Fund for Blog Development-Please click

Sunday, January 2, 2011

Takaful saver

Takaful Saver

Hari ini menabung sedikit, esok pula hasilnya membukit!
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.
Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.
Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.
Bagaimana Takaful Saver dikendalikan?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.
• Caruman tetap minimum: RM10 sebulan
• Caruman tetap maksimum: (Caruman tahunan Takafulink) x 5
Bagaimana kalau saya hendak menambah caruman?
Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.
• Penambahan minimum: RM500.00
• Penambahan maksimum: Tiada had
Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan.
Nota:
• 5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
• Caruman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.
• Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta.

No comments:

Post a Comment