Fund for Blog Development-Please click

Thursday, October 20, 2011

Manfaatkan Simpanan KWSP Anda Melalui Unit Trust!


Saya pasti masih ramai di antara kita yang menyertai skim KWSP dengan harapan agar kita mempunyai jumlah wang simpanan yang cukup selepas persaraan kelak. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya pada kalian, adakah anda yakin simpanan KWSP anda ini mampu menyara hidup anda di masa tua nanti? Malah terbukti ramai yang telah menghabiskan wang KWSP mereka dalam masa 2-3 tahun sahaja selepas persaraan. Setelah itu, hidup mereka terumbang ambing mengharapkan wang pemberian anak-anak dan lebih menyedihkan ada juga yang menagih simpati daripada pusat kebajikan masyarakat..

Saya tidak mahu ini terjadi pada diri sahabat-sahabat sekalian.. Jadi sementara kita masih sihat dan belum bersara, eloklah kiranya kita merancang simpanan persaraan masing-masing. KWSP bukan semata-mata cara untuk menyimpan. Malah, anda boleh mengeluarkan wang akaun 1 KWSP anda untuk dilaburkan dalam Unit Amanah (jika akaun 1 melebih simpanan asas).. dan sudah tentu, jika anda memilih unit amanah islamik, ianya pasti halal dan menguntungkan dunia dan akhirat. Anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menunaikan haji atau apa-apa sahaja impian anda menggunakan wang tersebut :)

Memandangkan majoriti rakyat Malaysia mempunyai KWSP, maka anda semua berpeluang untuk menyertai pelaburan unit trust yang sangat menarik ini!!

No comments:

Post a Comment