Apa yang anda faham berkenaan unit amanah ?
Di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust (UT), di luar negara dipanggil MUTUAL FUNDS. To me, konsep UT seperti konsep dana khairat kematian di kebanyakan masjid-masjid, dimana ahli-ahli yang mempunyai matlamat yang sama, menabung dalam satu tabung untuk tujuan membantu ahli yang ditimpa kemalangan. Ini namanya Tabaru’ dan salah satu konsep Syariah penting yang digunapakai dalam Takaful (insuran Syariah). Persamaan dengan UT, dimana pelabur-pelabur yang mempunyai objektif yang sama (dari segi untung dan risiko) melabur dalam suatu tabung, diurus oleh pengurus dana (fund managers) melabur untuk keuntungan bersama dikalangan pelabur-pelabur.Bezanya UT dengan Hedge Funds, pengurus dana UT tidak berkongsi sebarang untung atau rugi dari pelaburan dana tersebut. Kebiasaanya mereka menerima fee yang tetap. Di dalam Hedge Funds, pengurus dana akan berkongsi sama untung dan rugi tersebut.
Analogi yang lebih mudah, pengurus dana UT sebagai Driver. Tabung dana UT sebagai kereta or “vehicle” pelaburan dan pelabur-pelabur sebagai penunggang kereta. Dimana pula fungsi Unit Trust Consultant ? Unit Trust Consultant sebagai “co-driver’ kereta tersebut. Suruhanjaya Sekuriti sebagai JPJ yang mengawal selia keadaan kereta dan undang-undang jalanraya.
Melalui analogi Unit Trust sebagai “vehicle” atau kereta, kita lebih dapat memahami mengapa pelabur-pelabur akan memilih kereta mewah dan selamat. Seumpama tabung UT yang besar, kurang risiko tapi memberi kepuasan (dari segi kelajuan, perjalanan selesa, ruang yang cantik). Kereta-kereta mewah biasanya memberi perjalanan selesa sebab absorber (turun naik harga), system brake (stop loss system) yang mantap, cc yang tinggi (lebih laju capai matlamat dan mudah untung) dan kebiasaannya harga yang lebih (mahal tapi berbaloi). Ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki kereta mewah sebab “pride of ownership” bangga memandu kereta yang hebat disamping sebab-sebab di atas tadi. Indahnya lagi Unit Trust sebab pelabur tak perlu berbelanja lebih untuk menaiki kereta mewah, hanya pelaburan pokok minima RM1,000 dan tabungan bulanan RM100 dah mencukupi.
Kereta yang hebat jika dipandu oleh pemandu (Fund Manager) yang experience, cekap dan berstamina akan menjamin perjalanan yang baik. Co-driver (Unit Trust Consultant) yang juga peka dan sentiasa alert, akan memberi lebih manfaat kepada penunggang (pelabur) kereta tersebut. Sesekali, co-driver (Unit Trust Consultant) perlu jadi seperti GPS dan Tourist guide, perlu memberi penerangan dan bercerita tentang perjalanan tersebut agar pelabur faham itinery perjalanan.
Pelabur-pelabur yang happy dengan perjalanan tersebut, mungkin tak mahu turun dari kereta tersebut, kerana terlalu selesa dan syok. Soalnya sekarang bagaimana kita dapat memberi such pleasant experience kepada investors di dalam keadaan pasaran yang hebat turun naiknya ? Bagaimana kita dapat memberi keyakinan kepada investors Unit Trust bahawa mereka akan selamat sampai ke destinas (matlamat kewangan) ? Bagaimana pula kita sebagai Unit Trust Consultant akan sentiasa dapat bercerita dan menerangkan keadaan perjalanan tersebut jika ilmu kita tak cukup mantap ?
Tepuk dada, tanya selera…
Cari lah ilmu dan kembangkan minda supaya faham bahawa pasaran yang turun naik, akan memberi ganjaran jangkamasa panjang yang hebat kepada pelabur-pelabur kita
No comments:
Post a Comment