Fund for Blog Development-Please click

Sunday, February 19, 2012

Tambahkan Simpanan Anda dengan Public Dana Islamic Savings (PISVF)

Public Dana Islamic Savings (PISVF) adalah sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai terutamanya saham-saham Malaysia patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. PISVF juga boleh melabur dalam saham-saham bertumbuh atau pemulihan yang patuh Syariah serta mempunyai potensi untuk menerima pakai dasar pembayaran dividen.
Dana   ini   memfokuskan   pelaburannya   terutama   dalam   pasaran   domestik,   PISVF menawarkan kepada pelabur-pelabur peluang untuk mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Prestasi sektor patuh Syariah terpilih ekonomi Malaysia dijangka terus disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan bagi jangka masa lebih panjang.

Bagi mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan,  Jepun,  Hong  Kong,  Negara Thai,  Indonesia,  Filipina,  Luxembourg  dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
Prospek Pertumbuhan bagi Ekonomi Malaysia
Ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang sebanyak 4.5% pada tahun 2011  dan 5.4% pada tahun 2012  disokong oleh permintaan domestik yang kukuh ditengah-tengah perbelanjaan pelaburan yang lebih tinggi dan penggunaan swasta stabil. Walaupun permintaan luar  negeri dijangka  lembap dalam  persekitaran ekonomi global yang  lebih mencabar, ekonomi domestik Malaysia disokong oleh pertumbuhan pendapatan boleh berbelanja  yang  bertahan,  aliran  demografi  menggalakkan  dan  kadar  pinjaman  yang
berpatutan.
Dalam jangka sederhana hingga panjang, perbelanjaan pelaburan yang lebih tinggi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka akan meningkatkan prestasi sektor patuh Syariah terpilih di Malaysia. Sektor komunikasi  mengalami peningkatan aktiviti-aktiviti dengan  sasaran  pelancaran  sebanyak  10  projek  kandungan  dan  infrastruktur  dengan anggaran   nilai  pelaburan  sebanyak   RM51   bilio n.   Sektor   ini   menawarkan  prospek pertumbuhan yang menjanjikan infrastruktur komunikasi lebih baik di mana ia dijangka menyumbang kepada peningkatan urus niaga perniagaan, peningkatan dalam aliran maklumat dan pembentukan pengetahuan baru dalam membangunkan modal insan yang penting dalam tahun-tahun akan datang.
Manakala, sektor pengguna harus terus mendapat manfaat daripada perbelanjaan pengguna yang  berterusan seiring dengan pendapatan yang berdaya tahan. Perbelanjaan pengguna dijangka akan berkembang di sebalik peningkatan pembandaran, demografik yang menarik dan usaha-usaha kerajaan untuk  mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan. Sehingga kini, pihak kerajaan telah mengumumkan sebanyak 12 daripada 27 projek dalam industri peruncitan dan pelancongan dengan anggaran sebanyak RM25 bilion di bawah ETP. Tambahan pula, Belanjawan Persekutuan 2012 yang diumumkan pada bulan Oktober 2011 mengandungi pelbagai langkah untuk meningkatkan ekonomi kumpulan berpendapatan rendah,   kelas   pertengahan   dan   warga   tua.   Langkah-langkah   ini   dijangka   dapat meningkatkan pendapatan boleh berbelanja isi rumah dan menyokong perbelanjaan pengguna.
Sektor  minyak  &  gas  juga  mendapat  manfaat  di  bawah  ETP  dengan  syarikat  minyak nasional, PETRONAS menerajui inisiatif tersebut. Sejak pelancaran ETP, 12 daripada 65 projek telah diumumkan dengan nilai pelaburan yang dianggarkan sebanyak RM88.2 bilion. Akhir sekali, sektor infrastruktur mengalami peningkatan aktiviti dengan perlaksanaan projek-projek seperti projek Transit Aliran Massa (MRT) di bawah Greater Kuala Lumpur yang bernilai RM40 bilion – RM50 bilion dan beberapa lebuhraya baru di Lembah Klang.
Tinjauan untuk Pasaran Saham Malaysia
Selepas meningkat sebanyak 18.2%1 pada tahun 2010, pasaran ekuiti Malaysia, seperti yang diproksikan oleh Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia (FBMS), bertambah kukuh pada pertengahan pertama tahun 2011 disokong oleh aktiviti-aktiviti ekonomi kukuh. Walau bagaimanapun, penjualan berlebihan dalam pasaran global menyebabkan pasaran tempatan jatuh mencecah paras urus niaga harian rendah dalam tempoh 14 bulan pada akhir suku ketiga 20111 dengan mencatat 8,642.0 mata. Indeks FBMS, kemudian melantun dan ditutup pada 9,924.9  mata dengan  mencatatkan penurunan dari permulaan tahun  hingga  tarikh sebanyak 1.3% pada 31 Oktober 20111.
Selepas pasaran ekuiti jatuh mendadak pada penghujung suku ketiga tahun 2011 disebabkan oleh kerisauan pada pergerakan pertumbuhan ekonomi global  yang  perlahan dan krisis hutang berdaulat di Eropah, saham-saham tersenarai patuh Syariah di pasaran ekuiti domestik diniagakan di bawah aliran penilaian dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi pelabur jangka sederhana hingga panjang.

No comments:

Post a Comment