Fund for Blog Development-Please click

Sunday, February 19, 2012

Public Mutual Umum RM232 Juta Dividend Distribution

Public Mutual Umum Pengagihan Pendapatan

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lapan daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana- dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2011:
Pengagihan Pendapatan 8 Dana Public Mutual
Ketua  Pegawai  Eksekutif  Public  Mutual  Yeoh  Kim  Hong  bersukacita  dengan keupayaan syarikat mengumumkan pengagihan walaupun keadaan pasaran kini amat mencabar.
Public Dana Industry, Public Dana Equity dan Public Dana Sector Select merupakan dana-dana ekuiti yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP. Public Dana Industry bermatlamat mencapai pertumbuhan modal tinggi dalam jangka sederhana hingga  panjang  melalui  pelaburan  dalam  industri-industri  bertumbuh,  sementara Public Dana Equity pula bermatlamat mencapai pertumbuhan modal melalui pilihan agresif saham-saham bertumbuh dari pelbagai sektor ekonomi. Public Dana Sector Select bermatlamat  mencapai pertumbuhan  modal jangka panjang  dengan melabur dalam sebuah portfolio sekuriti dari sektor-sektor pasaran terpilih di pasaran domestik yang berpotensi menawarkan pulangan pelaburan yang menarik.

Public Mutual dan Dana Serantau

Bagi dana-dana  serantau  Public Mutual pula,  Public Dana South-East  Asia  Select merupakan sebuah dana ekuiti yang menawarkan peluang kepada para pelabur untuk mengambil   manfaat  dari  potensi  pertumbuhan   pasaran-pasaran  Asia   Tenggara, manakala  Public  Dana  Asia  Ittikal  ialah  sebuah  dana  ekuiti  patuh  Syariah  yang bermatlamat  untuk  mencapai  pertumbuhan  modal dalam  jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan yang melabur di pasaran- pasaran domestik dan serantau yang memenuhi kehendak Syariah.

Public Mutual dan Dana Seimbang

Bagi  kategori  dana  seimbang,  PB  Dana  Australia  Dynamic  Balanced  memberi peluang kepada pelabur-pelabur untuk menyertai potensi pertumbuhan pasaran Australia,  sementara  itu  PB  Dana  Asia  Real  Estate  Income  menawarkan  peluang kepada  para  pelabur  untuk  menyertai  prospek  pertumbuhan  sektor  hartanah  dan amanah  pelaburan  hartanah  (REITs)  di  Asia.  PB  Dana  Asia  Real  Estate  Income menawarkan   perlindungan   insurans   percuma   sehingga   RM100,000  bagi   setiap pemegang unit yang layak. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak  18 anugerah  dana dalam kategorinya  daripada  Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai),  Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper,  Anugerah Dana   Morningstar   (Malaysia)   dan   Anugerah   Dana   Pelaburan   Malaysia   The Star/Standard & Poor’s. Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana bon yang bermatlamat untuk menawarkan pelabur pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam sekuriti hutang Islam.
Kesemua  dana  di  atas  diedarkan  oleh  perunding-perunding  unit  amanah  Public Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.
Public  Mutual  merupakan  syarikat  unit amanah  swasta  yang  terbesar  di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 89 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 30 September 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM41.3 bilion.

No comments:

Post a Comment