Fund for Blog Development-Please click

Friday, March 2, 2012

Kurangkan Kad Kredit

hutang-kad-kredit
Saya percaya ramai di antara anda mempunyai kad kredit. Setuju?
Kad kredit merupakan satu kad plastik yang membolehkan anda membeli bermacam-macam barang selagi anda tidak mencapai had penggunaan kad tersebut. Dengan sekali lerekkan dan satu tandatangan, barang tersebut sudah menjadi milik anda tanpa mengeluarkan sebarang wang tunai sedikit pun.
Tetapi awas! Jika anda berbelanja secara berlebihan, anda mungkin akan terperangkap ke dalam hutang kad kredit yang tidak berpenghujung. Walaupun tiada wang tunai dikeluarkan tetapi anda sebenarnya berhutang dengan pihak bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut.
Untuk itu, dalam Bahagian 6 bagi siri Rancang Kewangan Anda ini saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai tips menggunakan kad kredit.

Hutang Kad Kredit

Setiap bulan saya akan menerima panggilan daripada ejen-ejen bank yang menawarkan pelbagai promosi kad kredit bersama kelebihan yang akan saya dapat apabila berdaftar dengan mereka. Bermacam-macam tawaran menarik yang mereka berikan tetapi saya menolak kerana sudah cukup bagi saya mempunyai satu kad kredit sahaja.
Tidak salah untuk kita mempunyai kad kredit yang banyak. Tetapi apa yang penting, kita dapat membayar habis segala hutang kad kredit sebelum sampai tarikh akhir bil tersebut.
Apabila kita tidak membayar hutang kad kredit sehingga selesai, hutang kita itu akan bertambah dan terus bertambah selagi ada baki hutang di dalamnya. Ini disebabkan interest yang dikenakan oleh pihak bank di atas kegagalan anda dalam menyelesaikan hutang kad kredit dengan mereka. Dan ya, bank lagi suka apabila anda berhutang kerana lagi banyak anda berhutang, lagi banyak duit yang mereka akan dapat.
Jadi siapa yang rugi? Fikir-fikirkan.. ;)

Kaedah Melangsaikan Hutang Kad Kredit

Berikut merupakan di antara kaedah bagi mengurangkan penggunaan dan melangsaikan hutang kad kredit:
  1. Simpan hanya satu kad kredit sahaja
  2. Selesaikan bayaran penuh kad kredit setiap bulan
  3. Jangan sesekali menggunakan kad kredit jika anda ada wang tunai di tangan
  4. Jika anda memiliki banyak kad kredit, langsaikan hutang kad kredit yang mempunyai interest yang paling tinggi terlebih dahulu dan potong kad kredit tersebut
  5. Usaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan sekurang-kurangnya RM200 setiap bulan bagi mempercepatkan proses melangsaikan hutang kad kredit
  6. Ulang proses #4 dan #5 di atas untuk kad-kad kredit yang lain sehinggalah anda hanya tinggal satu kad kredit sahaja
  7. Berjimat dalam berbelanja dan gunakan kad kredit apabila kecemasan sahaja (membeli barang kehendak bukan kecemasan ya)
Selain daripada tips yang saya kongsikan di atas, anda juga boleh baca ebook Teknik Kurangkan Interest Kad Kredit Terbongkar yang ditulis oleh saudara Abd Hakim. Di dalam ebook tersebut beliau menceritakan secara mendalam tips yang dapat anda gunakan bagi mengurangkan perbelanjaan kad kredit serta dapat membebaskan anda dari hutang kad kredit yang membebankan.
Secara peribadi, saya mengatakan kad kredit adalah bagus sebenarnya. Tetapi ianya akan menjadi bermasalah apabila anda menggunakan kad kredit dan tidak menjelaskan hutang kad kredit secara penuh setiap bulan. Ini menyebabkan hutang kad kredit anda bertambah setiap bulan (disebabkan interest) sehinggalah anda tidak termampu untuk menyelesaikan hutang tersebut dan mungkin boleh diisytihar sebagai muflis.
Sebagai kesimpulan, berbelanjalah dengan bijak. Gunakan kad kredit apabila perlu dan jangan sesekali membeli barang dengan kad kredit sekiranya anda mempunyai wang tunai di tangan. Ingat, satu kad kredit sahaja ya.

No comments:

Post a Comment