Fund for Blog Development-Please click

Wednesday, July 7, 2010

Nilai & Makna Sumbangan Anda

Apakah makna sumbangan pelan Takaful anda?

Tahukah anda bahawa pelan Takaful yang diambil oleh anda bukan hanya untuk kepentingan diri anda sendiri tetapi juga untuk membantu mereka yang memerlukan.
Konsep Dana Tabarru’ yang dipakai oleh pengendali Takaful sebenarnya membolehkan semua peserta pelan Takaful membuat sumbangan ke dalam satu tabungan yang boleh membantu meringankan bebanan peserta yang terkena musibah.
Sekiranya anda bernasib baik, anda sebenarnya secara tidak langsung membuat sumbangan derma/sumbangan amal jariah kepada mereka yang memerlukan sumbangan anda.  Ingatlah, Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) KECUALI tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)
Janganlah menganggap sumbangan anda hanyalah merupakan bayaran hangus yang tiada apa-apa nilai. Tetapi  sebenarnya hanya melalui sumbangan anda itulah yang membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang dilanda musibah.
Tabarru1
Hubungi saya sekiranya anda ingin mendapatkan penerangan lanjut khairul 016 222 8504/ nusa_007@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment