Fund for Blog Development-Please click

Sunday, July 29, 2012

Jom Rancang Kewangan Anda

Mengikut kajian 100 orang yang berusia 25 pada hari ini, apa yang terjadi apabila sampai di usia emas mereka :
1 % : Hidup kaya raya
4 % : Mempunyai status bebas kewangan
5 % : Masih bekerja
27 % : Meninggal dunia
63 % : Hidup sengsara
Kematian adalah ketentuan tuhan kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Namun isu yang utama adakah kita ingin membiarkan nasib kita sentiasa malang sekiranya tuhan memanjangkan umur kita. Oleh yang demikian adakah kita serius merancang kehidupan ketika usia emas kelak.
Jangka hayat hidup yang pendek menyukarkan kehidupan waris. Namun sama juga situasi jika jangka hayat kita panjang, lebih-lebih lagi sekiranya kita hidup dalam kepayahan (dari segi kewangan ataupun kesihatan). Atau setidak-tidaknya adakah kita masih lagi perlu bekerja dengan kudrat umur yang lanjut seperti ketika berumur 20an/30an.
Dan agak dikesali apabila penulis menemui beberapa individu yang tidak ambil kisah dengan perancangan ini dan memikirkan untuk mengharapkan belas ehsan daripada anak atau kaum keluarga lain. Kita perlu ingat, anak-anak akan membesar dan mereka juga memerlukan dana kewangan bagi membiayai kehidupan keluarga mereka sendiri.
Ini menghendaki kita benar-benar serius untuk menyiapkan diri merancang persaraan kita.
Membuat simpanan, pelaburan dan perlindungan kewangan memang sering kali ditulis dalam laman web ini bagi menyedarkan diri kita. Pokok masalah utama adalah adakah kita benar-benar telah memulakan perancangan ini?

No comments:

Post a Comment