Fund for Blog Development-Please click

Monday, July 5, 2010

Sedikit Maklumat Yang Saya Sendiri Pratikkan

Sejak akhir2 ini saya amat tertarik dengan Unit Trust dan cuba mendapatkan sebanyak maklumat mengenai Unit Trust atau Unit Amanah. Saya ingin berkongsi dan membuka minda semua orang tentang kepentingan dan kebaikan Unit Trust ini untuk masa depan kita. Penerangan ini saya ambil dalam salah satu forum dan saya ingin mengucapkan terima kasih pada Encik Omar dengan penerangan yang begitu terperinci tentang apakah itu Unit Trust.

1.Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning)Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda.Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini, adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?

a.-Inflasi-Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn inflasi menjadi 12%.Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn akan datang?Apa akan jadi kalau harga minyak dijangka naik dan terus naik?Fikirkanlah...

b.-Umur yang panjang-Secara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,setiap 5 tahun persaraan kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000. 20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00.Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?

c.-Kos persaraan yang tinggi-Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos perlancongan , ibadat haji, kos perjalanan dan sebagainya. Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah pencen anda mencukupi?

d.-Pengurusan sumber kewangan

1. Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA.

2. Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)-Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-2 yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!

3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)-Jika anda tidak dilindungi insurans, maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya. Apa tindakan anda seterusnya? Pinjaman dari bank dgn faedah yang tinggi?

4.Peluang Melancong (Travelling Expense)-Tempat-2 yang menarik di Malaysia dan di dunia, sudah pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi usahakan wang anda supaya ia bekerja lebih untuk anda.


5.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)-Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.

6.Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)-Majikan yang ingin kekalkan pekerja mereka yg berkualiti/mahir terus menyumbang produktiviti syarikat, program ini adalah sesuai dan direka khusus bagi menjamin kesetiaan pekerja kepada majikan.

Bagaimana UNIT TRUST berfungsi?Anda atau Pemegang Unit beserta pemegang unit lain melabur sejumlah wang tertentu didalam dana tertentu yg dikawalselia oleh pemegang amanah(trustee) seperti Amanah Raya Berhad dsb utk dilaburkan oleh pengurus dana (fund manager) ke pasaran ekuiti(KLCI), bond dan pasaran wang selaras dgn portfolio dana tertentu. Hasil keuntungan dari pelaburan setahun akan diisytiharkan bonus dan dividen dan ia diagihkan kepada anda serta pemegang unit yang lain.Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST?Secara purata antara 8 hingga 15 peratus setahun. Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut. Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap(FD) dgn purata pulangan setahun 4%, anda terpaksa menunggu 18 tahun utk menggandakan simpanan anda.Bagaimana Cara Untuk Mengaut Keuntungan Dalam UNIT TRUST?Senang sahaja. Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 thn.

Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)dibawah ini:-

1. Anda hendaklah kerap melakukan penambahan pelaburan kerana ini mengurangkan kos unit yang anda beli. Anda terapkan purata nilai ringgit (Dollar Cost Averaging) didalam pelaburan anda.
2. Sentiasa berhubung dgn konsultan untuk mengetahui status pelaburan anda. Sebaik-baiknya 3 bulan sekali.
3. Keluarkan semua pelaburan anda apabila anda sudah mencapai target (8-15%)setahun.

Ini adalah satu artikel tentang compound interest yang telah ditulis oleh Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi.
Semoga ia dapat membuka minda anda tentang kuasa compound interest dan seterusnya dapat mempraktikkannya di dalam hidup anda.

Selamat membaca!

Compound Interest ? Senjata Jutawan

Oleh : Irfan Khairi
Sumber: Newsletter Jutawan Irfan Khairi

Sering saya ditanya ?Apakah rahsia untuk menjadi kaya??. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya? tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran?

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let?s face it? RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 !!! Dari mana datangnya lagi RM338,343??

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat
mudah. Katanya, compund interest adalah ?the greatest invention of all time?.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah
untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12%(Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual Funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun?

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 ? walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat ? walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh? tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

P/S : pas bace nih takmo melabur lagi tak tahu lah.....dah terang2 jutawan sendiri cerita kelebihan unit trust nih....hohohoho 


Anda ingin tahu lebih lanjut sila tinggalkan no phone contact anda  or email contact anda kat nusa_007@yahoo.com...kita leh buat one to one overview apointment

No comments:

Post a Comment