Fund for Blog Development-Please click

Saturday, July 16, 2011

Semua orang boleh jadi JUTAWAN

Macam pernah dengar je tag line nikan...ni bukan tagline iklan PowerRoot-"sesiapa pun boleh jadi jutawan" tapi ni adalah kenyataan. Anda semua mampu jadi JUTAWAN, apa yang penting... kerjasama planning.

OK, hari ini saya nak kongsi bagaimana dengan hanya menyimpan duit di Unit Amanah, anda bakal bergelar seorang jutawan, bila wang simpanan telah mencecah sekurang-kurangnya RM1,000,000 dalam akaun. Bagi menjadikan impian ini satu kenyataan, tetapkan target bila dan berapa lama ia akan membuahkan hasil bernilai RM1,000,000. Ini semua bergantung kepada anda dan teknik ini tidak memerlukan anda melakukan extra pekerjaan atau part-time job.

Inilah rahsia KUASA PENGGANDAAN yang membantu anda menghasilkan pasif income.

Jika anda mempunyai RM20,000 dan melaburkannya ke dalam portfolio unit trust yang menghasilkan 15% pulangan tahunan dan dilaburkan secara lump sum. Anda bakal memperolehi RM1,324,235!!! walaupun anda membiarkan wang pelaburan begitu sahaja tanpa melakukan sebarang penambahan mahupun pengeluaran selama 30 tahun !!!  Jika anda lakukan ini pada usia 25 tahun, anda bakal menikmati usia persaraan pada umur 55 tahun sebagai seorang JUTAWAN.

Mungkin agak sukar bagi seseorang berusia 25 tahun untuk menyimpan RM20,000 sekali gus...simpanan duit kawin pun tak cukup-cukup :-). Jika tidak mampu menyimpan sebanyak RM10,000 atau RM20,000 dan seterusnya, anda boleh membuat simpanan secara tetap melalui kaedah auto debit. Ini bermakna bank akan membantu anda menyimpan dengan menolak wang dari akaun simpanan anda secara tetap setiap bulan. Kaedah ini dinamakan "Regular Saving".

Jika anda membuat simpanan secara "Regular Saving" di dalam portfolio Unit Trust dengan pulangan tahunan sebanyak 15%, anda akan memperolehi jumlah simpanan seperti berikut
  • RM200/Month - 30 tahun = RM1,384,656
  • RM300/Month - 30 tahun = RM2,076,984
  • RM400/Month - 30 tahun = RM2,769,312
  • RM500/Month - 30 tahun = RM3,461,640
Soalan: 30 tahun tu lama, boleh cepat skit tak ?
Boleh, semuanya bergantung kepada anda. Jika mempunyai kemampuan anda digalakkan memggandakan pelaburan untuk menghasilkan RM1,000,000 dalam masa yang lebih singkat sebagai contoh:-

Pelaburan sebanyak RM61,100 mampu menghasilkan RM1,000,000* dalam masa 20 tahun dan pelaburan sebanyak RM125,000 boleh menghasilkan RM 1,017,132* dalam masa 15 tahun sahaja.

* Pulangan tahunan sebanyak 15%

Walau berapapun simpanan anda,apa yang lebih penting, jangan bertangguh dan lakukan segera walaupun sedikit, untuk memastikan hari tua anda lebih bermakna

No comments:

Post a Comment