Fund for Blog Development-Please click

Sunday, February 19, 2012

Kenapa Dato Sosilawati mesti kaya


Dimanakah anda sekarang ? Jawab dengan ikhlas…
  • Gaji tidak mencukupi ? Gaji dipotong atau meningkat kurang dari 6% setahun ? Gaji terhad kerana skala gaji yang tidak munasabah ?
  • Berpenyakit GhBbh (gaji habis, bulan belum habis) ?
  • Risiko kehilangan pekerjaan ? (Job insecurity) – “retrenchment” atau “VSS” ?
  • Kos hidup & saradiri meningkat sebab inflasi atau tambahan perbelanjaan
  • Kerja terlebih masa (tanpa gaji) atau kerja tak tentu masa ?
  • Stress dan tertekan akibat “Office Politics”, konflik rakan sepejabat atau Boss se-syarikat ?
  • Kurang pengalaman, pengetahuan dan “skill” ?
  • Kurang ruang untuk maju dalam “career” ?
  • Keadaan yang kompetitif dan saingan yang hebat dari persekitaran ?
  • Kerja merbahaya atau membosankan dan rutin ?
Kalau anda berada didalam sekurang-kurangnya 5 dari keadaan di atas, bak kata Nabil “Lu pikirlah sendiri” !  Mengapa anda sanggup biarkan diri anda tenggelam and terus “suffer” dalam situasi tertekan sebegini ?
Mungkinkah sebab Dato’ Sosilawati menjadi kaya adalah kerana, lebih dari 10 tahun yang dahulu, dia memilih langkah bijak untuk berniaga ?
Anda tidak boleh “turn the clock” dan tolak 10 tahun dari umur anda, tetapi anda berhak dan boleh mengubah halatuju dan destinasi anda 10 tahun yang akan datang.
Fakta penting dari survey online “Personal Money” bertarikh 5 May 2010 :
  • Setiap satu dari setiap enam orang adalah bekerja sendiri dan lebih dari separuh berminat untuk bekerja sendiri (“with one-in-six respondents describing themselves as ‘self-employed’, and of the rest, more than half expressing a desire to work more independently”)
  • Orang yang bekerja sendiri terdiri dari
-        23% berumur 48 – 65 tahun
-        18% dari Gen Y yang berumur 18 – 29 tahun
-        13% dari Gen X berumur 30 – 47 tahun.
“self-employed in the survey are made up of 23% baby boomers(aged 48-65), 18% Gen Y(aged 18-29) and 13% Gen X (aged 30-47)
  • Kebanyakan yang bekerja sendiri terdiri dari – “independent contractors, freelancers and consultants.  Today, more people are taking charge of their own careers and view self-employment as a way of achieving personal and professional success.”
  • 48% individu responden bercadang memulakan perniagaan.

Pentagon of Islamic Financial Planning ?



Seen this art (above) before ? ….Seen this guy (below) before ?

He’s Leonardo Da Vinci, the artist who was so fascinated with human anatomy, dimension, ratios and almost everything else we can just imagine. (Some disputed he’s “inventor” skills and labelled him as the “best illustrator” ever lived. He drew and painted phenomenal masterpieces and works of art).
What strikes me during the Islamic Financial Planning Certification is that the Pentagon (segi lima) can also be found in the Pentagon of Islamic Financial Needs depicted below :
These two illustration gave me my Step 1 in my Sales Presentation. And many a times, my audience “looks” appreciative of the simplicity in the explanation and how nicely all these Islamic Financial Tools fall in place; giving a clearer and definitely more sensible holistic approach to Financial planning of a Muslim.
Hope you like ‘em !
Selamat menyambut bulan Ramadhan..
cheers…
(note : LDVinci dikatakan bukan seorang pencipta but banyak melukis semula hasil kreaviti dari China, yang partly comes from the Islamic Scholars and investors)

Pelaburan tanpa risiko…



Soalan : Banyak-banyak pelaburan, pelaburan apa yang risk-free ? Takde risiko ?
hmmmm… hmmmmm… hmmmmmmm…
Jawapan : None exist in this world !
(Pelaburan yang risk-free only exist when you beribadah dengan Allah – you invest time, effort and maybe money. Guaranteed return (pahala & berkat) at NO risk. But as I said that’s beyond this dunia)
Coming back to earth… I came across this interesting disection of RISK. How each investment (some mere savings) carry inherent risk. (Ref NST July 17, 2011 page 6 “life & times” section by Yap Ming Hui). Table below illustrate the breakdown of risk in various assets and investments.
Bila seseorang buat pelaburan, terlalu pentingkan pulangan, untung dan return on investment (ROI). We tend to lupa that Risk and Return goes hand in hand. The higher the return, the higher the risk. The table above may enlighten us why investment in stock market carries high risk (risk market, interest rate/funding rate, default, tax, event & opportunity).
Apa maksud semua risiko tersebut ?
Begini….
  1. Risiko “Market” – turun naik harga sesuatu aset.
  2. Risiko ” interest rate” – boleh juga dikaitkan dengan “funding risk” (especially if in Islamic Banking) adalah kerana apabila kadar funding naik, harga bon dan sukuk turun, especially yang mempunyai tempoh matang yang panjang.
  3. Risiko “default” – potensi pelaburan jadi “junk” atau hilang nilai sama sekali.
  4. Risiko ” inflation” – adalah kehilangan nilai wang atau purchasing power (kuasa beli) apabila untung (walau pun tinggi mana) diterima dalam tempoh masa depan yang jauh.
  5. Risiko ” tax” – cukai ke atas untung pelaburan. Di Malaysia untung pelaburan saham tidak dikenakan “gains tax” tetapi untung pelaburan hartanah, ada “property gains tax”.
  6. Risiko “Credit” – potensi pengeluar pelaburan (corporate) jatuh creditworthiness mungkin hampir muflis dsb.
  7. Risiko “currency” – risiko turun naik dua matawang berbeza. Kebiasaannya untuk pelaburan luar negara yang dinilai semula dalam Ringgit Malaysia.
  8. Risiko ” Political” – kiranya keadaan huru-hara, pilihanraya, perang.
  9. Risiko “Event” – potensi sesuatu kejadian tidak diingini berlaku seperti SAR virus, Tsunami dan pelbagai malapetaka lain.
  10. Risiko ” Opportunity”  kehilangan peluang pelaburan yang boleh memberi ROI yang lebih lumayan.
Bagaimana seseorang pelabur boleh menurunkan kadar risiko pelaburan mereka ? Pelbagai strategi seperti :
  1. Asset Allocation atau diversifikasi pelaburan – sejumlah wang diagih-agih kepada beberapa jenis pelaburan. Misalnya 30% bond dan 70% saham.
  2. Membuat tempoh pelaburan bersesuaian dengan “bila kecairan diperlukan”. Misalnya simpanan yuran pembelajaran anak (masuk IPTA lebih dari 5 tahun dari sekarang), boleh dilabur dalam pasaran saham (blue chips) dan unit amanah defensif.
  3. Amalkan “Dollar-cost-averaging” iaitu melabur secara sedikit-sedikit dalam suatu tempoh yang melebihi 3 tahun. Cara ini, setiap transaksi pelaburan akan dibuat dalam keadaan dan harga berbeza dan akan dapat kebaikan “purata kos” yang rendah dalam tempoh jangka panjang. Sangat sesuai untuk pelaburan unit amanah.
  4. Membuat transaksi pelaburan melalui sumber (konsultan, bank, punca) yang boleh dipercayai dan mempunyai qualification yang wajar.
  5. Jangan terburu-buru melabur dengan tips-tips PERCUMA atau yuran kemasukan yang rendah. Ini mungkin “alamat” pelaburan tersebut kurang sambutan dan terpaksa dijual “cheap sale”…. AWAS !
Okay… sampai sini dahulu ceritera tentang risiko dan sedikit sebanyak strategi-strategi mudah yang boleh digunapakai.

