Fund for Blog Development-Please click

Monday, November 28, 2011

Syarat-syarat Pengeluaran Pelaburan ahli KWSP.


IPD Yang Dibenarkan
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan, sila klik link berikut untuk melihat Senarai Institusi Pengurusan Dana Yang Terkini
Kekerapan Pelaburan
• Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
• Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
Pelaburan Secara Terus
• Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Semua pelaburan hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
• Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
Tanggungan Risiko Pelaburan
• Anda bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab.
Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP
• Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.
• Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.
Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan
• Anda tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP.
Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD
• Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut.
Bayaran Perkhidmatan
• Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.
Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
• KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
• Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli/waris dengan pihak IPD.
Penamaan
• Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment