Sumber : Website Pelabur Malaysia
Tips Pertama
Libatkan seluruh ahli keluarga
Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.
Tips Ke-2
Buat matlamat yang S.M.A.R.T.
Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah "Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150".
Tips Ke-3
Senaraikan keutamaan matlamat anda
Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.
Tips Ke-4
Perancangan dan tindakan
Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.
Tips Ke-5
Pantau perkembangan anda
Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.
Tips Ke-6
Tabah
Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.
Gunakan "Lembaran penentu matlamat kewangan" ini sebagai langkah awal
Matlamat jangka pendek (bagi tempoh setahun)
Matlamat jangka sederhana (bagi tempoh 1 hingga 3 tahun)
Matlamat jangka panjang (bagi tempoh 3 hingga 5 tahun)
Tips Pertama
Libatkan seluruh ahli keluarga
Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.
Tips Ke-2
Buat matlamat yang S.M.A.R.T.
Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah "Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150".
Tips Ke-3
Senaraikan keutamaan matlamat anda
Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.
Tips Ke-4
Perancangan dan tindakan
Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.
Tips Ke-5
Pantau perkembangan anda
Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.
Tips Ke-6
Tabah
Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.
Gunakan "Lembaran penentu matlamat kewangan" ini sebagai langkah awal
Matlamat jangka pendek (bagi tempoh setahun)
Matlamat kewangan | Tarikh sasaran | Anggaran kos (RM) | Jumlah disimpan (RM) | Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.) |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
Matlamat jangka sederhana (bagi tempoh 1 hingga 3 tahun)
Matlamat kewangan | Tarikh sasaran | Anggaran kos (RM) | Jumlah disimpan (RM) | Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.) |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
Matlamat jangka panjang (bagi tempoh 3 hingga 5 tahun)
Matlamat kewangan | Tarikh sasaran | Anggaran kos (RM) | Jumlah disimpan (RM) | Bagaimana untuk memperoleh (jumlah bulanan, pekerjaan sampingan dsb.) |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
Thursday, August 23, 2007 |
WEALTH CREATION - Tips Mengukuhkan Kewangan
Jadikan hobi sebagai perniagaan yang menguntungkan
Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya.
Bina kemahiran yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa perniagaan yag berjaya lazimnya berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi.
Cari peluang di sekeliling anda
Perhatikan di sekeliling anda dan cari jenis perkhidmatan yang boleh disediakan untuk kawan-kawan, jiran-jiran atau saudara mara dengan bayaran yang berpatutan. Misalnya, menjaga anak kawan-kawan, membersihkan halaman jiran, memberikan tiusyen atau menjaga haiwan kesayangan kawan-kawan atau saudara mara. Semua perkhidmatan ini boleh dijadikan pendapatan sampingan dan boleh dilakukan di rumah sendiri.
Kitar semula dan dapat wang
Jika anda tidak mempunyai kemahiran atau hobi yang boleh dikomersialkan atau boleh menghasilkan pendapatan sampingan, satu lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat wang ialah menjual barang-barang yang boleh dikitarkan semula seperti surat khabar, majalah, botol plastik, tin makanan atau tin aluminium kepada pusat kitar semula. Contohnya, pusat kitar semula biasanya membayar 16 sen untuk 1 kg surat khabar lama. Jika anda boleh menjual surat khabar lama seberat 100 kg (yang boleh anda kutip daripada jiran-jiran dan kawan-kawan) anda mendapat RM16. Walaupun tidak seberapa, tetap merupakan pendapatan sampingan bagi anda.
Dengan cara ini, anda dapat duit daripada barang-barang yang hendak dibuang. Malah, dengan mengumpulkan barangan kitar semula daripada jiran-jiran dan rakan-rakan, anda membantu mereka membuang semua barangan yang tidak diperlukan di rumah mereka. Sekarang ini, tidak ramai yang ada masa untuk menghantar sampah mereka ke pusat kitar semula. Jadi, dengan menawarkan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar dengan mengitar semula sumber-sumber alam semula jadi tetapi juga mendapat duit.
Bina satu rangkaian kerja
Beramah mesra dengan rakan-rakan lain dan bentuk satu kumpulan yang boleh memberikan sokongan moral, persahabatan, peluang-peluang perniagaan, serta pusat sumber bagi individu untuk bertukar-tukar idea dan maklumat, mendapatkan nasihat pelaburan dan strategi pemasaran. Tuesday, July 17, 2007 |
Wanita - Ketahuilah Tentang Pengurusan Kewangan Yang Betul!
Sumber : http://www.min.com.my/bm/html/#grace
Mengapa wanita perlu berdikari dalam soal kewangan?
Wanita patut membina matlamat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bergantung kepada lelaki. Hakikatnya, jangka hayat wanita kini lebih panjang berbanding lelaki dan biasanya wanita hidup dalam kesempitan selepas bersara kerana kurang persediaan. Lazimnya wanita berpendapatan lebih rendah dan wanita juga kurang membuat pelaburan. Ini bermakna wanita mendapat kurang ganjaran pencen dan faedah persaraan. Oleh itu, penting bagi wanita untuk belajar mengawal cara berbelanja dan menyedari bahawa menguruskan wang adalah sama penting dengan mendapatkan wang.
Mengapa wanita perlu mempunyai pengetahuan mengenai kewangan? Kebanyakan wanita berasa bahawa mereka tidak begitu memahami soal kewangan peribadi kerana mereka tidak begitu pandai matematik. Mereka lebih konservatif dan takut untuk membuat keputusan dalam soal kewangan. Dan jika ragu-ragu, mereka lebih cenderung berdiam diri. Wanita patut membina matlamat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bergantung kepada lelaki. Hakikatnya, jangka hayat wanita kini lebih panjang berbanding lelaki dan biasanya wanita hidup dalam kesempitan selepas bersara kerana kurang persediaan. Lazimnya wanita berpendapatan lebih rendah dan wanita juga kurang membuat pelaburan. Ini bermakna wanita mendapat kurang ganjaran pencen dan faedah persaraan. Oleh itu, penting bagi wanita untuk belajar mengawal cara berbelanja dan menyedari bahawa menguruskan wang adalah sama penting dengan mendapatkan wang.
Pengetahuan mengenai perkara yang membabitkan kewangan dapat membantu anda lebih cekap membuat keputusan. Pengetahuan itu juga mengurangkan kemungkinan anda melakukan kesilapan dan tertipu, di samping itu anda dapat belajar membezakan antara keperluan dan kehendak anda. Anda akan lebih memahami jenis produk pelaburan yang berbeza di pasaran, teknologi baru dan kemajuan dalam perkhidmatan kewangan.
Dengan menjadi orang yang celik kewangan, wanita boleh memperbaiki kualiti hidup mereka melalui amalan tatalaku pengurusan yang lebih kukuh, membuat keputusan yang tekal dengan nilai-nilai mereka dan lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab mereka. Wanita mempunyai keupayaan untuk belajar dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran.
Di manakah wanita boleh mendapat maklumat dan bantuan?
Maklumat boleh didapati secara bebas daripada akhbar, televisyen dan media lain. Tumpukan kepada sumber maklumat yang secara tradisionalnya dihormati, yang turut merangkumi buku dan majalah kewangan. Hadiri seminar dan bengkel untuk pembelajaran yang lebih interaktif.
Dapatkan nasihat daripada institusi kewangan
- Bank menawarkan pelaburan tradisional dan menyediakan maklumat pendidikan mengenai produk dan perkhidmatan baru. Sistem perbankan persendirian menyediakan khidmat nasihat kewangan mengikut kehendak pelanggan.
- Broker saham membeli dan menjual sekuriti seperti saham, bon dan unit amanah. Mereka menyediakan bahan-bahan penyelidikan dan maklumat lain yang berkaitan.
- Pengurus dana dan penasihat bebas menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan bahan-bahan penyelidikan yang boleh membantu dalam membuat keputusan.
Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan
- Akauntan menyediakan perkhidmatan perakaunan, nasihat kewangan dan nasihat mengenai perkara yang berkaitan dengan cukai.
- Perancang harta menyediakan khidmat nasihat perancangan harta, duti harta pusaka, dan strategi pengurusan aset apabila berlaku kematian.
- Perancang kewangan menyediakan khidmat nasihat mengenai perancangan kewangan.
- Ejen insurans menyediakan khidmat nasihat mengenai semua perkara berkaitan perancangan insurans dan pengurusan risiko. Mereka juga menjual produk insurans.
- Penasihat pelaburan menyediakan khidmat nasihat bagi perkara-perkara berkaitan pelaburan berasaskan sekuriti tetapi tidak dibenarkan menjual sekuriti.
- Ejen cukai menyediakan khidmat nasihat bagi perkara-perkara berkaitan dengan cukai dan boleh membantu menyediakan dan menghantar borang cukai.
- Apa yang mereka perlu lakukan
Penasihat wujud untuk membantu mengenal pasti masalah dan matlamat anda supaya mereka dapat membantu anda merangka pelan bagi mencapai matlamat tersebut. Mereka membantu anda memahami risiko yang berkaitan dengan pelaburan dan menyediakan khidmat nasihat pelaburan. - Apa yang mereka perlu beritahu anda
Mereka mesti memberikan anda maklumat mengenai diri mereka bagi mengukuhkan kredibiliti mereka kepada anda. Mereka mesti memberitahu anda apa yang berlaku kepada wang anda sekiranya anda membenarkan mereka menguruskannya, apakah yuran yang dikenakan ke atas anda dan sama ada mereka menerima sebarang manfaat daripada cadangan mereka itu. - Jangan percaya semua perkara yang diberitahu oleh mereka
Ingatlah bahawa nasihat mereka mungkin bersifat berat sebelah, dan apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik juga untuk anda.
Membuat keputusan berdasarkan maklumat
- Risiko dan pulangan berkait rapat
Ingatlah bahawa pulangan tinggi sentiasa diiringi risiko yang juga tinggi. Jika anda mahu pulangan yang baik, bersedialah untuk menghadapi risiko kerugian. - Rakan kita bukan semuanya pakar
Kita sering dipengaruhi kawan tetapi perlu diingat bahawa objektif mereka mungkin tidak sama dengan objektif kita. Pandangan mereka mungkin berbeza dengan pandangan kita. Juga, sumber mereka mungkin tidak boleh dipercayai.
Enam perkara perlu diingat
1. Jangan terima sahaja sebarang nasihat
2. Fahami sepenuhnya ciri-ciri sesuatu pelaburan
3. Fahami kesan daripada setiap keputusan kewangan
4. Jangan laburkan semua wang anda dalam satu pelaburan
5. Dapatkan nasihat secara bertulis
6. Selalulah menilai kedudukan kewangan anda
2. Fahami sepenuhnya ciri-ciri sesuatu pelaburan
3. Fahami kesan daripada setiap keputusan kewangan
4. Jangan laburkan semua wang anda dalam satu pelaburan
5. Dapatkan nasihat secara bertulis
6. Selalulah menilai kedudukan kewangan anda
Perancangan kewangan
Dalam perancangan kewangan anda, tetapkan matlamat yang realistik dan bersikap realistik terhadap jangkaan anda. Sentiasa bertanggungjawab terhadap kewangan anda.
Dalam perancangan kewangan anda, tetapkan matlamat yang realistik dan bersikap realistik terhadap jangkaan anda. Sentiasa bertanggungjawab terhadap kewangan anda.
Tuesday, June 19, 2007 |
Ilmu dan Kemahiran Pengurusan Kewangan
Sebagaimana yang diterangkan dalam model SSW (Shuth Strategy of Wealth), keseimbangan antara elemen Ilmu dan Kemahiran adalah penting dalam pembentukan piramid Kekayaan dan ke jalan menuju kebebasan kewangan (financial freedom).
ILMU perlu dicari, tak kira sama ada membeli buku/majalah berbentuk ilmiah, menyertai kursus dan bengkel yang berkaitan atau melayari forum, blog atau website yang menyediakan maklumat-maklumat berguna yang berkaitan dengan pengurusan dan kebebasan kewangan.
KEMAHIRAN diperolehi setelah sesuatu pekara dilakukan secara berulang kali. Ia merupakan satu output yang terhasil selepas melalui beberapa proses dari pengalaman, pengamatan dan pembacaan.
Seperti yang diperkatakan oleh Shuth :-
Selain dari seimbang, ia juga bermula dari sedikit dan kemudiannya bertambah & meningkat dari semasa ke semasa, selari dengan peningkatan tahap kewangan anda. Semakin tinggi tahap kewangan anda, semakin banyak ilmu & kemahiran diperlukan
No comments:
Post a Comment