Zakat Unit Trust dan Simpanan



Assalamualaikum w.b.t
Bertemu kembali di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sempena bulan yang best ini, saya ingin mengingatkan rakan-rakan dan unit trust consultants supaya mengingatkan pelabur-pelabur kita supaya mengeluarkan zakat. Although zakat boleh dibayar sepanjang tahun (kecuali zakat fitrah), many people use bulan Ramadhan untuk kiraan “haul” – tempoh 1 year.
Apa faedah berzakat ? Ini bukan soal faedah, malah this is a question of our Rukun Islam – pillar yang ke 4 (Mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa di bulan Ramadhan, berzakat dan menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu). Although zakat is viewed as a Charity Obligation, I think its important because it is salah satu pillars of Rukun Islam and all Muslim should embrace it entirely. In addition, it is centered on excess wealth to be used for benefit of the poor and needy.

So, I’ve decided to write basic information, cara mana zakat can be calculated based on the Islamic Financial Planning Zakat Module and the Puzat Zakat Selangor portal and articles. Terdapat beberapa jenis zakat, lets begin with how to compute zakat on Unit Trust investment. This zakat is part of Zakat Saham as is computed @ 2.5% atas harga semasa (nilai pasaran) semua saham dimiliki di hujung tempoh haul termasuk keuntungan tunai sepanjang tempoh haul (or tolak kerugian tunai).
Note that Syarat-syarat to fulfill :
1. Muslim
2. Bebas
3. Milik sempurna (EPF/KWSP scheme investment tak payah zakat)
4. Cukup Haul (tempoh setahun)
5. Cukup Nisab (nilai RM pelaburan melebihi nisab or threshold semasa year 2011 iaitu RM10,650)
Contoh : An Unit Trust invesment (cash) in Public Ittikal
units = 15,000      dan     harga semasa = RM0.9004 seunit
Nilai pasaran semasa = 15,000 x RM0.9004   = RM13,506
As RM13,506 melebihi Nisab RM10,650,
so zakat yang perlu dijelaskan = 2.5% x RM13,506 = RM 337.65
Note :
1. the nisab of RM10,650 is from Pusat Zakat Selangor
(contact person for zakat saham Encik Wira 03 – 5522 7849 and Pn Siti Fatimah 03 – 5522 7868)
2. in practice, ramai yang guna nilai terendah dalam tempoh haul. Akan tetapi mengikut PZS, nilai semasa dan harga unit amanah/saham semasa digunapakai untuk pengiraan zakat.
3. zakat saham termasuk juga simpanan wang di bank. Jika melebihi nisab semasa RM10,650, maka kesemua simpanan di bank akan dizakat pada kadar 2.5%. Sekiranya simpanan tersebut di bank konvensional (bukan Islamic), maka bahagian faedah (riba’) perlu ditolak dari nilai semasa simpanan tersebut. Which means bahagian sumber yang tak halal, tak perlu dizakat ! So, be careful.
Lain-lain zakat saya ringkaskan dan boleh download disini.
Read on illustration of “Lain-lain zakat” in the following paragraphs….

