Takaful Health
Takaful Health – Kami beri ganjaran apabila anda sihat!
Di dalam kehidupan kita kekayaan yang sebenar ialah kesihatan kita. Tubuh badan yang sihat akan menghasilkan minda yang cerdas. Oleh itu Prudential BSN Takaful memperkenalkan pelan Takaful Health iaitu satu pelan perubatan yang memberi anda GANJARAN untuk kekal lebih sihat. Melalui pelan ini, anda akan menerima bonus tahunan sehingga RM500 jika anda tidak membuat sebarang tuntutan untuk satu-satu tahun tersebut. Menarik bukan? Anda sihat, kami beri ganjaran. Anda sakit, kami lindungi.
Takaful Health: Pelan Perubatan Terbaik Untuk Anda
Nikmati BONUS TIADA TUNTUTAN
PruBSN berikan anda bonus tanpa tuntutan bermula dengan RM100 sehingga RM500 (bergantung pada jenis pelan yang anda ambil) dalam tahun tersebut. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah kekal sihat.
Perlindungan MENYELURUH untuk bil hospital dan pembedahan
Usah risau memikirkan kos rawatan yang anda perlu bayar sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar. Takaful Health akan memberi ketenangan fikiran dengan perlindungan menyeluruh kepada anda.
Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan
Anda boleh memilih untuk meningkatkan had tahunan tuntutan (Hanya untuk pelan TH200 ke atas sahaja). Jadi anda tidak perlu risau sekiranya bil perubatan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.
Pilihan pelan perubatan yang MAMPU DIMILIKI
Anda mempunyai 5 pilihan pelan perubatan yang sesuai dengan keperluan dan belanjawan anda.
Pilihan perlindungan sehingga 70 TAHUN atau 80 TAHUN
Semua pelan perubatan ini memberi perlindungan kepada anda sehingga 70 tahun atau 80 tahun
* Nota: Ko-Takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar sejumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Baki kos akan dibayar oleh PruBSN.
No comments:
Post a Comment