Dengan menjadi seorang perunding unit amanah:
1. Anda Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner)
Tiada siapa yang boleh menghalang anda membina kumpulan dan membangunkan perniagaan anda dengan strategi perniagaan anda sendiri.
2. Anda Menentukan Gaji Anda Sendiri
Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan anda sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan.
3. Anda Mempunyai Waktu Kerja Yang Anjal (Flexible)
Anda tidak terikat dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi – 5 petang. Anda boleh menentukan waktu perniagaan anda sendiri dan bila anda nak bercuti/rehat. Anda tidak perlu risau tentang ‘punch card’, permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada anda ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa.
4. Anda Boleh Mula dengan Modal Permulaan Rendah
Anda hanya perlu modal di antara RM200 – RM250 sahaja untuk menjadi konsultan unit amanah, dengan potensi pendapatan tiada had bergantung kepada usaha anda.
5. Anda Boleh Memperolehi Pendapatan Lumayan
Pendapatan lumayan termasuk pendapatan pasif & bonus tahunan, percutian keluar negara percuma dan ditanggung sepenuhnya, insentif insurans percuma, subsidi pinjaman rumah/kereta/komputer, subsidi yuran pelajaran, dsb.
Kelayakan sebagai Perunding Unit Amanah
Setiap calon yang memenuhi syarat-syarat berikut ini berhak untuk mendaftar sebagai Perunding Unit Trust (UTC):
- Berumur 21 tahun atau lebih;
- Memiliki kelayakan minimum Pangkat 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau yang setara, seperti yang ditetapkan oleh FIMM;
- Harus jujur, berkelakuan baik dan bereputasi baik. Selain itu, calon tersebut juga harus menunjukkan kecekapan, kehandalan dan tahap integriti yang tinggi. Dalam hal ini, calon mestilah tidak pernah:
- ditemui oleh mahkamah atau pihak berkuasa lain yang kompeten, bertindak curang atau tidak jujur, atau
- dihukum kerana suatu kesalahan jenayah; atau
- dicela atau ditegur oleh, atau ditolak atau dilucutkan dari keahlian sebuah pendaftaran profesional atau badan perdagangan, atau lesen peraturan, atau perjanjian serupa telah ditolak atau dibatalkan; dan
- Setelah memenuhi syarat-syarat, calon hendaklah lulus Ujian Berkomputer Unit Amanah (CUTE) sebelum dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan unit amanah. Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat asas tidak akan didaftarkan untuk mengikuti CUTE.
No comments:
Post a Comment