
ii) HANYA 5 % HIDUP MEWAH
iii) 34 % PESARA MEMPUNYAI WANG YANG HANYA CUKUP UNTUK HIDUP
iv) MANAKALA 60 % TERPAKSA BEKERJA LAGI UNTUK MENYARA HIDUP
ADAKAH ANDA MAHU MENGELAKKAN DIRI DARI TERGOLONG DALAM KUMPULAN 60 % ?
PELABURAN DIDALAM UNIT AMANAH MEMBERIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN. MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA HARI.

Meningkatkan simpanan persaraan : KWSP perkenal perubahan kadar caruman dan simpanan asas

Peluang dan pasaran didalam unit amanah semakin besar dan berkembang, Ianya adalah sejajar dengan inspirasi kerajaan untuk membantu ahli KWSP untuk meningkatkan tabungan ahli selepas persaraan.
Kini terpulang kepada ahli KWSP untuk menzahirkan segala perancangan dan inisiatif yang diwujudkan.
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan tabungan hari tua kita melalui pelaburan UNIT AMANAH.
—–Berikut adalah kenyataan akhbar dari KWSP (bertarikh: 25Jan2008)——
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan dua pembaharuan di bawah inisiatif “Bukan Hanya Simpanan” bagi memberikan peluang kepada ahli berumur 55 tahun dan ke atas terus bekerja serta meningkatkan simpanan persaraan ahli.
Berkuatkuasa 1 Februari 2008, tempoh tanggungan mencarum kepada KWSP untuk pekerja dan majikan dilanjutkan dari umur 55 tahun kepada 75 tahun. Selain itu, ahli perlu mempunyai amaun minimum Simpanan Asas mengikut tahap umur bagi membantu ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mencapai umur 55 tahun.
“KWSP sentiasa memberikan keutamaan agar ahli mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara. KWSP berharap dengan pembaharuan ini akan membantu ahli mempunyai jumlah simpanan yang lebih tinggi bagi persaraan yang lebih terjamin,” kata Encik Ibrahim Taib, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP.
Untuk pekerja berumur 55 tahun dan ke atas diwajibkan mencarum tetapi kadarnya adalah separuh daripada kadar caruman berkanun bagi menggalakkan ahli terus diambil bekerja. Bagaimanapun, pekerja dan majikan boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar caruman berkanun yang ditetapkan.
Bagaimanapun, kadar caruman yang lebih rendah ini tidak terpakai kepada pekerja yang telah berumur lebih 55 tahun yang kini masih bekerja dan belum membuat Pengeluaran 55 Tahun. Pekerja ini dan majikannya perlu mencarum pada kadar semasa (23 peratus) sehingga Pengeluaran 55 Tahun dibuat.
Satu lagi pembaharuan di bawah inisiatif “Bukan Hanya Simpanan” adalah pelaksanaan Simpanan Asas iaitu sejumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum RM120,000 ketika umur 55 tahun (Lihat Lampiran).
Dengan pembaharuan ini, ahli dibenarkan melabur tidak lebih dari 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi institusi pelaburan yang diluluskan. Pelaburan ini boleh dibuat sekali setiap tiga bulan dengan jumlah minimum RM1,000.
“Objektif pembaharuan ini adalah untuk membantu ahli meningkatkan simpanan asas dalam akaun mereka secara berterusan sehingga mencapai jumlah minimum RM120,000 pada umur 55 tahun. Ini bagi membolehkan ahli menerima bayaran sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk tempoh 20 tahun sehingga umur 75 tahun iaitu purata jangka hayat rakyat Malaysia,” kata Encik Ibrahim.
Menurut beliau, pada masa yang sama pembaharuan ini memberikan peluang kepada ahli untuk melabur pada umur lebih muda yang boleh mengurangkan risiko kerugian modal berikutan tempoh pelaburan yang lebih panjang.
“Jumlah Simpanan Asas untuk setiap peringkat umur akan dikaji semula setiap lima tahun dengan mengambil kira perubahan sosial, ekonomi dan keperluan persaraan ahli,” kata beliau.

