RCA (Ringgit
Cost Average) atau simpanan tetap bulanan dalam unit trust adalah satu strategi
pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang
berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan
jumlah tetap dalam pelaburan unit amanah pada selang masa yang tetap (sama ada
bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan kitaran pasaran.
Justeru, para
pelabur tidak perlu bimbang mengenai ‘market timing’ dan membolehkan pelabur
tetap fokus pada matlamat pelaburan jangka panjang.
Sebagai contoh,
pelabur boleh menyimpan dan melabur RM500 hingga RM1,000 daripada gaji mereka
kepada dana unit amanah ataupun pelabur boleh membuat pelaburan sebanyak
RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan
bergantung kepada sumber kewangan dan matlamat masa depan pelabur.
Dengan melabur
secara berkala, iaitu satu jumlah yang tetap pada tempoh waktu tetap, para
pelabur boleh membeli lebih unit apabila pasaran lebih rendah dan kurang unit
ketika pasaran menaik. Strategi ini akan menghasilkan kos purata pelaburan yang
lebih rendah daripada purata harga pasaran pada tempoh tertentu.
Mari kita lihat
ilustrasi di bawah untuk melihat manfaat RCA melalui pelaburan unit amanah yang
dibuat secara berkala.
Katakan Encik
Ali sebagai pelabur memutuskan untuk melabur dalam satu dana unit amanah dengan
simpanan bulanan sebanyak RM400 sepanjang tempoh 24 bulan.
Merujuk kepada
Jadual di atas, Encik Ali dapat mengumpul lebih units ketika Nilai Asset Bersih
(NAB) seunit rendah dan kurang units apabila NAB tinggi dengan simpanan
sebanyak RM400 sebulan. Dalam 12 bulan pertama semasa pasaran menaik (Jadual
1), Encik Ali mengumpul sebanyak 8,026.47 unit dengan purata kos sebanyak
RM0.5980 seunit, iaitu kos yang lebih rendah daripada purata NAB seunit
sepanjang tempoh tersebut iaitu RM0.6008.
Dalam 12 bulan
kedua (Jadual 2) pula semasa pasaran menaik, Encik Ali mengumpul sebanyak
9,270.36 unit dengan purata kos sebanyak RM0.5178 seunit, iaitu kos yang lebih
rendah daripada purata NAB seunit sepanjang tempoh tersebut iaitu RM0.5183.
Inilah konsep
yang saya kongsikan pada bakal pelabur saya yang membuat simpanan bulanan di
unit trust syarikat unit amanah No.1 di Malaysia.
Bertindaklah
sekarang untuk membuat simpanan secara bulanan apabila berlaku kecemasan pada
hari akan datang..di samping berpotensi mendapat pulangan pelaburan yang tinggi
daripada unit trust.
No comments:
Post a Comment