Fund for Blog Development-Please click

Tuesday, November 2, 2010

Target Takaful Prudential-Petikan dari utusan 2/11/2010

Mahu jadi peneraju


AZIM Mithani (kanan) melayan pelanggan yang datang berurusan dengan PruBSN di Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 1 Nov. – Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) meletakkan sasaran untuk muncul sebagai peneraju industri takaful dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan unjuran penguasaan pasaran melebihi 40 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, sebagai langkah awal, pihaknya dijangka mencatatkan pertumbuhan pasaran lebih 20 peratus, mulai tahun depan.
Menurutnya, kini PruBSN yang mempunyai kira-kira 330,000 pemegang polisi berada pada kedudukan kedua dalam industri takaful.
“Industri takaful masih dianggap baharu berbanding insurans konvensional. Meskipun kadar penembusan pasaran bagi takaful hanya sekitar satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), namun PruBSN yakin kami mempunyai peluang yang baik untuk meraih manfaat ini.
“Kini kami sedang mengukuhkan strategi untuk muncul sebagai peneraju utama sejajar dengan unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) yang mana industri takaful mencatatkan pertumbuhan lebih 20 peratus setiap tahun untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Perniagaan PruBSN Sungai Petani di sini hari ini.
Pusat perniagaan dalam bangunan tiga tingkat itu terletak di Jalan Perdana Heights dan mampu memenuhi keperluan pelanggan serta ejen memandangkan ia adalah yang pertama di wilayah utara.
Menurut Azim, pihaknya optimis dengan sasaran berkenaan memandangkan masyarakat kini juga lebih prihatin terhadap manfaat perlindungan takaful.
“Dengan bilangan penduduk yang bertambah dan pendapatan meningkat, ramai rakyat negara ini beralih kepada skim perlindungan takaful,” jelasnya.
Tambah beliau, antara strategi yang diguna pakai PruBSN dalam tempoh terdekat ialah mengukuhkan rangkaian pengedarannya ke seluruh negara.
“Selain Pusat Pemasaran dan Pentadbiran Utama di Wangsa Maju, kami mempunyai dua pusat perniagaan di Shah Alam dan Johor Bharu.
“Satu lagi pusat perniagaan akan dibuka di wilayah timur iaitu di Kota Bharu, esok,” katanya.
Selain itu, katanya, perkongsian pintar bersama BSN juga telah mewujudkan peluang yang luas bagi pihaknya untuk mengukuhkan penguasaan pasaran.
Mengenai produk pula, Azim menjelaskan, pihaknya kini memberikan tumpuan terhadap pelan takaful keluarga kerana ia mendapat permintaan hangat di pasaran.
“Antara produk yang baru diperkenalkan ialah PruBSN Protect, Protect Plus dan Crisis Cover. Kita juga memanjangkan tempoh perlindungan menjadi lebih lama iaitu sehingga 80 tahun bagi beberapa produk,” jelasnya.
PruBSN adalah syarikat usaha sama antara BSN dan syarikat pengurus aset Islam asing, Prudential PLC (Prudential) dengan kepentingan saham masing-masing sebanyak 51 peratus dan 49 peratus.

No comments:

Post a Comment