1. Zakat KWSP
zakat = 2.5% X simpanan kwsp dikeluarkan
  • pengeluaran berbentuk milik sempurna – pengeluaran @ umur 55, pembelian rumah, pengurangan ansuran housing loan.
  • pengeluaran untuk pelaburan unit trust dibawah scheme KESP tak perlu dizakat sehingga milik sempurna (umur 55)
2. Zakat EMAS
(a) EMAS PERHIASAN WANITA
  • bagi timbangan emas melebihi had uruf (Selangor) 800 gram
zakat = timbangan emas X harga semasa X 2.5%
  • emas perhiasan digunapakai sebagai perhiasan.
  • harga semasa PZS RM153.22 se gram emas (purata harga semasa PZS)
  • harga emas yang semasa juga boleh diperolehi di bank-bank dan berbeza-beza mengikut gred emas tersebut.
(b) EMAS DISIMPAN
  • emas selain 2(a) termasuk simpanan berbentuk bukan fizikal (dalam bentuk matawang, buku simpanan emas, galian, peralatan rumah dsb)
  • bagi timbangan emas melebihi 85 gram.
zakat = timbangan emas X harga semasa X 2.5%
3. Zakat Perniagaan
  • terdapat dua kaedah – kaedah GROWTH (ringkasnya, modal dicampur modal) atau kaedah WORKING CAPITAL (aset semasa tolak liabiliti semasa, dan dilaraskan). Bagaimanapun, tiada illustrasi zakat perniagaan disini.
4. Zakat Padi
  • juga tidak dibincang disini. Amnya dibayar mengikut production, bukan tempoh haul setahun.
5. Zakat Pendapatan
  • Pendapatan (gaji, upah, komisen, hasil bebas, profesional fee, dll) ditolak kos atau had Kifayah (sara diri dan keluarga) dan lain-lain tolakan yang dibenarkan (KESP, Tabung Haji).
zakat = 2.5% X (Pendapatan – Perbelanjaan dibenarkan)
So, kawan-kawan, jangan jadikan alasan tak tahu atau susah kira, sebagai alasan untuk tidak membayar zakat. Risau takut apa yang diperolehi dan deberi dan guna oleh diri dan keluarga jadi tidak berkat. Tambahan pula, zakat dibenarkan sebagai REBAT CUKAI i.e ditolak terus dari amaun cukai yang perlu dibayar ke income tax.

How is your relationship with MONEY ?


Pernah lihat advertisement “Kami bukan Ah Long, tapi kami mahu tolong”. Cute and yet the “niat” is questionable. Seriously, betul ke nak tolong and beri talian hayat ? I’ve been through a few of these, and honestly, kita akan berasa lega sekejap, kemudian senak tiap-tiap bulan. Over the longer-term, usually if our spending habit don’t change for the better, we’re doomed to enter another round of “Kami bukan Ah Long, tapi kami mahu tolong”. Yup, by taking more loans and credit cards (usually amount yang lebih besar) to cover the debts. Sedih ! Nasib baik ada biz unit trust, it changed my life and am sure have witnessed how this biz change lives of others for the better.
“Money isn’t everything, but everything needs money”
To understand your relationship with money, ingat semula semasa kecil-kecil dulu. Did our abah and emak had to work hard to cater for the family needs, did you have to work at young age to support the family needs, or maybe were they a lot of arguments about money while you grew up ? All these will somewhat shape your perception about money. It can make you angry, upset or maybe happy and tanam semangat berdikari and tanggungjawab.
Look at now. Try to complete some of the following sentences…
  1. Saya senang dan mudah belanja wang saya ke ………
  2. Saya sukar nak belanja wang ke ……
  3. Saya sayang duit sebab …………………………………………………
  4. Saya risau duit saya sebab ……………………………………………
  5. Saya sering bergaduh (argue) hal-hal wang sebab …………
  6. Saya berasa …………………. bila simpan duit.
  7. Sekiranya saya cukup wang, saya akan ………………………..
  8. Berbincang hal wang, membuat saya berasa ………………..
  9. Bila saya membeli barang secara impromptu/tidak fikir panjang, saya berasa
  10. Saya tak tahu cara nak tadbir (manage) wang saya kerana…
To start plan about your future life and money matters, kita mesti tahu apa yang kita mahu di masa akan datang. Where do you want to be 5, 10, 20 years from now. What lifestyle do you see for yourself and your family. What dreams can you materialize ? Now, look at the future, yes, your future…
  1. How much money money is enough ? Cuba check income yang anda perlu ada untuk kehidupan yang selesa – sebulan berapa ? setahun berapa ?
  2. Bagaimana nak dapat wang sebanyak itu ? Teruskan bekerja, cari pendapatan tambahan melalui pekerjaan kedua ? Atau anda mahu cuba berniaga ? Or maybe nak cari pendapatan sampingan dengan biz seperti unit trust ? (call saya @ 017-3104171 or 012-2037003 segera)
  3. Bagaimana pula tentang wang untuk emergency situation ? (simpanan emergency perlu at least 3 – 6 bulan perbelanjaan bulanan anda) or start with 20% of your monthly salary.
  4. Apa lagi keperluan keluarga saya – perbelanjaan baru seperti tution anak-anak, ubat-ubatan supplement kesihatan (jika dah mula menjangkau umur 40-an), nak mula beri duit saku kepada ibubapa yang dah lama tertunggak. Mungkin nak beli rumah, nak pergi umrah dan haji, nak berkahwin lagi ? Oopps ! Stop there, banyak syarat-syarat mesti dipenuhi if you’re heading there. You’ll also invite more nightmares into your sleep, which will lead you to the next point.
  5. Bagaimana saya boleh tidur lebih lena, tanpa kusut pemikiran memikirkan hal-hal hutang ?
Langkah seterusnya, cepat-cepat buat budget or belanjawan tahunan anda untuk tahun 1432H or 2011. Break them down into monthly cashflow. Jangan lupa perbelanjaan yang bukan bulanan – road tax & insuran kereta, insuran medical (premium biasanya tahunan), cukai pintu & cukai tanah (rumah), persediaan persekolahan anak-anak (uniform, buku, alatulis), hari raya (2 kali setahun) dan macam-macam lagi.
Sample cashflow – can download FREE here
Kebiasaannya, if belanjawan 1 hingga 3 tahun, KADAR INFLASI kurang impak ke atas kos perbelanjaan harian. Assuming, government ain’t raising cost by reducing subsidies (petrol, sugar, etc). Kadar inflasi Malaysia setahun 1.9%. But depends where you stay – Bandar or non-bandar, lifestyle anda – kopitiam, mamak’s or S***B**k ?  Kadar inflasi anda mungkin berbeza.
Bagaimana pula kos-kos perbelanjaan dan pelan-pelan kewangan yang lebih dari 3 tahun?
Recently, my investor, a 40-ish VP in an international Islamic Bank ask me to calculate kos higher-learning-education untuk 4 orang anak beliau. Saya demo dengan memilih anak yang bernama Sara yang kini berumur 5 tahun. Objektif untuk belajar di Australia (lebih kurang AUD40,000 setahun), tempoh pendidikan 3 tahun, diperlukan pada umur 18 tahun, kadar inflasi kos pelajaran di Australia 2.4%.
A quick punching of numbers on my financial calculator, he has to invest now lump sum RM93,500 atau invest RM1,100 setiap bulan (dari umur 5 sehingga 18 tahun) assuming kadar pulangan 12% per annum melalui unit trust vehicle. (Join kami, kami akan ajar cara pengiraannya. 

Pelan Kewangan Haji



Salam kembali.
Ramai kawan-kawan pulang dengan panggilan Hajjah dan Haji, surely tenang di hati, dapat laksanakan tuntutan Rukun Islam kelima. Saya ucapkan tahniah to Haji Arif Ismail, Hajjah Norhazah Ibrahim, Hajjah Hasimah Muhammad dan Haji Salihodin. InsyaAllah kita semua akan juga rasa ketenangan itu, hopefully dalam masa yang terdekat.
But before that – syarat “Mampu mengerjakan Haji” includes financial aspect, apart from berkeupayaan (fizikal dan mental). Syarat wajib lain – Islam, berakal, baligh, merdeka, termasuk juga “mahram” bagi wanita. Most often syarat “mampu” terbatas due to sebab-sebab quota (daftar tahun 2011, dijangka pergi haji selepas tahun 2040). Jadi, yang tak sabar-sabar menunaikan Haji akan mengambil jalan alternatif melalui pakej-pakej swasta yang dianggarkan minimum RM20,000 seorang jemaah sehingga RM120,00 (apa salahnya kalau memang mampu).
Duit shopping tak termasuk tau ! Sebab inilah kita sebagai orang Islam perlu kekayaan (halal, berkat) agar dapat menunaikan ibadat untuk diri sendiri dan menderma untuk yang kurang mampu. “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”.
So, we will use RM20,000 as our starting point untuk diskusi “Financial Planning for Haji”. Boleh ?

LANGKAH-LANGKAH

1. Anggarkan kos haji – minima RM20,000 seorang dan diandaikan naik setiap tahun mengikut kadar inflasi semasa, sekitar 3% setahun.
2. Congak duit yang sedia; ditabung untuk tujuan haji.
Nota : Sebanyak RM1,300 boleh dikeluarkan dari Akaun 2 di EPF untuk ditabung di Tabung Haji; bagi melayakkan seseorang berdaftar untuk menunaikan haji melalui giliran, dengan Tabung Haji.
3. Berapa wang yang tak cukup ? (amaun 1. tolak amaun 2.)
4. Sebarang kekurangan or shortfall, perlu ad “Pelan Kewangan Haj”. Beberapa alternatif disarankan dalam diskusi kali ini.
Sample Kes
Aminah berumur 35 dan ingin menunaikan Haji pada umur 45 tahun. Aminah belum pernah menabung untuk Haji.
1. Amaun yang diperlukan = RM27,000
Nota : Lihat TABLE 1 untuk pengiraan – setiap RM10,000 akan jadi RM13,439 [kenaikan harga 3% setahun (inflasi) selama 10 tahun]. Oleh itu RM20,000 jadi RM26,878 atau sekitar RM27,000.
2. Amaun wang sedia ada = RM 0
3. Amaun wang tak cukup = RM27,000 – RM 0 = RM27,000 (seorang jemaah)
Nota : Aminah mungkin perlu gandakan RM27,000 jika merancang untuk “mahram” i.e RM27,000 x 2 = RM54,000.
4. Rangka “Pelan Kewangan Haji” Aminah. Beberapa alternatif disarankan seperti berikut.
Pelan A – simpanan sekali gus dari RM8,693 ke RM16,575
Rujuk Table 1
Aminah boleh menabung dengan sumber wang lain yang dia ada (mungkin bonus hujung tahun, wang VSS atau jualan aset ?). Jawapannya adalah tabungan sekali gus sebanyak RM16,575 nilai sekarang dalam tabungan dengan pulangan 5% setahun (Tabung Haji). Atau tabungan sekali gus RM8,693 nilai sekarang dalam tabungan dengan pulangan 12% setahun (Unit Amanah Syariah).
TABLE 1
Pengiraannya seperti berikut :
Di Tabung Haji (pulangan 5% setahun), setiap RM10,000 dianggar menjadi RM16,289. Jadi untuk ada RM27,000 Aminah hanya perlu menabung
= ( RM27,000 / RM16,289 ) x RM10,000 = RM16,575 sekarang
Sekiranya Aminah menabung di dalam unit amanah syariah dengan pulangan 12% setahun, Aminah hanya perlu menabung sekarang sebanyak
= ( RM27,000 / RM31, 058 ) x RM10,000 = RM8,693 sekarang
Menariknya tabungan amaun RM16,575 di Tabung Haji, sekiranya ditabung dalam Unit Amanah (Syariah) dianggarkan dapat menampung hampir 2 jemaah haji. Jadi perlu bijak memilih.
Pelan B – simpanan bulanan dari RM116 ke RM173 sebulan
Bagi “bakal” jemaah yang tidak mampu laksanakan Pelan A, mungkin sebab komitmen-komitmen yang tinggi, boleh menabung secara Pelan B “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Rujuk Table 2
Aminah boleh menabung setiap bulan. Digalakkan potongan gaji atau auto-debit bank terus ke akaun Tabung Haji atau Akaun Unit Amanah. Mesti disiplin dan benar-benar mahu menunaikan Haji. Jawapannya adalah tabungan bulanan sebanyak RM173 setiap bulan dalam tabungan dengan pulangan 5% setahun (Tabung Haji). Atau tabungan bulanan RM116 dalam tabungan dengan pulangan 12% setahun (Unit Amanah Syariah). Lebih baik lagi jika tingkatkan ke RM200 (Tabung Haji) dan RM120(Unit Amanah) sebulan agar lebih cepat capai objektif RM27,000.
TABLE 2
Pengiraannya seperti berikut :
Di Tabung Haji (pulangan 5% setahun), RM100 setiap bulan selama 10 tahun dianggar menjadi RM15,593. Jadi untuk ada RM27,000 Aminah hanya perlu menabung
= ( RM27,000 / RM15,593 ) x RM100 = RM173 sebulan
Sekiranya Aminah menabung di dalam unit amanah syariah dengan pulangan 12% setahun, Aminah hanya perlu menabung sekarang sebanyak
= ( RM27,000 / RM23,234 ) x RM100 = RM116 sebulan
Pelan C – simpanan secara “tangga” ikut kemampuan bulanan
Masih mengeluh ? Tak mampu Pelan B ?
Cubalah Pelan C – alternatif dimana sekiranya mampu hanya RM50 sebulan, maka lakukan auto-debit dan mulakan tabungan di Tabung Haji. Bermula dengan RM50 sebulan selama 3 tahun di Tabung Haji. Tambah tabungan setiap tahun sebanyak RM25 sebulan. (Tahun 1 RM50 sebulan, Tahun 2 RM75 sebulan, Tahun 3 RM 100 sebulan dan seterusnya hingga Tahun 10 RM275).
Dihujung tahun ketiga, amaun tersebut menghampiri RM3,000. Sebanyak RM1,000 dikeluarkan untuk modal pelaburan pokok di Unit Amanah dan tabungan bulanan akan diteruskan di akaun Unit Amanah pula.
Melalui cara “tangga” di atas, objektif RM27,000 akan tercapai dalam tahun ke 10.
So, bagaimana rasanya – boleh menabung tak ? Konsep yang sama boleh diubahsuai untuk apa-apa Pelan Kewangan (belian aset, pelajaran anak-anak dsb). Sekiranya keliru – call saya di 017-3104171 untuk diskusi lanjut. or e-mail JustSynergySolutions@ymail.com.
Sekian buat kali ini, semoga diskusi kali ini dapat membuka minda dan memanfaatkan kita semua. InsyaAllah.

Kereta Merah Nombor 1



Apa yang anda faham berkenaan unit amanah ?
Di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust (UT), di luar negara dipanggil MUTUAL FUNDS. To me, konsep UT seperti konsep dana khairat kematian di kebanyakan masjid-masjid, dimana ahli-ahli yang mempunyai matlamat yang sama, menabung dalam satu tabung untuk tujuan membantu ahli yang ditimpa kemalangan. Ini namanya Tabaru’ dan salah satu konsep Syariah penting yang digunapakai dalam Takaful (insuran Syariah). Persamaan dengan UT, dimana pelabur-pelabur yang mempunyai objektif yang sama (dari segi untung dan risiko) melabur dalam suatu tabung, diurus oleh pengurus dana (fund managers) melabur untuk keuntungan bersama dikalangan pelabur-pelabur.
Bezanya UT dengan Hedge Funds, pengurus dana UT tidak berkongsi sebarang untung atau rugi dari pelaburan dana tersebut. Kebiasaanya mereka menerima fee yang tetap. Di dalam Hedge Funds, pengurus dana akan berkongsi sama untung dan rugi tersebut.
Analogi yang lebih mudah, pengurus dana UT sebagai Driver. Tabung dana UT sebagai kereta or “vehicle” pelaburan dan pelabur-pelabur sebagai penunggang kereta. Dimana pula fungsi Unit Trust Consultant ? Unit Trust Consultant sebagai “co-driver’ kereta tersebut. Suruhanjaya Sekuriti sebagai JPJ yang mengawal selia keadaan kereta dan undang-undang jalanraya.
Melalui analogi Unit Trust sebagai “vehicle” atau kereta, kita lebih dapat memahami mengapa pelabur-pelabur akan memilih kereta mewah dan selamat. Seumpama tabung UT yang besar, kurang risiko tapi memberi kepuasan (dari segi kelajuan, perjalanan selesa, ruang yang cantik). Kereta-kereta mewah biasanya memberi perjalanan selesa sebab absorber (turun naik harga), system brake (stop loss system) yang mantap, cc yang tinggi (lebih laju capai matlamat dan mudah untung) dan kebiasaannya harga yang lebih (mahal tapi berbaloi). Ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki kereta mewah sebab “pride of ownership” bangga memandu kereta yang hebat disamping sebab-sebab di atas tadi. Indahnya lagi Unit Trust sebab pelabur tak perlu berbelanja lebih untuk menaiki kereta mewah, hanya pelaburan pokok minima RM1,000 dan tabungan bulanan RM100 dah mencukupi.

Kereta yang hebat jika dipandu oleh pemandu (Fund Manager) yang experience, cekap dan berstamina akan menjamin perjalanan yang baik. Co-driver (Unit Trust Consultant) yang juga peka dan sentiasa alert, akan memberi lebih manfaat kepada penunggang (pelabur) kereta tersebut. Sesekali, co-driver (Unit Trust Consultant) perlu jadi seperti GPS dan Tourist guide, perlu memberi penerangan dan bercerita tentang perjalanan tersebut agar pelabur faham itinery perjalanan.
Pelabur-pelabur yang happy dengan perjalanan tersebut, mungkin tak mahu turun dari kereta tersebut, kerana terlalu selesa dan syok. Soalnya sekarang bagaimana kita dapat memberi such pleasant experience kepada investors di dalam keadaan pasaran yang hebat turun naiknya ? Bagaimana kita dapat memberi keyakinan kepada investors Unit Trust bahawa mereka akan selamat sampai ke destinas (matlamat kewangan) ? Bagaimana pula kita sebagai Unit Trust Consultant akan sentiasa dapat bercerita dan menerangkan keadaan perjalanan tersebut jika ilmu kita tak cukup mantap ?
Tepuk dada, tanya selera…
Cari lah ilmu dan kembangkan minda supaya faham bahawa pasaran yang turun naik, akan memberi ganjaran jangkamasa panjang yang hebat kepada pelabur-pelabur kita

Why Islamic?

The rational of choosing Islamic financial products are:
1) HALAL – If you are Muslim, then you know the difference between the HALAL and the HARAM. So Islamic financial products are HALAL and others are HARAM. Insurance is HARAM, and TAKAFUL is HALAL. Islam always provides alternatives to human’s needs.
2) No interest on loan.
3) Charity-driven.
4) Encourage Helpful Muslim Community – such as Takaful.
5) Moral Benefits – Islamic finance products prohibits the social ills, such as gambling, usury, liquor, porn etc.
6) Barakah – the blessing of our life by ALLAH.
7) Stricter regulations – a major cure to subprime collapse
8) Many choices available – Islamics banks, Islamic accounts, takaful, islamic investments, islamic unit trust, islamic sukuk, islamic gold investment, islamic wasiat -will writing, faraid.
9) Big opportunity – the world is looking at Islamic products hence there is huge opportunity to involve and develop.
10) Balanced concept – many experts says Islamic concept of economy & finance is the best of capitalism and socialism. The world see socialism collapsed, and capitalism is almost and always unstable.
So what are you waiting for, the choice is yours!

An Overview of Islamic Wealth Management

An overview of Islamic Wealth Management
The Primary Concept
The objective of a Muslim living in this world as a khalifah, is to prosper the world according to the teaching of Islam. The ultimate goal is to achieve the pleasure and mercy of Allah. The mean of achieving the pleasure and mercy of Allah is through the good governance and utilization of the worldly life.
And there are men who say: “Our Lord! Give us good in this world and good in the Hereafter, and defend us from the torment of the Fire!” (al-Baqarah – 201)
Whoever works righteousness, man or woman, and has Faith, verily, to him will We give a new Life, a life that is good and pure and We will bestow on such their reward according to the best of their actions.(An-Nahl:97)
Thus, the good and pure life (Hayatan Tayyibah) is the mean of achieving the pleasure of Allah and the duty of ‘khalifah’.
To practically achieving the good life (hayatan tayyibah), the financial aspect is indeed a great factor to ensure its success. Through good financial and wealth management bounded by Syariah (Islamic) principles, the strength of Muslim individual, community, states and countries are built and optimized.
Against them make ready your strength to the utmost of your power, including steeds of war, to strike terror into (the hearts of) the enemies, of Allah and your enemies, and others besides, whom ye may not know, but whom Allah doth know. Whatever ye shall spend in the cause of Allah, shall be repaid unto you, and ye shall not be treated unjustly. (Al-Anfaal: 60)
The wealth, the finance, the economy are part of the strength of Muslim Ummah.
The 5 elements of Islamic (Syariah) Wealth Management are given as:
1) Wealth Creation
2) Wealth Accumulation
3) Wealth Protection
4) Wealth Distribution
5) Wealth Cleansing/Purification
Figure 1 The Elements of Islamic Wealth Management
1) Wealth Creation (Penghasilan Harta)
It is an obligation for an able Muslim to find his own income for living and avoid from begging from others. It is definitely ordained by Allah SWT, with the reminder that the obligation to Allah SWT surpasses every worldly activity.
In Surah Jumaah, verses 10, Allah has said;
“And when the Prayer is finished, then may ye disperse through the land, and seek of the Bounty of Allah. And celebrate the Praises of Allah often (and without stint): that ye may prosper.”
In this verse, it is clearly stated that the result of creating wealth is to achieve success and prosperity, in which, aligned to the Hayatan Tayyibah objective.
2) Wealth Accumulation (Pengumpulan Harta)
The wealth that has been generated can be further expanded and compounded through various means of transaction. One major activity is done through business. In Surah al-Baqarah verse 275;
“While God has made buying and selling lawful and usury unlawful”
Thus, the Syariah-compliant business is a mean to expand and accumulate the readily created wealth. As such, the concept of Mudharabah, Musyarakah, al ‘Ijarah were used extensively in the Islamic finance and banking system.
Derived from this concept, the individual wealth can be further compounded through Islamic (Syariah-compliant) investment vehicle. This vehicle or instrument varies, such as unit trust, gold, stocks, investment-linked takaful products and others.
The investment and saving concept has been described in Surah Yusuf verses 47-48:
[Yusuf] replied: “You shall sow for seven years as usual; but let all [the grain] that you harvest remain [untouched] in its ear, excepting only a little, whereof you may eat: for, after that [period of seven good years] there will come seven hard [years] which will devour all that you shall have laid up for them, excepting only a little of that which you shall have kept in store.

3) Wealth Protection (Perlindungan Harta)
A responsible Muslim/Muslimah individual has significant obligation to the Deen Islam, Muslim community, family, and himself. It is indeed a great urgency and importance that a Muslim protects his wealth from the uncertainties and unpredictable occurrences in life, such as death, losing ability to work, chronic diseases, and golden age years.
Financial products such as takaful and wasiyyah (will writing) are meant to cater for these protection purposes.
With good management of wealth protection, a Muslim individual will not become a liability to the Muslim Ummah and his/her family as backup financial plan is already prepared way ahead. Thus, a strong and stable Muslim Ummah can be built through good financial planning.

4) Wealth Distribution (Pembahagian Harta)
In Islam, there are several ways that the one’s wealth can be distributed, before and after his death. The wealth distribution instruments are as follows:
  • Waqaf (Harta wakaf)
  • Wasiyyah (Wasiat)
  • Hibah (hadiah)
  • Shared wealth (harta sepencarian)
  • Estate planning
The understanding of primary concept of wealth in Islam, that is, the wealth is entrusted by Allah and the resource is not scarce, is fundamental in understanding and practicing the distribution of wealth. A Muslim (or non Muslim) will not find it practical and rational that their wealth distributed to others without first realizing that they are not the sole owner of the wealth.
In Surah al-Hasyr verse 7 regarding the fa’i (the spoils obtained without a war);
What Allah has bestowed on His Messenger (and taken away) from the people of the townships,- belongs to Allah,- to His Messenger and to kindred and orphans, the needy and the wayfarer; In order that it may not (merely) make a circuit between the wealthy among you. So take what the Messenger assigns to you, and deny yourselves that which he withholds from you. And fear Allah. for Allah is strict in Punishment.
5) Wealth Purification/Cleansing (Penyucian Harta)
The man has no absolute right to the wealth that he possesses, because in Islam, the wealth is entrusted to human as amanah. Thus, some portion he may used for himself, and another portion could belong to others. It happens throughout the process of wealth generation, accumulation, distribution and so on. Most probably in the processes, some portion or rights of others is neglected by the individual.
In short, the wealth possesses by us has the rights of Allah SWT as the ultimate owner of everything (hablu min Allah); and the mankind as the beneficiary of Allah’s bounty (hablu min an-nas).
And in their wealth and possessions (was remembered) the right of the (needy,) him who asked, and him who (for some reason) was prevented (from asking) (al-Ma’arij:19).
To purify the wealth, one must fulfill these two rights by paying Zakah (Zakat), infaq fi sabilillah, giving charity (sedekah) etc. Paying Zakah is obligatory to Muslim, while giving charity and infaq are highly recommended deeds.
And spend [freely] in God’s cause, and let not your own hands throw you into destruction (by being stingy); and persevere in doing good: behold, God loves the doers of good. (Al-Baqarah: 195)
Conclusion
The Islamic way of managing wealth has demonstrated the comprehensiveness of the Deen Islam. In the global market trend, the international communities are looking for an alternative, which is Islamic finance, to save and replace the conventional, be it capitalism or socialism. The balanced yet objective concept to prosper and achieve success in the worldly life and hereafter in Islamic finance is being accepted as the best remedy to the current economic instability.
Wallahu a’lam.

Which Financial Group Are You?

Salam. Peace be Upon You. Smile and brighten your days with positive self attitude.
Ok now considerably we are the people who have income, (for student you have scholarship or loans or FAMA), then how do we check our financial habits? Here a simple groupings that most of the people fall into.
1) Financial Idiot
Basically, the this group of people will have a very unbalanced cash flow, where the expenditure outweigh the savings & investment by ratio 1:2.
Let us see this example:
Abu’s total income is RM3000. He spends RM800 on his VIOS, RM500 for fuel & TnG (he drives to office), RM500 for leisure and entertainment, RM500 more on meal and eating out. He lives in a comfy apartment which he rents for RM500.
Total expenditure is RM2800. After spending that much, whats left is RM200. This amount goes to his savings, which is just the same account for his bank-in salary.
To add some hyperbola, he knows nothing about financial planning, zakat, takaful, insurance, investment, tax etc. He argues why EPF/KWSP deduct his money. He stumbled on 1 May when his friend asked; “Have you finished you e-Filing?” He replied; “What is this e-Filing?”
Obviously, the expenditure to savings ratio is 1:10. Really, he saves nothing for his life, and future life. This is what we call idiot.
2) Financial Aware
A good worker, a good servant of organisation who knows how to control expenditure and savings. Every month he puts aside 10% for saving before doing any shopping. Have some financial objectives, save for retirement, have adequate takaful protection. The expenditure to savings is 1:1.
3) Financial Genius

A lot better from group 2, this type of people are not just the master of their finance, but able to use many instruments and facilities to their own benefits. If the person fall into this category, we expect that his wealth is more than what he spends, thus probably the ratio is more 10:1.
This groups sets strategically their financial objectives, know how to accumulate wealth, master the finance and banking facilities such as loans and use that for their own benefits. Loan & credit cards can be scary to other people, but not to them.
They have advanced knowledge in investment, and already diversify and yet focus to their plan. Property, business, stocks, forex, gold are just their normal day-to-day conversations.
So here, being financial genius is to know how to make use our hard earned money to our benefits. It is also about being prudent and frugal. It is not totally being filthy rich, but to master our finance is indeed a crucial skill as a Muslim to gain economic strength, that can contribute to the well being of ummah.

Public Mutual Umum RM232 Juta Dividend Distribution

Public Mutual Umum Pengagihan Pendapatan

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lapan daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana- dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2011:
Pengagihan Pendapatan 8 Dana Public Mutual
Ketua  Pegawai  Eksekutif  Public  Mutual  Yeoh  Kim  Hong  bersukacita  dengan keupayaan syarikat mengumumkan pengagihan walaupun keadaan pasaran kini amat mencabar.
Public Dana Industry, Public Dana Equity dan Public Dana Sector Select merupakan dana-dana ekuiti yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP. Public Dana Industry bermatlamat mencapai pertumbuhan modal tinggi dalam jangka sederhana hingga  panjang  melalui  pelaburan  dalam  industri-industri  bertumbuh,  sementara Public Dana Equity pula bermatlamat mencapai pertumbuhan modal melalui pilihan agresif saham-saham bertumbuh dari pelbagai sektor ekonomi. Public Dana Sector Select bermatlamat  mencapai pertumbuhan  modal jangka panjang  dengan melabur dalam sebuah portfolio sekuriti dari sektor-sektor pasaran terpilih di pasaran domestik yang berpotensi menawarkan pulangan pelaburan yang menarik.

Public Mutual dan Dana Serantau

Bagi dana-dana  serantau  Public Mutual pula,  Public Dana South-East  Asia  Select merupakan sebuah dana ekuiti yang menawarkan peluang kepada para pelabur untuk mengambil   manfaat  dari  potensi  pertumbuhan   pasaran-pasaran  Asia   Tenggara, manakala  Public  Dana  Asia  Ittikal  ialah  sebuah  dana  ekuiti  patuh  Syariah  yang bermatlamat  untuk  mencapai  pertumbuhan  modal dalam  jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan yang melabur di pasaran- pasaran domestik dan serantau yang memenuhi kehendak Syariah.

Public Mutual dan Dana Seimbang

Bagi  kategori  dana  seimbang,  PB  Dana  Australia  Dynamic  Balanced  memberi peluang kepada pelabur-pelabur untuk menyertai potensi pertumbuhan pasaran Australia,  sementara  itu  PB  Dana  Asia  Real  Estate  Income  menawarkan  peluang kepada  para  pelabur  untuk  menyertai  prospek  pertumbuhan  sektor  hartanah  dan amanah  pelaburan  hartanah  (REITs)  di  Asia.  PB  Dana  Asia  Real  Estate  Income menawarkan   perlindungan   insurans   percuma   sehingga   RM100,000  bagi   setiap pemegang unit yang layak. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak  18 anugerah  dana dalam kategorinya  daripada  Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai),  Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper,  Anugerah Dana   Morningstar   (Malaysia)   dan   Anugerah   Dana   Pelaburan   Malaysia   The Star/Standard & Poor’s. Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana bon yang bermatlamat untuk menawarkan pelabur pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam sekuriti hutang Islam.
Kesemua  dana  di  atas  diedarkan  oleh  perunding-perunding  unit  amanah  Public Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.
Public  Mutual  merupakan  syarikat  unit amanah  swasta  yang  terbesar  di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 89 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 30 September 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM41.3 bilion.

Tambahkan Simpanan Anda dengan Public Dana Islamic Savings (PISVF)

Public Dana Islamic Savings (PISVF) adalah sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai terutamanya saham-saham Malaysia patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. PISVF juga boleh melabur dalam saham-saham bertumbuh atau pemulihan yang patuh Syariah serta mempunyai potensi untuk menerima pakai dasar pembayaran dividen.
Dana   ini   memfokuskan   pelaburannya   terutama   dalam   pasaran   domestik,   PISVF menawarkan kepada pelabur-pelabur peluang untuk mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Prestasi sektor patuh Syariah terpilih ekonomi Malaysia dijangka terus disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan bagi jangka masa lebih panjang.

Bagi mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan,  Jepun,  Hong  Kong,  Negara Thai,  Indonesia,  Filipina,  Luxembourg  dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
Prospek Pertumbuhan bagi Ekonomi Malaysia
Ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang sebanyak 4.5% pada tahun 2011  dan 5.4% pada tahun 2012  disokong oleh permintaan domestik yang kukuh ditengah-tengah perbelanjaan pelaburan yang lebih tinggi dan penggunaan swasta stabil. Walaupun permintaan luar  negeri dijangka  lembap dalam  persekitaran ekonomi global yang  lebih mencabar, ekonomi domestik Malaysia disokong oleh pertumbuhan pendapatan boleh berbelanja  yang  bertahan,  aliran  demografi  menggalakkan  dan  kadar  pinjaman  yang
berpatutan.
Dalam jangka sederhana hingga panjang, perbelanjaan pelaburan yang lebih tinggi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka akan meningkatkan prestasi sektor patuh Syariah terpilih di Malaysia. Sektor komunikasi  mengalami peningkatan aktiviti-aktiviti dengan  sasaran  pelancaran  sebanyak  10  projek  kandungan  dan  infrastruktur  dengan anggaran   nilai  pelaburan  sebanyak   RM51   bilio n.   Sektor   ini   menawarkan  prospek pertumbuhan yang menjanjikan infrastruktur komunikasi lebih baik di mana ia dijangka menyumbang kepada peningkatan urus niaga perniagaan, peningkatan dalam aliran maklumat dan pembentukan pengetahuan baru dalam membangunkan modal insan yang penting dalam tahun-tahun akan datang.
Manakala, sektor pengguna harus terus mendapat manfaat daripada perbelanjaan pengguna yang  berterusan seiring dengan pendapatan yang berdaya tahan. Perbelanjaan pengguna dijangka akan berkembang di sebalik peningkatan pembandaran, demografik yang menarik dan usaha-usaha kerajaan untuk  mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan. Sehingga kini, pihak kerajaan telah mengumumkan sebanyak 12 daripada 27 projek dalam industri peruncitan dan pelancongan dengan anggaran sebanyak RM25 bilion di bawah ETP. Tambahan pula, Belanjawan Persekutuan 2012 yang diumumkan pada bulan Oktober 2011 mengandungi pelbagai langkah untuk meningkatkan ekonomi kumpulan berpendapatan rendah,   kelas   pertengahan   dan   warga   tua.   Langkah-langkah   ini   dijangka   dapat meningkatkan pendapatan boleh berbelanja isi rumah dan menyokong perbelanjaan pengguna.
Sektor  minyak  &  gas  juga  mendapat  manfaat  di  bawah  ETP  dengan  syarikat  minyak nasional, PETRONAS menerajui inisiatif tersebut. Sejak pelancaran ETP, 12 daripada 65 projek telah diumumkan dengan nilai pelaburan yang dianggarkan sebanyak RM88.2 bilion. Akhir sekali, sektor infrastruktur mengalami peningkatan aktiviti dengan perlaksanaan projek-projek seperti projek Transit Aliran Massa (MRT) di bawah Greater Kuala Lumpur yang bernilai RM40 bilion – RM50 bilion dan beberapa lebuhraya baru di Lembah Klang.
Tinjauan untuk Pasaran Saham Malaysia
Selepas meningkat sebanyak 18.2%1 pada tahun 2010, pasaran ekuiti Malaysia, seperti yang diproksikan oleh Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia (FBMS), bertambah kukuh pada pertengahan pertama tahun 2011 disokong oleh aktiviti-aktiviti ekonomi kukuh. Walau bagaimanapun, penjualan berlebihan dalam pasaran global menyebabkan pasaran tempatan jatuh mencecah paras urus niaga harian rendah dalam tempoh 14 bulan pada akhir suku ketiga 20111 dengan mencatat 8,642.0 mata. Indeks FBMS, kemudian melantun dan ditutup pada 9,924.9  mata dengan  mencatatkan penurunan dari permulaan tahun  hingga  tarikh sebanyak 1.3% pada 31 Oktober 20111.
Selepas pasaran ekuiti jatuh mendadak pada penghujung suku ketiga tahun 2011 disebabkan oleh kerisauan pada pergerakan pertumbuhan ekonomi global  yang  perlahan dan krisis hutang berdaulat di Eropah, saham-saham tersenarai patuh Syariah di pasaran ekuiti domestik diniagakan di bawah aliran penilaian dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi pelabur jangka sederhana hingga panjang.