Fund for Blog Development-Please click

Wednesday, October 24, 2012

Bagaimana Plan Kewangan Kita untuk Mengerjakan Haji?

Bagaimana Plan Kewangan Kita untuk Mengerjakan Haji?

Berita ini sungguh mengharukan.

 
Jika kita ada duit membeli rokok, ada duit melanggan Astro maka tidak ada alasan untuk tidak menabung untuk menunaikan haji.

Astro: RM 50  x 12 bulan = RM 600.
Rokok: RM 50 x 12 bulan = RM 600.
RM 1,200 x 10 tahun = RM 12,000 dalam Tabung Haji.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, lagi-lagi kalau kemahuan itu adalah sesuatu yang mulia seperti menunaikan fardhu haji, pasti Allah mudahkan

Petanda Masalah Kewangan

membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala.

PENGURUSAN KEWANGAN

Mendisiplinkan diri dalam segenap aspek perbelanjaan atau pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak daripada dibelenggu masalah kewangan.

Tidak cukup dengan masalah itu, kita dibebani pula dengan hutang keliling pinggang. Bayaran bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah gagal dijelaskan mengikut waktu.

Jika berdepan masalah seperti itu ia adaah petanda anda memerlukan bantuan pakar perancangan bagi membantu menguruskan kewangan anda.

Adalah lebih baik jika mengetahui anda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik.

tips pengurusan kewangan

Jika anda mempunyai tanda seperti dijelaskan di bawah, anda perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menguruskan kewangan anda.

1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.

Jika anda sering bertengkar dengan pasangan mengenai soal ketiadaan atau kekurangan wang, ini adalah satu tanda bahawa anda sedang menghadapi kesulitan kewangan. Jika masalah kewangan ini tidak ditangani dengan bijak, ia mungkin membawa kepada lain-lain masalah dalam rumah tangga termasuk perceraian.

2. Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan.

Peraturan wajib yang perlu diikuti adalah kita perlu mengehadkan semua tanggungjawab hutang kita hanya kepada kira-kira-kira satu pertiga daripada pendapatan atau gaji bersih yang diterima setiap bulan.

Gaji bersih bermakna selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukai pendapatan, Perkeso dan sebagainya.

Ini bermakna jika gaji bersih sebulan adalah RM3,000 , maka pembayaran semula pinjaman kereta, rumah dan lain-lain pinjaman jika ada tidak boleh melebihi RM1,000 sebulan.

Ini bermakna mereka mempunyai kurang separuh daripada pendapatan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan lain dan untuk perbelanjaan membesarkan anak-anak.

Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk tujuan lain seperti melancing, hiburan, makan di luar dan lain-lainnya? Kemungkinan besar bagi perbelanjaan untuk perkara berkenaan mereka terpaksa berhutang terutama dengan menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi atau kedua-duanya sekali.

3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.

Jika anda mendapati baki kad kredit anda semakin tinggi setiap bulan, ia adalah satu amaran bahaya. Jika perkara ini tidak diteliti, anda akan mencapai ke tahap maksimum kad kredit anda tidak lama lagi. Jika ini berlaku, kita akan mula mencari peluang untuk memohon kad kredit yang kedua dan ketiga yang seterusnya menyebabkan hutang kad kredit anda terus menggunung.

4. Hanya membayar bayaran minimum.

Satu lagi tanda yang menunjukkan anda menghadapi krisis kewangan adalah apabila hanya membayar sejumlah minimum kad kredit. Baki kad kredit itu selalunya akan menyebabkan anda dikenakan caj faedah 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.

5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan boleh menyebabkan hutang makin tertunggak.

Membayar bil lewat akan menyebabkan anda dikenakan caj penalti dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi beban kewangan anda.

6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.

Satu petanda yang menunjukkan anda tidak mempunyai disiplin kewangan adalah apabila sanggup meminjam daripada orang lain terutama kawan atau saudara-mara sendiri untuk membeli sesuatu barang yang sebelum ini akan membayar dengan tunai.

7. Tidak dapat tidur malam.

Ini adalah satu ujian untuk menunjukkan sama ada anda mengalami masalah kewangan atau tidak. Tanyakan diri sendiri adakah anda dapat tidur nyenyak setiap malam atau tidur terganggu kerana memikirkan hutang keliling pinggang.

8. Tidak dapat mengumpul wang secara sistematik biarpun mencuba bertahun-tahun

Sekiranya berjaya menyimpan, ada sahaja alasan menghabiskan wang.

Salah satu caranya adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan atau mendapat khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

tips menyimpan and gandakan wang dengan mudah

Tips Menyimpan dan Gandakan Wang Dengan Teknik Mudah!


Salam sejahtera,

Saya ingin mengesyorkan agar anda menyimpan atau menabung terlebih dahulu sebelum berbelanja kerana cara inilah yang akan menjadikan simpanan anda akan terus bertambah berbanding berbelanja terlebih dahulu sebelum menyimpan!

Jika anda sukar untuk menyimpan setiap bulan, terdapat cara mudah untuk anda menyimpan iaitu dengan membuat potongan gaji melalui majikan anda ataupun membuat arahan tetap kepada pihak bank.

2 cara ini akan membantu anda menyimpan setiap bulan. Cara ini lebih menjimatkan masa dan kos kerana anda tidak perlu lagi terburu-buru ke bank, berdepan dengan kesesakan lalulintas, terpaksa beratur dan juga menanggung kos caj ‘parking’.

Sekarang anda sudah tahu 2 cara mudah untuk menyimpan.

Sebagaimana yang saya janjikan pada email lepas, saya akan menerangkan 1 teknik yang mampu menggandakan simpanan anda!

Apa teknik tersebut…?

Saya pasti anda tentu faham apa yang saya maksukan iaitu teknik ‘compound interest’. Kelebihan teknik ini ialah, lebih awal anda menyimpan, bermakna simpanan anda akan berganda-ganda banyaknya.

Untuk anda lebih faham, andaikan dividen adalah 10% setahun, sebagai contoh :

1) Zarina mula menyimpan sebanyak RM250 sebulan sejak berumur 19 tahun. Beliau menyimpan selama 8 tahun iaitu sehingga umurnya 26 tahun. Sejak daripada itu beliau tidak lagi menyimpan. Ketika beliau bersara pada umur 55 tahun, wang simpanannya telah menjadi sebanyak RM598,648 hasil dari kaedah compound interest. (kos beliau hanya RM24,000)


2) Majid mula menyimpan RM250 sebulan pada umur 27 tahun. Beliau menyimpan sehingga umur 55 tahun iaitu selama 19 tahun. Ketika beliau bersara, wang simpanannya hanyalah sebanyak RM490,482 sahaja hasil dari kaedah compound interest. (kos beliau ialah RM87,000)


Tentu anda nampak perbezaan bagi 2 contoh di atas bukan?

Lebih awal anda menyimpan secara tetap setiap bulan, anda sebenarnya lebih beruntung seperti apa yang berlaku pada Zarina!

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mula menyimpan secara tetap mulai sekarang kerana tiada istilah ‘lambat’ dalam soal pengurusan kewangan.

Apa yang paling penting ialah tindakan anda.

Pelabur Biasa vs Pelabur Hebat

Pelabur Biasa Vs. Pelabur Hebat



Lazimnya terdapat 2 ciri utama tabiat pelabur.

Tabiat mereka inilah yang menentukan sama ada mereka mampu ‘Buat Duit’ atau tidak melalui pelaburan, terutamannya pelaburan Unit Amanah.

Ramai orang yang terdedah dalam industri pelaburan mengatakan terdapat hampir 90% pelabur mempunyai tabiat yang kurang tepat terhadap pelaburan mereka. Betulkah kenyataan itu? Saya tidak pasti, tetapi mengikut kajian-kajian psikologi memang ramai orang yang akan suka bertindak ‘terbalik’. Ia sama seperti hanya 5% sahaja orang yang berani dan mencari sebab untuk berjaya, sedang 95% lagi adalah orang yang suka memberi alasan serta lebih selesa berada pada tahap biasa. Mereka memanggil pelabur-pelabur itu sebagai ‘Pelabur Biasa’.

Para ‘Pelabur Biasa’ lazimnya tidak percaya kepada matlamat kewangan mereka, sesetengahnya langsung tidak meletakkan objektif kepada pelaburan mereka. Mereka mudah panik apa dengan turun naik pasaran serta banyak menggunakan emosi/perasaan untuk membuat keputusan. Mereka lebih suka dan percaya kepada pandangan dan nasihat individu tidak berkaliber yang menyebelahi emosi mereka.

