Unit Trust (ekuiti) sifatnya lebih agresif dari simpanan Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Ada potensi untuk naik lebih banyak dan potensi untuk rugi banyak juga sebenarnya jika tidak kena caranya. Ada yang kata pelaburan Unit Trust untuk jangka masa panjang lebih menguntungkan dari simpanan tetap lain. Kenyataan ini benar bagi sesetengah pelaburan unit trust yang cekap diuruskan seperti sesetengah unit trust dalam Public Mutual, berdasarkan sejarah yang lepas. Tetapi bagaiamana akan datang? Hakikatnya Allah saja yang tahu.
Bagaimana jika kita boleh mengambil kesempatan dari sifat agresif unit trust public mutual misalnya ( fund yang diiktiraf oleh penasihat syariah) iaitu kita boleh membeli sewaktu rendah dan menjual sewaktu tinggi sebelum harganya jatuh? Bila harganya baru mula jatuh, kita bertukar (switching) kepada unit trust yang kurang berisiko seperti dalam money market dan islamic bond.
Ia (beli rendah jual tinggi) mungkin sukar dilakukan tetapi tidak mustahil. Alhamdulillah setelah mempunyai pengalaman analisa teknikal selama 10 tahun, saya telah berjaya mencipta kaedah analisa teknikal untuk menentukan waktu yang baik untuk membeli dan menjual unit trust, tanpa perlu membuat ramalan apa akan terjadi esok, lusa, bulan depan dan tahun depan.
Kaedah saya ini sebenarnya memerlukan perisian berharga ribuan ringgit atau/dan kos langganan data yang boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Dan yang paling penting sekali sebenarnya ialah ilmu dan pengalaman.
Tugas seorang agen unit trust paling minima membantu yang lain membuka akaun/memulakan pelaburan. Bagi public mutual, Pelaburan dan tranksaksi seterusnya boleh dibuat sendiri oleh pelanggan melalui telefon (telemutual), online banking (pbebanking) bagi pemegang akaun bank public mutual untuk penambahan, melalui internet (publicmutualonline) ataupun dengan pergi sendiri ke public bank/public mutual.
Agen yang mempunyai kaedah seperti yang saya gunakan insyaAllah dapat memberi nilai yang lebih berharga kepada pelanggan kerana mereka benar-benar mempunyai keupayaan untuk berkongsi ilmu masa yang terbaik untuk membeli dan switching. Mereka yang mempunyai ilmu sebegini dan amanah tidak hanya akan menyuruh pelanggan mereka membeli pada bila-bila masa saja, kerana mereka sedar ada masa yang sesuai dan ada masa yang tidak.
Mereka tidak hanya inginkan komisen saja, tetapi kepuasan pelanggan mereka membawa erti yang besar juga.
Walaupun seperti yang saya sebutkan, kaedah yang saya gunakan sukar atau mahal untuk digunakan oleh kebanyakan orang, tetapi sebagai unit trust consultant saya boleh insyaAllah berkongsi pandangan dengan pelanggan saya waktu yang terbaik untuk membeli dan menjual. Ia adalah ‘win-win’ situation.
Apabila saya telah menggandakan simpanan saya, saya terfikir pada waktu tersebut, bukankah baik jika saya dapat berkongsi ilmu ini dengan lebih ramai dan saya tidak akan rugi apa-apa pun.
Baik, ramai yang bertanya betulkah melalui unit trust boleh dapat keuntungan 20%, 30%, 40% setahun seperti diwawarkan oleh sesetengah orang? Sebenarnya ini tidak tepat.
Hakikatnya ada waktu pasaran saham tidak begitu memberangsangkan, ada waktu ia agak rancak naik, dan ada waktunya ia menjunam jatuh. Ramai yang mengatakan mereka banyak untung dengan unit trust, tetapi hakikatnya kebanyakkan mereka untung (banyak) hanyak sewaktu pasaran saham naik, dan mereka hilang keuntungan tersebut sewaktu pasaran harga turun.
Contohnya, sekarang ini, sewaktu saya menulis, bulan September 2010, pasaran saham sedunia sedang naik, malah bursa Malaysia juga sedang rancak naik. Sebelumnya ia berehat, kiranya sekitar April 2010 hingga Ogos/September 2010. Dan sebelumnya ia agak meningkat juga bermula penghujung 2008.
Tahun 2008 amnya pasaran saham menjunam, begitu jugalah dengan unit trust equity yang kebanyakkannya bergerak selari dengan bursa saham. Begitulah pergerakan bursa saham ada turun naiknya. Malah dalam tahun 2005-2006 pasaran saham tidak bergerak begitu cergas. Ingat tahun 1997? Krisis pasaran saham, matawang asia di mana pasaran saham turun sehingga 80%? Hujung tahun 1998 hingga awal 2000 pula komposit Kuala Lumpur bergerak naik sehingga lebih 4 kali ganda.
Disinilah pentingnya ilmu menganalisa pasaran saham bagi menyelamatkan keuntungan. Pasaran saham tidak naik dalam masa sehari dan turun dalam masa sehari. Ia adalah kitaran berbulan dan adakalanya bertahun. Penganalisa yang paling selamat ialah mereka yang dapat menganalisa saham sewaktu ia mula naik dan turun, iaitu bila kitaran bermula tanpa perlu membuat ramalan/spekulasi atau mengikut khabar angin. Jika kebanyakkan khabar angin, ramalan, spekulasi itu benar, sudah tentu ramai yang untung, tetapi hakikatnya tidak. Mereka yang hanya menganalisa penanda aras pasaran saham insyaAllah dapat memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.
Ada beberapa kaedah “selamat” dalam unit trust seperti dollar cost averaging dan kaedah sasaran. Ramai yang selesa dengan kaedah-kaedah ini. Tetapi bagi yang ingin memaksimakan keuntungan bolehlah cuba menghabiskan masa bertahun-tahun mempelajari analisa teknikal dan sanggup rugi untuk mendapatkan pengalaman ataupun mencari agen yang telah melalui pengalaman tersebut.
Tetapi agen yang pakar bagaimanapun, tidak dapat membawa manfaat kepada anda jika anda terlalu berhati-hati sehingga takut untuk melabur. Sekurang-kurangnya cuba dan lihat dulu dengan pelaburan EPF. Sekurangnya wang di EPF itu boleh dialihkan kepada sumber yang diyakini halal insyaAllah.
No comments:
Post a Comment