Fund for Blog Development-Please click

Monday, August 29, 2011

Simpanan tunai vs Pelaburan vs Takaful











Pasti ramai yang bertanya, manakah yang lebih baik antara ketiga-tiganya iaitu simpanan tunai vs pelaburan vs takaful?
Jawapan saya, semuanya bagus!
Masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri.
Suka saya kongsikan pandangan saudara Afyan di laman blog beliau
http://afyan.com/ver1/membuat-perancangan-simpanan-pendidikan-anak-bahagian-2/
Saya juga baru sahaja menceburi bidang takaful setelah lulus peperiksaan Takaful Basic Exam (TBE) yang saya duduki baru-baru ini.
Pada saya, amalkan ketiga-tiga perkara di atas – simpanan tunai, pelaburan dan juga takaful.
  • Simpanan tunai sebagai instrumen kewangan yang boleh dicairkan yang diperlukan pada kadar segera – seperti penggunaan pada saat-saat kecemasan (kemalangan, kebakaran, berhenti kerja dan lain-lain);
  • Pelaburan sebagai instrumen kewangan untuk menjana kekayaan – seperti melabur di dalam saham, saham amanah, hartanah dan lain-lain;
  • Takaful sebagai instrumen kewangan untuk mengurangkan risiko kewangan apabila ditimpa musibah.
Ada kelebihan dan kekurangan jika ketiga-tiga instrumen kewangan ini disatukan di dalam satu pakej produk.
Kelebihannya, dengan hanya melanggan satu produk, pelanggan mendapat 3 jenis manfaat.
Kekurangannya pula, 3 manfaat tadi bukanlah manfaat yang maksimum – ia adalah manfaat yang separuh-separuh sahaja.
Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment