Apakah nombor persaraan anda? Rasanya ramai antara kita tak mengambil berat mengenai perkara ini. Jawapan yang selalu di beri apabila persoalan ini ditimbulkan:
1) Takpalah, lambat lagi. Banyak masa nak fikir.
2) Duit EPF saya dah cukup nak tanggung saya dan keluarga masa tua nanti.
3) Saya boleh kerja lepas pencen nanti.
Dan seribu satu jawapan lagi. Tapi tahukan anda duit simpanan atau EPF kita masih belum mencukupi untuk menanggung persaraaan kita nanti? Duit EPF itulah akan dikeluarkan untuk membeli rumah, membiayai pelajaran anak ke universiti, dan sebagainya. Dan yang paling penting, duit simpanan itulah yang akan dikeluarkan bagi membiayai bil perubatan, bil-bil hospital dan juga ubat-ubatan sekiranya kita mengalami penyakit kritikal.
Kajian Prudential Retire-meter, 2008
Kos hidup saban tahun semakin tinggi. Adakah anda fikir duit EPF anda sudah cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan di atas? Sekiranya anda fikir untuk bekerja selepas pencen, pernahkan anda terfikir bahawa semakin kita berumur, maka produktiviti kita semakin menurun? Kenapa tidak kita gunakan masa selepas pencen untuk bermain dengan cucu, meluangkan masa bersama isteri, melancong atau mengerjakan Haji/ Umrah?
No comments:
Post a Comment