Berlainan dengan ‘Pelabur Hebat’. Para pelabur ini, memang suka melabur. Mereka sanggup menimba ilmu untuk mengetahui potensi dan cara untuk mencapai matlamat kewangan mereka melalui pelaburan. Mereka bercita-cita untuk kaya dan akan mengambil tindakan diatas setiap peluang untuk memastikan matlamat mereka tercapai.

Lazimnya, ‘Pelabur Hebat’ tidak mudah panik. Mereka mempunyai objektif pelaburan yang jelas. Mereka tidak akan mengganggu pelaburan mereka sehinggalah matlamatnya tercapai. Bagi yang lebih agresif, pastinya mereka akan terus menambah pelaburan mereka. Mereka tidak takut rugi, mereka mahu untung dan mahu laksanakan strategi yang menguntungkan.

Mereka juga tidak suka terburu-buru kerana mereka amat faham bahawa setiap pelaburan dan untung perlukan masa yang tertentu. Bagi mereka adalah diluar tabii’ jika menanam pokok untuk menuai hasilnya sebelum pokok itu tiba masa untuk berbuah.

Prinsip Melabur Untuk Persaraan

Prinsip melabur untuk persaraan



Menjalani kehidupan di usia emas dan bersara merupakan satu lagi fasa kehidupan yang perlu ditempuh. Justeru, persoalan berlegar-legar di fikiran apakah kaedah sesuai bagi terus menjana pendapatan?

Beberapa prinsip dalam pelaburan perlu dipandang serius sebelum anda merancang untuk membuat persediaan persaraan.

Pertama - sentiasa bersedia menghadapi perkara luar jangka. Ini kerana semasa bekerja anda mempunyai aliran pendapatan tetap untuk melunaskan keperluan kewangan di luar jangkaan, namun ia sebaliknya selepas bersara.

Kedua - sesuaikan perubahan pendapatan anda. Buat sasaran jumlah perbelanjaan selepas bersara.

Ketiga - bina aliran pendapatan berterusan. Hal ini penting bagi memastikan anda mempunyai sumber pendapatan sepanjang hidup.

Dari konsep kewangan, persaraan memerlukan anda merancang lebih teliti tentang pengumpulan aset. Perlu diingat, anda perlu mengurus kewangan untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang!

Paling penting, melabur dalam instrumen yang sesuai. Justeru, ambil kira keperluan dan matlamat jangka panjang sebelum melabur.

Langkah seterusnya, ketahui dan fahami tempoh masa sesuai untuk menjual balik atau menukarkan pelaburan dalam bentuk tunai bagi memenuhi keperluan anda. Lazimnya, pelabur cenderung menjual saham berisiko tinggi apabila memasuki usia persaraan.

Pastikan anda membuat kajian dan anggaran secara teliti dan berkesan. Ambil kira kesan cukai ke atas pelaburan anda dan pastikan anda mengoptimumkan manfaat rebat cukai yang layak. Kesimpulannya, pelaburan perlu dirancang dengan teliti untuk mendapat hasil dan pulangan terbaik.

Usia muda adalah masa terbaik untuk mula merancang persaraan anda

MasaYang Sesuai Untuk Membuat Pelaburan

Masa Yang Sesuai Untuk Membuat Pelaburan 

Lazimnya pelabur yang bijak menyimpan wang yang secukupnya untuk keperluan kecemasan dan selebihnya dilaburkan untuk memaksimumkan pulangan. Untuk menentukan pelaburan mana yang sesuai dengan anda, anda perlu menilai jumlah wang yang mampu anda laburkan berdasarkan keadaan semasa kehidupan anda.
Pilih Pelaburan yang Betul
  • Matlamat dan keperluan anda - Pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda, sama ada untuk membeli rumah, menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anak anda atau keperluan anuiti persaraan?  
  • Umur anda ketika melabur - Ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya, jika anda masih muda, anda boleh membuat pelaburan yang secara relatifnya lebih berisiko tinggi
  • Pendapatan anda ketika melabur - Jika anda berpendapatan lebih tinggi, maka anda akan mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan
  • Pekerjaan anda - Contohnya, jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, maka anda mungkin tidak perlu pelan persaraan lain.
  • Aset anda - Jenis aset yang anda milik memberi kesan terhadap tahap risiko yang anda hadapi. Simpanan dan deposit tetap mempunyai risiko yang paling minimum dan bon serta ekuiti mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  • Jangka masa - Bilakah anda mahu menjual aset anda? Anda perlu memastikan tempoh matang aset yang anda pilih.
  • Kecairan - Keperluan anda terhadap wang di masa hadapan. Sekiranya anda perlu menggunakan wang dalam masa 2-3 bulan terdekat, anda mungkin perlu menyimpan wang anda di dalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bon dan unit amanah.
  • Kesediaan menghadapi risiko - Nilai toleransi anda terhadap risiko. Sejauh mana anda boleh menghadapi ketidaktentuan pasaran?
Strategi Peringkat Hidup
Strategi peringkat hidup merupakan strategi yang lazim digunakan dalam perancangan kewangan untuk pelaburan. Pendekatan ini adalah berdasarkan kepada tempoh tertentu yang dilalui pelabur dalam hidupnya. Jadual di bawah memperjelaskan strategi berbeza yang boleh dilaksanakan seorang pelabur pada peringkat berbeza dalam hidupnya

Tahun-tahun Awal
(Sehingga awal 30-an)
Tahun-tahun Pertengahan
(30-an hingga akhir 40-an)
Menjelang Persaraan
(lewat 40an sehingga persaraan)
Setelah Persaraan
(60+)
Matlamat anda
Tahap permulaan
Mengumpul dan melabur
Kukuhkan untuk masa hadapan
Pendapatan dan jaminan sara hidup
Peringkat jangka hayat pelaburan anda
Mengumpulkan dana kecemasan
Mula melabur
Tentukan matlamat kewangan jangka pendek
Menambah simpanan
Menetapkan strategi simpanan yang mantap
Memberi perhatian kepada matlamat kewangan jangka pendek, sederhana panjang.
Memaksimumkan pelaburan
Matlamat cenderung untuk beralih kepada jangka sederhana
Melabur untuk menjana pulangan yang cukup untuk perbelanjaan hidup
Memberi perhatian kepada matlamat jangka pendek dan sederhana
Pertimbangan anda
Bila dan bagaimana untuk mula menyimpan
Simpanan perlu cair untuk memenuhi keperluan jangka pendek
Komitmen keluarga (gadai janji, perbelanjaan pendidikan anak-anak)
Mengurus pelaburan yang ada untuk mendapatkan pulangan maksimum
Mempunyai pendapatan mencukupi untuk persaraan
Pulangan terhadap pelaburan yang cukup untuk mengekalkan standard kehidupan seperti sebelum persaraan.
Strategi pelaburan anda
Mula melabur secara tetap untuk keperluan jangka pendek dan persaraan
Pelaburan
Bahagian yang lebih besar untuk pelaburan pertumbuhan
Memastikan kepelbagaian tetapi menilai semula pengagihan aset dengan mengurangkan peratusan pelaburan berisiko tinggi
Terus melabur tetapi mengubah gabungan pengagihan aset kepada aset yang lebih konservatif

Lindungi Pelaburan Anda
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pelaburan, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah benar memahami sepenuhnya tentang pelaburan yang akan dibuat serta risiko yang terlibat, dan apabila anda berurusan dengan penasihat kewangan, pastikan mereka benar berkelayakan serta berpengalaman dan tidak terlibat dengan sebarang penipuan kewangan. Jangan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan dan pilihan berkaitan pelaburan tanpa perancangan yang teliti terlebih dahulu.
Berikut ialah amalan yang boleh anda gunapakai untuk membantu anda dalam mengurangkan risiko yang dihadapi: 
  • Jangan meminjam untuk melabur
  • Jangan melabur hanya untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan cepat (contohnya skim cepat kaya)
  • Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggi kecuali anda sudah bersedia Jangan melabur berdasarkan 'hot tips' dan khabar angin
  • Dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, seperti laporan syarikat, media, kursus dan semina

Strategis for Success in UT Investing

Dalam topic “Strategis for success in UT investing”, penulis menekankan ada 6 strategi untuk Berjaya dalam Unit T rust:
1- Enlist all your available resources- cash, knowledge and time- in quest for wealth
2-Decide to do, at least something.
3- Take and use, your lumps
4-Utilise dollar-cost averaging
5- Go for your goals
6- Switch when appropriate

