membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu
diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya
memeningkan kepala.
PENGURUSAN KEWANGAN
Mendisiplinkan
diri dalam segenap aspek perbelanjaan atau pengurusan kewangan adalah
penting bagi mengelak daripada dibelenggu masalah kewangan.
Tidak
cukup dengan masalah itu, kita dibebani pula dengan hutang keliling
pinggang. Bayaran bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah
gagal dijelaskan mengikut waktu.
Jika berdepan masalah seperti
itu ia adaah petanda anda memerlukan bantuan pakar perancangan bagi
membantu menguruskan kewangan anda.
Adalah lebih baik jika
mengetahui anda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan
kewangan yang baik.
tips pengurusan kewangan
Jika anda
mempunyai tanda seperti dijelaskan di bawah, anda perlu mendapatkan
bantuan pakar bagi menguruskan kewangan anda.
1. Selalu
bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.
Jika anda sering
bertengkar dengan pasangan mengenai soal ketiadaan atau kekurangan wang,
ini adalah satu tanda bahawa anda sedang menghadapi kesulitan kewangan.
Jika masalah kewangan ini tidak ditangani dengan bijak, ia mungkin
membawa kepada lain-lain masalah dalam rumah tangga termasuk perceraian.
2.
Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan.
Peraturan wajib
yang perlu diikuti adalah kita perlu mengehadkan semua tanggungjawab
hutang kita hanya kepada kira-kira-kira satu pertiga daripada pendapatan
atau gaji bersih yang diterima setiap bulan.
Gaji bersih
bermakna selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
cukai pendapatan, Perkeso dan sebagainya.
Ini bermakna jika gaji
bersih sebulan adalah RM3,000 , maka pembayaran semula pinjaman kereta,
rumah dan lain-lain pinjaman jika ada tidak boleh melebihi RM1,000
sebulan.
Ini bermakna mereka mempunyai kurang separuh daripada
pendapatan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan lain dan untuk
perbelanjaan membesarkan anak-anak.
Bagaimana pula dengan
perbelanjaan untuk tujuan lain seperti melancing, hiburan, makan di luar
dan lain-lainnya? Kemungkinan besar bagi perbelanjaan untuk perkara
berkenaan mereka terpaksa berhutang terutama dengan menggunakan kad
kredit atau pinjaman peribadi atau kedua-duanya sekali.
3.
Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.
Jika anda mendapati
baki kad kredit anda semakin tinggi setiap bulan, ia adalah satu amaran
bahaya. Jika perkara ini tidak diteliti, anda akan mencapai ke tahap
maksimum kad kredit anda tidak lama lagi. Jika ini berlaku, kita akan
mula mencari peluang untuk memohon kad kredit yang kedua dan ketiga yang
seterusnya menyebabkan hutang kad kredit anda terus menggunung.
4.
Hanya membayar bayaran minimum.
Satu lagi tanda yang menunjukkan
anda menghadapi krisis kewangan adalah apabila hanya membayar sejumlah
minimum kad kredit. Baki kad kredit itu selalunya akan menyebabkan anda
dikenakan caj faedah 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.
5.
Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan boleh menyebabkan hutang
makin tertunggak.
Membayar bil lewat akan menyebabkan anda
dikenakan caj penalti dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi beban
kewangan anda.
6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau
rakan.
Satu petanda yang menunjukkan anda tidak mempunyai
disiplin kewangan adalah apabila sanggup meminjam daripada orang lain
terutama kawan atau saudara-mara sendiri untuk membeli sesuatu barang
yang sebelum ini akan membayar dengan tunai.
7. Tidak dapat tidur
malam.
Ini adalah satu ujian untuk menunjukkan sama ada anda
mengalami masalah kewangan atau tidak. Tanyakan diri sendiri adakah anda
dapat tidur nyenyak setiap malam atau tidur terganggu kerana memikirkan
hutang keliling pinggang.
8. Tidak dapat mengumpul wang secara
sistematik biarpun mencuba bertahun-tahun
Sekiranya berjaya
menyimpan, ada sahaja alasan menghabiskan wang.
Salah satu
caranya adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan atau mendapat khidmat
nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
No comments:
Post a Comment