Berikut merupakan contoh quotation berdasarkan maklumat seperti di bawah:
Umur : 28 tahun
Jantina : Perempuan
Status : Bujang
Pekerjaan: Executive
Tahap kesihatan : Sihat dan tidak merokok
Manfaat-manfaat yang boleh diperolehi adalah seperti di bawah:
1- Kematian/ Hilang Upaya Kekal (Takafulink) = RM50,000
Nota: Sekiranya berlaku kematian biasa atau hilang upaya kekal pada peserta, maka waris atau peserta layak menerima pampasan seperti jumlah di atas.
2- Penyakit Kritikal (Crisis Shield) = RM20,000
Nota: Sekiranya peserta mengalami penyakit kritikal seperti dalam senarai 36 jenis penyakit kritikal, maka peserta akan menerima pampasan seperti jumlah di atas secara lump sum.
3- Wang Ihsan (Compassionate Benefit) = RM2,000
Nota: Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada PruBSN.
4- Kematian atau Lumpuh Keseluruhan Kekal disebabkan Kemalangan (Accidental Death & Disablement) = RM20,000
Nota: Manfaat ini dibayar sekiranya peserta mengalami lumpuh/kecacatan kekal atau mati disebabkan kemalangan. Manfaat ini adalah tambahan manfaat asas di atas (Takafulink). Jumlah ini akan menjadi 2 kali ganda (RM40,000) sekiranya kemalangan itu berlaku semasa peserta menaiki pengangkutan awam darat (teksi, bas, keretapi, lrt) atau kebakaran di tempat awam (hotel, pawagam) atau semasa menaiki lif (bukan lif di tempat pembinaan).
5- Kad Perubatan (Takaful Health) = Pelan TH100
Nota: Pelan yang boleh diambil ialah TH100 iaitu medical card dengan limit penggunaan setahun RM50,000 dan seumur hidup RM500,000. (Sila rujuk Takaful Health untuk penerangan lebih lengkap untuk pelan TH100)
6- Elaun Wad (Hospital Benefit) = 2 unit = RM100/ sehari
Nota: Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad dan diwakili oleh unit. Satu unit bersamaan RM 50 sehari. Maka untuk 2 unit bersamaan RM100 sehari. Untuk melayakkan peserta mendapat manfaat ini, minimum perlu berada di hospital ialah 6 jam (walaupun tidak bermalam di wad).
7- Contributor/ Takaful Saver Contributor
Nota: Melalui manfaat ini, pihak PruBSN akan menyambung caruman anda secara automatik sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia (mana yang terdahulu) sekiranya anda disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
8- Pelaburan (Takaful Saver) = RM30 sebulan
Nota: Wang pelaburan anda secara bulanan dimana akan dilaburkan di dalam dana-dana pilihan anda. Nilai minimum untuk melabur melalui Takaful Saver ialah RM10 (berbanding RM1000 jika ingin melabur di Unit Trust!)
Bayaran caruman bulanan = RM150 @ RM 5 sehari!
Anggaran nilai simpanan dan pelaburan selepas 30 tahun = RM 42,745*
* Nilai ini bergantung pada nilai pasaran pelaburan. Dalam pengiraan ini, keuntungan pelaburan ditetapkan kepada 9% setiap tahun.
No comments:
Post a Comment