Fund for Blog Development-Please click

Friday, April 15, 2011

Rich Dad , Poor Dad Book Review--- Malay Version

Tajuk Buku:
Rich Dad, Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money That the Poor and Middle Class Do Not!
(Bapa Kaya, Bapa Miskin: Apa yang orang kaya ajar anak mereka yang orang miskin dan golongan pertengahan tidak ajar)
Penulis :
Robert T. Kiyosaki & Sharon L. Lechter
Buku Rich Dad Poor Dad ini merupakan buku pertama yang saya baca berkenaan pengurusan kewangan bila saya mula bekerja 4 tahun yang lalu dan masih kekal antara sumber rujukan utama saya dalam merancang kewangan.
Secara dasarnya, buku ini menerangkan beberapa konsep penting yang mungkin bertentangan dengan kefahaman kita sebelum ini iaitu:
• Anda tidak perlu mempunyai pendapatan yang tinggi untuk menjadi kaya
• Mencabar konsep pemikiran yang rumah anda adalah asset
• Memberitahu kepada ibu bapa yang kita tidak boleh hanya bergantung kepada sistem persekolahan untuk mendidik anak kita berkenaan wang
• Menerangkan definisi Asset dan Liabiliti
• Mengajar anda bagaimana mendidik anak berkenaan wang agar mereka akan mendapat manfaat yang anda tidak perolehi
Rich Dad Poor Dad
Di dalam buku ini, Robert T. Kiyosaki (RTK) menceritakan bagaimana beliau mendapat didikan berkenaan wang daripada dua orang bapa yang berbeza perspektif tentang subjek wang. Ayah kandung RTK (Poor Dad) seorang yang berpendidikan tinggi tetapi miskin. Manakala ayah kawan baik RTK, Mike (Rich Dad) yang berhenti sekolah ketika grade-8 berjaya menjadi seorang “self-made multimillionaire”.
Konsep penceritaan yang menarik digunakan untuk menggambarkan kepada pembaca bagaimana RTK ketika zaman persekolahan belajar buat duit apabila bekerja dengan Ayah Mike (Rich Dad). Di situlah dia mula belajar bagaimana kefahaman orang kaya tentang duit dan membuat perbandingan dengan pemikiran ayah kandung beliau (poor dad).
Poor Dad vs. Rich Dad
Sumber : http://www.richdad.com/richdad/RichContent.aspx?cpid=5
Rich Dad vs Poor Dad
Memahami perbezaan tabiat di antara Rich Dad dan Poor Dad adalah penting sebagai langkah permulaan ke arah mencapai kebebasan kewangan.
Di samping itu juga, RTK ada menerangkan konsep “CASHFLOW” dan bagaimana beliau mengklasifikasikan wang dalam 4 kategori:
1. Asset
2. Liabiliti
3. Pendapatan
4. Perbelanjaan
Formula untuk menjadi kaya ialah dengan menambahkan Asset dan Pendapatan dan mengurangkan Liabiliti dan Perbelanjaan.
Kesimpulannya, bagi saya secara peribadi, konsep yang dibawa oleh Robert T.Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad ini adalah suatu pendedahan yang baru dan saya amat “excited” bila membaca buku ini sehingga habis . Buku ini “highly recommended” untuk dibaca sebagai asas kefahaman tentang duit dan kekayaan.
p/s: walaubagaimanapun ramai juga yang kurang setuju dengan point RTK. Jadi to be fair, ada boleh baca review dari pembaca di Google book di sini
Saya dah baca, anda dah baca ke belom ?

No comments:

Post a Comment