Fund for Blog Development-Please click

Sunday, June 12, 2011

Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP


(Sumber : Laman web KWSP)

Apa itu Skim Pelaburan Simpanan Ahli KWSP

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
  • Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP.
Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya:
  • (i)  Warganegara Malaysia; ATAU
    (ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di
    bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum
    1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum
    semula dengan KWSP; ATAU
    (iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
    * Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    * Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00
Simpanan Asas
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.
Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut:

Amaun Yang Layak Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan simpanan sepertimana berikut:
• 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
• Jumlah miminum pengeluaran pelaburan adalah RM1,000.00
• Jumlah maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas
• Formula: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%
Syarat-syarat Pengeluaran
IPD Yang Dibenarkan
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan, sila klik link berikut untuk melihat Senarai Institusi Pengurusan Dana Yang Terkini

Kekerapan Pelaburan
• Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
• Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
Pelaburan Secara Terus
• Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Semua pelaburan hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
• Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
Tanggungan Risiko Pelaburan
• Anda bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab.
Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP
• Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.
• Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.
Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan
• Anda tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP.
Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD
• Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut.
Bayaran Perkhidmatan
• Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.
Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
• KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
• Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli/waris dengan pihak IPD.
Penamaan
• Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan dan Kaedah Bayaran
i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL). Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang. Borang ini juga boleh diperolehi daripada IPD yang diluluskan atau agen sah yang dilantik IPD.
ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.
(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).

Kaedah Bayaran
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.
Cara Permohonan Dihantar
• Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.
• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses.
• Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.

No comments:

Post a Comment