Walaupun begitu, kata penulis, usaha yang perlu pelabur unit trust perlu lakukan bukanlah teruk mcm main saham, org yg main saham ni diorg mmg professional investor iaitu pelabur sepenuh masa, mmg tak boleh buat kerja lain, mmg setiap masa kena pantau ekonomi , pasaran saham dan sebagainya. Utk pelabur unit trust, at least anda ambil tahu berapa purata kos unit anda, paling kurang setiap bulan ambil tahu berapa harga unit semasa dana yang anda masuk, catit dalam buku, dan bila harga jatuh ke paras yg sgt rendah, ambil kesempatan utk tambah pelaburan. InsyaAllah dgn mengikuti strategi ini anda akan berjaya memperoleh keuntungan yang byk dalam unit trust ni. Nak lebih..mestilah kena ada usaha yang lebih sikit kan? 
Jangan harap 100% pada agent utk ingatkan anda, kerana agent adalah manusia biasa, bukan software atau robot:) Agent pula biasanya ada beratus2 klien, mana mungkin nak ingatkan setiap pelabur tentang harga unit yang turun naik ni? Mungkin agent akan cuba yang terbaik utk pantau akaun anda, & dan inform anda bila harga jatuh, tapi ada masa dia mungkin akan terlepas pandang juga.
Penulis buku juga menulis tentang beberapa buku yang ditulis oleh Robert T Kiyosaki dan menggalakkan kita membaca buku2 beliau, walaupun beliau bukanlah seorang peminat unit trust. Ini kerana beliau lebih ke arah membina kekayaan melalui bisnes& melabur dalam hartanah/property, yang mana bg kebanyakan rakyat Malaysia cara beliau adalah sgt aggressive dan risiko lebih tinggi dari melabur di Unit Trust.
“Yet to achieve financial freedom, you must venture across the walls of Kiyosaki”s elegently constructed quadrant and invest, Specifically invest in equities, and for most of you (Malaysian) that will mean through Unit Trusts.”

Sebab apa beliau mengatakan equities utk kebanyakan rakyat Msia adalah melalui unit trust? Ini kerana rata2 rakyat Msia tak mampu utk betul2 main saham yang berisiko sgt besar, tak mampu sama ada dari segi ilmu, modal atau masa..melalui Unit Trust rakyat Msia berpeluang utk melabur di equity juga tanpa mengambil risiko yang terlalu byk. Ini kerana unit trust menyediakan beberapa dana yang mampu memberi pulangan yang tinggi dengan melabur di equity.
“If you have a lot of money on hand for that purpose and if you believe that equities and equity based unit trusts are reasonably cheap at the point at which you look at them, then by all means plonk down a lump sum investment.
If you dont have a large enough sum to warrant a lump sum initial investment, then it makes no difference whether you think equities are expensive or not. Just get started in a small, regular way. And dont feel bad about your modest start. Most successful investors started small. For them, the smartest thing they ever did was to begin a regular investment programme using the flexibility inherent in unit trust.”

Asset Allocation ??

Asset Allocation adalah satu kaedah untuk mengurus/mengawal risiko kerugian, ianya sgt penting terutama kepada anda yang ingin melabur secara lump sum.
Dana2 unit trust terbahagi kepada tiga,
1- high risk high return,
2- medium risk, medium return &
3- low risk low return.
Kalau anda jenis pelabur yang aggresif dan boleh ambil risiko tinggi, anda boleh lah letak sejumlah wang yang besar di dana 1. Boleh untung besar tapi boleh juga rugi besar kalau terlepas pandang keadaan ekonomi. Tapi tak ada lah seteruk rugi main saham:)
Tapi kalau anda jenis pelabur yang tak boleh ambil risiko tinggi, caranya ialah dengan membahagikan pelaburan anda antara ketiga2 jenis dana di atas jika anda ingin melabur lump sum. Cara kedua ialah dengan mengamalkan ringgit cost averaging. Cthnya kalau anda nak melabur RM100k, anda boleh melabur secara berkala, cthnya RM10k selama 10 bulan, itu lebih baik jika anda seorang yang tak boleh ambil risiko tinggi.
Sebab apa market timing menyumbangkan hanya 2% kepada pulangan anda? Biasanya org yg suka timing market ni, dia merasakan market sekarang sedang tinggi, jadi beliau tangguhkan untuk memulakan pelaburan, nak tunggu harga jatuh lah alkononnya. Tangguh punya tangguh, tgk2 price tak jatuh2, malahan terus naik untuk beberapa bulan @setahun lagi. Kat situ dia dah rugi, sebab kalau harga terus naik dalam masa beberapa bulan pun anda dah boleh meraih keuntungan lebih 10% jika anda invest lump sum. Lepas tu baru menyesal tak invest awal2 & bertangguh untuk mulakan pelaburan. Bayangkan kalau dia invest RM100k dan untung 10%, dia sepatutnya dah boleh untung RM10k dalam semasa tempoh penangguhan dia tu.
Market Timing Problem
Lagi satu masalah orang yang timing market ni, biasanya orang mcm ni agak tamak, lepas invest dia dah dapat untung byk dah, katakan 15%, tapi dia nak tunggu naik lagi utk dapat untung banyak lagi, tunggu punya tunggu, tgk2 harga terus jatuh dan jatuh, sepatutnya boleh untung 15%, last2 jual masa keuntungan yang lebih rendah.
Sebab tu market timing tak bagus, so back to the basic, Unit Trust atau Unit Amanah adalah pelaburan yang paling sesuai utk jangkamasa sederhana atau panjang..Dan dalam Unit Trust ni tak boleh terlalu tamak atau terlalu panik, kena relaks je & fokus long term investment, insyaAllah anda akan tersenyum melihat hasilnya satu hari nanti:)

Apa Tak Patut Dibuat Masa Market Down? – Unit Trust


Semalam baru jumpa seorang client unit trust yang sanggup bersabar menunggu berhari-hari untuk jumpa saya dan explain pasal pelaburan unit trust dari prespektif yang berbeza. Masa borak-borak tu dia cakap yang wife dia sudah melabur guna duit EPF melalui seorang agen. Dia mention 2 masalah yang biasa iaitu agen tak monitor dan inform client tentang perkembangan pelaburan dan bila ditanya tentang keadaan pasaran semasa, agen tak tahu nak explain. Jawapan/skrip yang biasa didengar daripada agen, “Ini pelaburan jangka masa sederhana/panjang”, “Jangan risau tentang pasaran. Buat saja Dollar Cost Averaging”. Kenyataan yang paling client ni tak suka adalah kenyataan no 2 pasal dollar cost averaging (DCA). Client saya ni tak berapa tahu sangan tentang pelaburan/pasaran. Daripada ceritanya, dia baru saja berjinak-jinak baca pasal pelaburan. Pasal DCA ni, dia mention yang dia ada rasa tak berapa betul sangat kaedahnya. Melabur setiap masa tanpa kisah market naik ke turun! Yang dia angin sangat tu, logik dia, yang untung bukan client tapi agen! (Kenyataan ni dia yang cakap bukan saya!). Tiap-tiap bulan, regardless keadaan pasaran, turun ke naik, agen dapat duit komisen. Yang client tu telan air liur tengok pelaburan turun naik. Bila ditanya apa sebab pasaran/pelaburan turun, skrip biasa/basi agen kata, “Jangan risau, bro. Pasaran akan naik jugak lama kelamaan. Cool bro!”. Ueakkkk….!!! (Bukan client saya tu yang muntah. Ni saja jek untuk efek dramatik!!!!).
Masalahnya ,kebanyakkan agen selesa dengan keadaan “let other people do the thinking for you!”. Bila company keluarkan guideline macam mana nak handle pelaburan client, agen-agen ni ikut jek. Sebab dalam pikiran mereka, “Company ni besar. So apa-apa saja yang keluar daripada lubang … company, semuanya betul kan!!! (diikuti dengan mata ternaik-naik untuk menyakinkan orang lain). “Buat apa susah-susah nak manage client punya pelaburan. Biarkan saja fund manager tu yang handle!”. Dengan keadaan ekonomi global sekarang ni yang teruk (Tengok je keadaan Europa & US. Dah nazak sangat!), kenapa masih lagi nak melabur kalau keadaan pasaran tak elok? Nak cari nahas ke! Satu perkara yang agen jarang sangat mention dan guna iaitu “switching”. Sebab kalau client switch (ini contoh untuk CIMB Principal punya unit trust fund), agen tak dapat apa-apa. Yang agen dapat hanya penat lelah sebab kena jumpa client minta sign kat borang switching pastu hantar kat CIMB Damansara Uptown. Banyak keje tu dan agen tak dapat sesen pun!!! Yang agen cari hanya sales dan daripada sales baru dapat komisen!
Jadi, apa yang TAK PATUT dibuat masa pasaran merundum sekarang? Masih melabur la! Kena stop semua! Kalau masih melabur, suruh agen anda switch ke Money Market atau Sukuk fund atau switch kepada mana-mana fund yang efeknya tak terasa sangat kalau pasaran turun. Kepada yang masih melabur dan sayang nak redeem (sebab kalau masuk balik kena caj fee), inilah langkah terbaik anda, iaitu switching. Suruh saja agen anda buat switching sebab itu salah satu daripada tugas-tugas agen. “Bila nak switch?”, soalan yang mungkin anda tanya. Jawapannya mudah, tengok je status pasaran kat blog ni (image bahagian atas belah kiri). Kalau merah, maknanya kena switch ke Money Market atau Sukuk fund atau redeem (switch lebih baik!). Kalau hijau, switch balik daripada Money Market atau Sukuk ke equity fund atau fund asal. Kalau kuning, stand by! Mudahkan! Sapa kata anda tak boleh manage pelaburan anda sendiri! Yang pentingnya, dari sumber mana anda dapat maklumat yang dapat bantu anda manage pelaburan anda?

Kelebihan Membuat Regular Saving

Manhattan Street 
RCA (Ringgit Cost Average) atau simpanan tetap bulanan dalam unit trust adalah satu strategi pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan unit amanah pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan kitaran pasaran.
Justeru, para pelabur tidak perlu bimbang mengenai ‘market timing’ dan membolehkan pelabur tetap fokus pada matlamat pelaburan jangka panjang.
Sebagai contoh, pelabur boleh menyimpan dan melabur RM500 hingga RM1,000 daripada gaji mereka kepada dana unit amanah ataupun pelabur boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada sumber kewangan dan matlamat masa depan pelabur.
Dengan melabur secara berkala, iaitu satu jumlah yang tetap pada tempoh waktu tetap, para pelabur boleh membeli lebih unit apabila pasaran lebih rendah dan kurang unit ketika pasaran menaik. Strategi ini akan menghasilkan kos purata pelaburan yang lebih rendah daripada purata harga pasaran pada tempoh tertentu.
Mari kita lihat ilustrasi di bawah untuk melihat manfaat RCA melalui pelaburan unit amanah yang dibuat secara berkala.
http://bigfishteam.files.wordpress.com/2012/05/untitled1.jpg?w=627&h=352
Katakan Encik Ali sebagai pelabur memutuskan untuk melabur dalam satu dana unit amanah dengan simpanan bulanan sebanyak RM400 sepanjang tempoh 24 bulan.
Merujuk kepada Jadual di atas, Encik Ali dapat mengumpul lebih units ketika Nilai Asset Bersih (NAB) seunit rendah dan kurang units apabila NAB tinggi dengan simpanan sebanyak RM400 sebulan. Dalam 12 bulan pertama semasa pasaran menaik (Jadual 1), Encik Ali mengumpul sebanyak 8,026.47 unit dengan purata kos sebanyak RM0.5980 seunit, iaitu kos yang lebih rendah daripada purata NAB seunit sepanjang tempoh tersebut iaitu RM0.6008.
Dalam 12 bulan kedua (Jadual 2) pula semasa pasaran menaik, Encik Ali mengumpul sebanyak 9,270.36 unit dengan purata kos sebanyak RM0.5178 seunit, iaitu kos yang lebih rendah daripada purata NAB seunit sepanjang tempoh tersebut iaitu RM0.5183.
Inilah konsep yang saya kongsikan pada bakal pelabur saya yang membuat simpanan bulanan di unit trust syarikat unit amanah No.1 di Malaysia.
Bertindaklah sekarang untuk membuat simpanan secara bulanan apabila berlaku kecemasan pada hari akan datang..di samping berpotensi mendapat pulangan pelaburan yang tinggi daripada unit trust. :)

Tahukah Anda


Baru-baru ini harga barang MELAMBUNG 40% harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakin MENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untukMERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Insya'Allah, pastiANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!

# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi Islam dan undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

# Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam Public Mutual. Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan Unit Amanah Public Mutual tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam Public Mutual dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

# Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun,dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)^20 = RM76,675.20.SUNGGUH LUMAYAN!!

# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 =RM41,883.70. Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak..!!!

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masa kini dan akan datang, inilah pelaburan yang halal disisi Islam dan sah disisi undang-undang Malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda denganPelaburan Unit Amanah Public mutual.