Public Mutual, syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia, kini menawarkan 18 pilihan dana Islam untuk membantu anda mencapai matlamat pelaburan kewangan secara Islam.
EQUITY FUND (SHARIAH)
Dana | Code | Objektif Dana | Tarikh Dilancarkan |
Public Ittikal Fund | P ITTIKAL | Pertumbuhan Modal | 10 April 1997 |
Public Islamic Equity Fund | PIEF | Pertumbuhan Modal | 28 Mei 2003 |
Public Islamic Opportunities Fund | PIOF | Pertumbuhan Modal | 28 Jun 2005 |
Public Asia Itikal Fund | PAIF | Pertumbuhan Modal | 22 Ogos 2006 |
Public Islamic Sector Select Fund | PISSF | Pertumbuhan Modal | 13 November 2007 |
Public China Ittikal Fund | PCIF | Pertumbuhan Modal | 20 November 2007 |
Public Islamic Select Treasures Fund | PISTF | Pertumbuhan Modal | 26 Februari 2008 |
Public Islamic Select Enterprise Fund | PISEF | Pertumbuhan Modal | 14 Ogos 2008 |
Public Islamic Optimal Growth Fund | PIOGF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | 8 April 2008 |
Public Islamic Dividend Fund | PIDF | Pendapatan | 14 Februari 2006 |
Public Islamic Asia Dividend Fund | PIADF | Pendapatan | 3 April 2007 |
BALANCED FUND (SHARIAH)
Public Islamic Balanced Fund | PIBF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | 20 September 2005 |
Public Islamic Asia Balanced Fund | PIABF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | 21 Ogos 2007 |
BOND FUND (SHARIAH)
Public Islamic Enhanced Bond Fund | PIEBF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | 28 November 2006 |
Public Islamic Bond Fund | PI BOND | Pendapatan | 15 Ogos 2001 |
Public Islamic Select Bond Fund | PISBF | Pendapatan | 10 Julai 2007 |
FIXED INCOME (SHARIAH)
Public Islamic Income Fund | PI INCOME | Pendapatan | 14 Ogos 2008 |
MONEY MARKET (SHARIAH)
Public Islamic Money Market Fund | PIMMF | Pasaran Wang | 5 Jun 2007 |
Dana-dana Islam Public Mutual diuruskan berlandaskan kehendak Syariah. IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd) memainkan peranan sebagai penasihat Syariah untuk dana-dana ini. IBFIM memastikan bahawa dana-dana ini ditadbir dan diuruskan selaras dengan kehendak Syariah.
Anda kini boleh memilih dana yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda. Setiap dana mempunyai matlamat dan strateginya yang tersendiri. Dana-dana ini memang sesuai untuk para pelabur yang mempunyai profil risiko yang konservatif, sederhana dan tinggi. Apa jua profil risikonya, anda pasti dapat mencari potensi pelaburan yang sesuai di Public Mutual. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan Simpanan KWSP anda untuk melabur di dalam dana-dana ini.
PILIHAN DANA-DANA SYARIAH BERDASARKAN
OBJEKTIF DAN PROFIL RISIKO PELABUR
Dana | Objektif Dana | Pelaburan Permulaan Minimum | Pelaburan Tambahan Minimum | Profil Risiko Pelabur |
PIEF | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
PIOF | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
PAIF | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
PISSF | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
PISTF | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
PISEF | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
PCIF | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
PIOGF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Agresif |
P ITTIKAL | Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Sederhana |
PIDF | Pendapatan | RM1,000 | RM100 | Sederhana |
PIADF | Pendapatan | RM1,000 | RM100 | Sederhana |
PIBF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Konservatif kepada Sederhana |
PIABF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Konservatif kepada Sederhana |
PIEBF | Pendapatan & Pertumbuhan Modal | RM1,000 | RM100 | Konservatif kepada Sederhana |
PI BOND | Pendapatan | RM1,000 | RM100 | Konservatif |
PISBF | Pendapatan | RM1,000 | RM100 | Konservatif |
PI INCOME | Pendapatan | RM1,000 | RM100 | Konservatif |
PIMMF | Pasaran Wang | RM1,000 | RM100 | Konservatif |
Dana Diluluskan Untuk Skim Pelaburan KWSP |
HARGA UNIT AMANAH PUBLIC MUTUALTERKINI
NASIHAT PERIHAL TEMPOH BERTENANG
Pelabur yang pertama kali membuat pelaburan bagi sebarang dana unit amanah di bawah pengurusan Public Mutual boleh menggunakan hak bertenang mereka dalam tempoh 6 hari urusniaga bermula daripada tarikh borang permohonan mereka diterima oleh Public Mutual; dan mereka akan menerima bayaran balik sepenuhnya bagi pelaburan yang dibayar dalam tempoh 10 hari selepas pihak Pengurus menerima notis bertenang. Untuk pemegang unit KWSP, hak bertenang adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan KWSP. Walau bagaimanapun, hak bertenang ini tidak diberikan kepada perbadanan atau institusi, kakitangan Public Mutual serta sesiapa yang berurusan dengan unit amanahnya.
NOTA KEPADA BAKAL PELABUR
Anda dinasihatkan membaca dan memahami isi kandungan Prospektus Induk Dana Siri Public Yang Berlandaskan Syariah sebelum melabur. Prospektus ini telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti yang tidak bertanggungjawab di atas kandungannya, dan pendaftaran ini juga bukanlah syor atau saranan Suruhanjaya untuk melabur.
Anda seharusnya mengetahui bayaran dan caj yang terlibat dalam membeli dan menjual unit amanah; dan harga-harga unti amanah dan pengagihan yang dibayar, jika ada, mungkin naik atau turun. Sebagai peringatan, prestasi dana dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan. Permohonan untuk membeli unit mesti dilakukan dalam borang permohonan yang lengkap yang dirujuk dan dilampirkan bersama prospektus dana. Salinan prospektus ini boleh didapati daripada perunding unit amanah anda atau cawangan Public Mutual yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment