10 tip pengurusan kewangan terbaik
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.
Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding
kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.
Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepat
Publish Post
kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
(biasanya lepas dapat gaji, kitaorg akan tolak siap2 mana2 perbelanjaan yg wajib dibayar , cth : rumah & maintenance, kereta, bil2 elektrik, insurans, hp, astro, broadband, babysitter, PTPTN, credit card...lepas tu buat plak senarai barang2 keperluan rumah (barang2 dapur) yg perlu dibeli , selalu beli 2 minggu sekali..)
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
(Ni memang penting, lagi2 kalau nak balik kampung ke, nak pergi bercuti ke, memang kena buat bajet...biasa kitaorg akan plan & buat bajet dulu & tengok perbelanjaan tersebut)
3. Lunaskan hutang kad kredit
3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!
(tak pakai kad kredit, cuma en suami je pakai..dia dah warning awal2 dah supaya ayu tak boleh apply..hehe..kalau nak pakai pun, pakai dia punya je..setakat ni pernah la tergores 1-2 kali tu pun atas pengawasan beliau...ku tak boleh pakai duit plastik ni, ku sangat BOROS orangnya...cukuplah melihat en suami je yg membayar kad kredit ni..)
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.
(carum 11% di dalam KWSP, en suami plak baru je tukar ke skim pencen)
5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
(Setakat ni menabung juga ke dalam ASB n tabung haji..ASB setiap bulan, tapi tabung haji tidak lah setiap bulan...azam tahun depan, at least nak simpan kat tabung haji tiap2 bulan juga walaupun amaun yg kecil..)^_^
6. Melabur!
Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
(Ni pun tak ada di dalam senarai lagi...mmmm...)
8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
(Insurans memang dah ada n setiap bulan, en suami yang bayar..ada 2 insurans iaitu satu insurans diri + kesihatan & 1 lagi insurans keluarga..dua2 dibawah lindungan Takaful Ikhlas..untuk anak2 pulak, ayu ambil insurans pendidikan di bawah Insurans Etiqa)
9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.
(Wasiat tak buat lagi, nak letak penama kat KWSP pun tak buat2 juga lagi ni..ish..ish..bila nak buat entah la..kena catit gak ni...)
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
(sejak beli rumah tahun 2008, kitaorg dah mula merekod setiap perbelanjaan.. semuanya simpan dalam file2 yg berkaitan...senang n mudah untuk tengok semua bil2 tersebut..file utama adalah file untuk menyimpan resit2 pembayaran rumah & maintenance, bil2 elektrik , astro, hp & broadband.. apsal bil air tak ada??? sejak pindah ke sini, tak pernah lagi bayar bil air ...)
- Sedikit informasi dari rakan2 di RH, sekiranya anda mempunyai masalah didalam menyelesaikan hal2 berkaitan pengurusan kredit, bolehlah pergi ke Agensi Pengurusan Kredit dan Kaunseling (AKPK) dimana mereka merupakan agensi kerajaan yang bertujuan untuk mendidik rakyat kita dengan ilmu2 pengurusan kewangan..malah, mereka juga menawarkan bantuan untuk berunding dengan pihak bank sebagai tentang usaha2 yang perlu dilakukan untuk mengurangkan beban kredit..
No comments:
Post a Comment