Guide to Fundamental Analysis

Introduction
This is a very brief introduction to the very vast subject of fundamental analysis. To understand and make productive use of fundamental analysis, familiarity with accountancy and economics are essential. However, one need not be an accounting or economics expert for this purpose.
From a shorter – term perspective, one could argue that fundamental analysis does not apply to the Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). From a longer – term perspective, however, it is very difficult to invest successfully even on the KLSE without incorporating fundamental analysis into one’s methodology. While the general perception is that the KLSE is still an inefficient market where rumours, tips, poor corporate governance, etc. rule, the smart investor would realise that applying sound fundamental analysis in such a stock market can be rewarding. But just like any other investment methods, fundamental analysis has its strength and weakness.
A. Earnings Per Share (EPS)
The Formula for calculating net EPS is:
Net Attributable Profit divided by Number of Shares Outstanding
EPS is generally used as an indicator of the performance of a company over a long period of time. For example, while a company’s earnings may be rising over a period of time, its EPS may not be. There are various ways in calculating a company’s EPS, depending on what the objective of the investor or analyst is. Most use net attributable earnings, that is, earnings after tax and minority interests.
EPS can also be based on historical or prospective earnings. Projected EPS is important because it can significantly influence the company’s share price. A company’s EPS can also be calculated on a diluted or non-diluted basis. Where a company has warrants outstanding, it is common practice to calculate the EPS assuming that all the warrants are exercised. The number of shares outstanding may also be affected by rights and bonus issues. In such cases, the number of shares outstanding could be an average figure.
B. Price – Earnings Ratio (PE ratio)
PE Ratio is a useful tool for valuing companies, that is, it establishes a quantitative relationship between the share price and earnings of a company. It shows how much one is paying relative to its earnings. PE ratio can be used for the same company over a period of time or it can be used to compare 2 or more companies at the same period of time.
The formula for PE ratio is:
Current market price divided by earnings per share.
There are generally 2 types of PE ratio calculated:
a) Historical PE ratio is based on past EPS.
b)Prospective PE ratio is based on future or forecasted EPS.
For example, when we say that the 2001 PROSPECTIVE PE ratio for company XYZ is 17 times, this refers to the present market price of Company XYZ but based on its forecasted EPS for 2001. If we use the 1999 EPS, then we are referring to the HISTORICAL PE ratio.
C. Dividend Yield
The formula for Dividend Yieldis:
Dividend per share divided by Market price per share
It is always expressed in percentage terms. Dividend yield is often used to compare with the interest derived from fixed deposits or other investment alternatives. This will help us evaluate which investment alternative gives a better return. In making such comparisons, one needs to decide whether it is more relevant to use net or gross dividends. Just like calculating a PE ratio, the dividend per share can be on a historical or prospective basis.

Syarat-syarat Pengeluaran Pelaburan ahli KWSP.


IPD Yang Dibenarkan
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan, sila klik link berikut untuk melihat Senarai Institusi Pengurusan Dana Yang Terkini
Kekerapan Pelaburan
• Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
• Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
Pelaburan Secara Terus
• Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Semua pelaburan hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
• Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
Tanggungan Risiko Pelaburan
• Anda bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab.
Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP
• Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.
• Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.
Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan
• Anda tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP.
Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD
• Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut.
Bayaran Perkhidmatan
• Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.
Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
• KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
• Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli/waris dengan pihak IPD.
Penamaan
• Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan.

Perlukah Perancangan Kewangan Selepas Persaraan ?


Persoalan ini sentiasa akan bermain di dalam fikiran kita yang hanya berkerja “MAKAN GAJI“, Kemanakah kita selepas persaraan ? Macamana dengan sara hidup pasca persaraan ?
Sekiranya anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkan Skim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalam pelaburan unit amanah yang diluluskan.
En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuah artikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan KWSP .
Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia.
Selepas membaca artikel ini, fikir-fikirkanlah…..

Unit Amanah Suatu Pelaburan Yang Menyakinkan.

Pelaburan didalam Unit amanah Islam adalah diantara rangkaian dana unit amanah tersedia di pasaran. Pada asasnya, sekumpulan wang yang disatukan di dalam satu dana unit amanah, oleh pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama, akan dilaburkan oleh syarikat pengurusan pelaburan di dalam satu atau lebih kumpulan aset, dengan tujuan untuk mencapai objektif pelaburan tadi.
Unit amanah Islam adalah ia merupakan suatu entiti pelaburan yang mendapat status patuh Syariah,yang mana diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Sekuriti. Oleh yang demikian, anda tidak perlu ragu untuk melabur di dalam unit amanah Islam kerana ia telah disemak dan disahkan oleh pihak berwajib.
Peranan badan/Jabatan kerajaann yang mempunyai kepakaran didalam bidang masing-masing adalah terlalu penting untuk memastikan segala pelaburan memenuhi piawaian dan peraturan yang telah ditettapkan untuk menjaga kepentingan kesemua PELABUR yang terlibat.
Peranan Suruhanjaya Sekuriti dan Pemegang Amanah

Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah sebuah badan yang berperanan memantau semua perkara yang berkaitan dengan unit amanah. Ia adalah tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Garispanduan mengenai Dana Unit Amanah, Suruhanjaya Sekuriti. Ini bermakna semua dana yang diluluskan SC adalah dipantau pergerakannya.
Pemegang Amanah (Trustee) berperanan memastikan surat ikatan / perjanjian (Deeds) dipatuhi. Dengan kata lain, pemegang amanah menjaga aset para pelabur, iaitu kita. Pemegang amanah boleh jadi sama atau tidak sama di antara satu dana dengan satu dana yang lain. Maklumat ini boleh diperolehi daripada prospektus dana.
Peranan Penasihat Shariah Dana
Penasihat Shariah pula adalah individu atau syarikat yang dilantik menjadi penasihat kepada dana-dana islamik sedia ada. Penasihat syariah bertanggungjawab menasihati pengurus-pengurus dana dari aspek pelaburan di dalam kaunter-kaunter ataupun kelas aset yang patuh Shariah. Penasihat Shariah ini mendapat kelulusan daripada SC dan kelulusan tersebut bukan untuk selamanya. Adalah penting untuk mengetahui sama ada berlaku perubahan terhadap penasihat syariah dana supaya kita jelas tentang pelaburan yang diuruskan oleh pengurus-pengurus dana mendapat kelulusan daripada penasihat Shariah yang diluluskan. Maklumat-maklumat penasihat Shariah dana juga boleh diperolehi daripada prospektus dana dan juga di laman web Suruhanjaya Sekuriti.
Ke mana duit kita dilaburkan?
Seperti penerangan awal tadi, unit amanah adalah pelaburan kolektif – duit pelabur dikumpulkan, dan dilaburkan ke dalam kelas aset yang selaras dengan objektif pelaburan. Oleh yang demikian, kita perlu jelas akan objektif dana yang kita labur. Jika objektif dana adalah untuk mencapai pertumbuhan modal contohnya, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang sedang berkembang atau sedang meningkat naik. Jika objektif dana adalah untuk memperolehi pendapatan tetap melalui syarikat yang menawarkan dividen, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang memberikan dividen kepada pelabur mereka.
Siapa yang menentukan kaunter mana yang perlu dilaburkan? Kaunter mana yang perlu dijual? Ia adalah tanggungjawab pengurus dana. Pengurus dana mungkin orang yang sama, mungkin juga berbeza mengikut dana. Bukan mudah peranan dan tanggungjawab seorang pengurus dana, kerana ada banyak dana yang berbeza objektif dan strategi. Sebab itulah perlu ada lebih daripada seorang pengurus dana. Matlamat pengurus dana – memberikan ‘best effort‘ untuk menghasilkan pelaburan yang menguntungkan selaras dengan objektif dan strategi yang telah ditetapkan. Objektif dan strategi ini boleh diperolehi secara mendalam di dalam prospektus dana.
Keuntungan dan Pulangan

Keuntungan daripada pelaburan unit amanah adalah dalam bentuk pertumbuhan modal (capital gain) dan agihan (distribution). Pertumbuhan modal digambarkan sebagai turun-naik harga seunit saham, manakala agihan digambarkan sebagai dividen atau bonus. Bagi unit amanah yang tiada perubahan harga jual-beli seperti ASB, keuntungan hanya digambarkan melalui dividen dan bonus sahaja. Polisi agihan keuntungan ini ada dinyatakan di dalam prospektus dana. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus dana untuk memberikan usaha terbaik mereka untuk menghasilkan keuntungan yang besar kepada para pelabur. Perlu diingat bahawa tiada jaminan bahawa agihan atau keuntungan tersebut akan diberikan setiap tahun. Oleh yang demikian, baca dan fahami polisi pelaburan anda.

Amaran Untuk Pelabur

.
• Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.
.
• Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;
.
• Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.
.
• Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Why Should I Investing in Unit Trust ?

Unit trust or mutual fund is a financial vehicle through which individuals may invest their money. The idea behind unit trust is better returns through collective investing. In other words, it means pooling the investments of many investors, individuals and institutions.
Unit trust is getting popular nowdays due to potentially higher return when compare to fixed deposit or EPF saving. Furthermore, EPF is providing an option to withdraw some or your EPF saving for the purpose of investing in unit trust.
If you still wondering whether to invest in unit trust or not, you should see the reason why you should.
1.Being well-diversified financial instruments, they are less risky than if you were to invest in individual stocks.
2.You can reap investment opportunities from all over the world, as they are invested globally and into different financial instruments.
3.They are managed by professional fund managers who aim to obtain higher returns for your money. You do not need to monitor equity markets closely for fluctuations.
4.There is a wide selection of unit trusts available to meet the different investment objectives of investors. Staying invested over time, these returns can compound to very attractive amounts, unlike savings deposits.
5.Fund houses are bound by agreement to purchase the unit trusts back from you should you decide to sell your holdings, at the prevailing price on the date of sale, regardless of the number of units sold. Liquidity gives flexibility.

Dividen KWSP

Setiap tahun KWSP mengistiharkan dividen pelaburan ahlinya.

sumber:
Bandingkan dividen KWSP dengan dividen yang dikeluarkan oleh IPD unit Amanah yang diluluskan.
sumber:
1. Utusan Online
Berminat untuk memulakan pelaburan didalam Unit Amanah dengan menggunakan simpanan KWSP?
Rujuk Kalkulator KWSP berikut untuk memastikan samada anda layak atau pun tidak.
Anda layak dan berminat dengan pelaburan ini ? Sila hubungi saya……

Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Unit Amanah


Kelebihan melabur dalam unit amanah:
Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:
a)Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dana drp peserta runcit akan dikumpulkan untuk menjadikan modal yang lebih besar dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak.
Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.
b)Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.
c)Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
d)Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.
Kekurangan melabur dalam unit amanah:
a)Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.
b)Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.
Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.
c)Tiada kawalan keatas pelaburan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.

Pelaburan permulaan Unit Amanah.


Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 4 cara iaitu:
1. pelaburan secara lump sum
2. pelaburan secara simpanan bulanan
3. pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
4. meminjam untuk melabur
    1. Pelaburan Secara Lump Sum
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).
Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1.keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2.keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.
Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!
    2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan
Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!
    3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.
    4. Meminjam untuk Melabur
Walaupun terdapat kemudahan untuk membuat pinjaman untuk melabur (seperti Pinjaman ASB), harus diingai bahawa terdapat RISIKO yang hadir bersama dengan pinjaman, iaitu KADAR FAEDAH yang dikenakan oleh syarikat pemberi pinjam. Kadar faedah inilah yang boleh menyebabkan anda RUGI serta tidak mencapai potensi keuntungan pelaburan secara optimum

DANA UNIT AMANAH ISLAM PUBLIC MUTUAL BERHAD

 
Public Mutual, syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia, kini menawarkan 18 pilihan dana Islam untuk membantu anda mencapai matlamat pelaburan kewangan secara Islam.
 

 
EQUITY FUND (SHARIAH)

Dana
Code
Objektif Dana
Tarikh Dilancarkan
Public Ittikal Fund
P ITTIKAL
Pertumbuhan Modal
10 April 1997
Public Islamic Equity Fund
PIEF
Pertumbuhan Modal
28 Mei 2003
Public Islamic Opportunities Fund
PIOF
Pertumbuhan Modal
28 Jun 2005
Public Asia Itikal Fund
PAIF
Pertumbuhan Modal
22 Ogos 2006
Public Islamic Sector Select Fund
PISSF
Pertumbuhan Modal
13 November 2007
Public China Ittikal Fund
PCIF
Pertumbuhan Modal
20 November 2007
Public Islamic Select Treasures Fund
PISTF
Pertumbuhan Modal
26 Februari 2008
Public Islamic Select Enterprise Fund
PISEF
Pertumbuhan Modal
14 Ogos 2008
Public Islamic Optimal Growth Fund
PIOGF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
8 April 2008
Public Islamic Dividend Fund
PIDF
Pendapatan
14 Februari 2006
Public Islamic Asia Dividend Fund
PIADF
Pendapatan
3 April 2007

BALANCED FUND (SHARIAH)

Public Islamic Balanced Fund
PIBF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
20 September 2005
Public Islamic Asia Balanced Fund
PIABF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
21 Ogos 2007

BOND FUND (SHARIAH)

Public Islamic   Enhanced Bond Fund
PIEBF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
28 November 2006
Public Islamic Bond  Fund
PI BOND
Pendapatan
15 Ogos 2001
Public Islamic Select Bond Fund
PISBF
Pendapatan
10 Julai 2007

FIXED INCOME (SHARIAH)

Public Islamic Income Fund
PI INCOME
Pendapatan
14 Ogos 2008

MONEY MARKET (SHARIAH)

Public Islamic Money Market Fund
PIMMF
Pasaran Wang
5 Jun 2007


Dana-dana Islam Public Mutual diuruskan berlandaskan kehendak Syariah. IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd) memainkan peranan sebagai penasihat Syariah untuk dana-dana ini. IBFIM memastikan bahawa dana-dana ini ditadbir dan diuruskan selaras dengan kehendak Syariah.
 
Anda kini boleh memilih dana yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda. Setiap dana mempunyai matlamat dan strateginya yang tersendiri. Dana-dana ini memang sesuai untuk para pelabur yang mempunyai profil risiko yang konservatif, sederhana dan tinggi. Apa jua profil risikonya, anda pasti dapat mencari potensi pelaburan yang sesuai di Public Mutual. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan Simpanan KWSP anda untuk melabur di dalam dana-dana ini.
 
PILIHAN DANA-DANA SYARIAH BERDASARKAN
OBJEKTIF DAN PROFIL RISIKO PELABUR
 
Dana
Objektif Dana
Pelaburan Permulaan Minimum
Pelaburan Tambahan Minimum
Profil Risiko Pelabur
PIEF
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
PIOF
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
PAIF
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
PISSF
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
PISTF
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
PISEF
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
PCIF
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
PIOGF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Agresif
P ITTIKAL
Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Sederhana
PIDF
Pendapatan
RM1,000
RM100
Sederhana
PIADF
Pendapatan
RM1,000
RM100
Sederhana
PIBF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Konservatif kepada Sederhana
PIABF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Konservatif kepada Sederhana
PIEBF
Pendapatan & Pertumbuhan Modal
RM1,000
RM100
Konservatif kepada Sederhana
PI BOND
Pendapatan
RM1,000
RM100
Konservatif
PISBF
Pendapatan
RM1,000
RM100
Konservatif
PI INCOME
Pendapatan
RM1,000
RM100
Konservatif
PIMMF
Pasaran Wang
RM1,000
RM100
Konservatif
 
    Dana Diluluskan Untuk Skim Pelaburan KWSP

HARGA UNIT AMANAH PUBLIC MUTUALTERKINI

NASIHAT PERIHAL TEMPOH BERTENANG
 
Pelabur yang pertama kali membuat pelaburan bagi sebarang dana unit amanah di bawah pengurusan Public Mutual boleh menggunakan hak bertenang mereka dalam tempoh 6 hari urusniaga bermula daripada tarikh borang permohonan mereka diterima oleh Public Mutual; dan mereka akan menerima bayaran balik sepenuhnya bagi pelaburan yang dibayar dalam tempoh 10 hari selepas pihak Pengurus menerima notis bertenang. Untuk pemegang unit KWSP, hak bertenang adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan KWSP. Walau bagaimanapun, hak bertenang ini tidak diberikan kepada perbadanan atau institusi, kakitangan Public Mutual serta sesiapa yang berurusan dengan unit amanahnya.
 
NOTA KEPADA BAKAL PELABUR
 
Anda dinasihatkan membaca dan memahami isi kandungan Prospektus Induk Dana Siri Public Yang Berlandaskan Syariah sebelum melabur.  Prospektus ini telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti yang tidak bertanggungjawab di atas kandungannya, dan pendaftaran ini juga bukanlah syor atau saranan Suruhanjaya untuk melabur.
 
Anda seharusnya mengetahui bayaran dan caj yang terlibat dalam membeli dan menjual unit amanah; dan harga-harga unti amanah dan pengagihan yang dibayar, jika ada, mungkin naik atau turun. Sebagai peringatan, prestasi dana dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan. Permohonan untuk membeli unit mesti dilakukan dalam borang permohonan yang lengkap yang dirujuk dan dilampirkan bersama prospektus dana. Salinan prospektus ini boleh didapati daripada perunding unit amanah anda atau cawangan Public Mutual yang berhampiran.