Pelaburan secara lump sum
Membuat pelaburan di unit amanah dengan jumlah yang banyak. Selalunya pelaburan dilakukan sekali sahaja dengan matlamat memperopehi pulangan yang berganda melalui keuntungan tahunan. Berdasarkan prestasi-prestasi lepas, kebiasaannya keuntungan unit amanah adalah antara 8% - 15% setahun. Merujuk kepada maklumat tersebut, seseorang yang membuat pelaburan secara lump sum sebanyak RM 10,000 akan memperolehi RM 174,494 setelah 30 tahun melabur jika keuntungan tahunan adalah 10% dan akan menikmati pulangan sebanyak RM 662,118 jika keuntungan tahunan adalah 15%. Jadual di bawah menunjukkan jumlah pelaburan yang diperolehi if a lump sum investment of RM10,000 has been made, with interest compounded yearly.
click for enlarge
Keuntungan yang diperolehi jika 15% = RM 662,118 - RM10,000 = RM652,118
Pelaburan secara 'Regular Saving'
Membuat pelaburan unit amanah secara bulanan atau tahunan.Selalunya jumlah pelaburan adalah sedikit. Matlamat pelaburan adalah untuk memdapat pulangan yang tinggi. Secara umumnya pulangan pelaburan di unit amanah adalah lebih tinggi berbanding membuat simpanan biasa di bank-bank.Berdasarkan keuntungan tahunan pelaburan di antara 8% - 15%, seseorang pelabur yang melabur sebanyak RM100 setiap bulan selama 30 tahun, akan memperolehi pulangan sebanyak RM227,933 jika keuntungan adalah 10% dan akan memperolehi RM700,982 jika keuntungan tahunan adalah 15%. Jadual di bawah menunjukkan jumlah pelaburan yang diperolehi if a regular saving investment of RM100 for each month has been made, with interest compounded monthly.
click for enlarge
Keuntungan yang diperolehi jika 10% = RM227,933 - RM36,000 = RM 191,933
Keuntungan yang diperolehi jika 15% = RM700,982 - RM36,000 = RM 664,982
Satu perkara menarik, Andainya wang sebanyak RM 36,000 dilabur secara terus (lump sum), berapa yang pelabur akan perolehi selepas 30 tahun......jeng..jeng :-)
Jika pulangan tahunan adalah 10% wang yang dilaburkan akan menjadi sebanyak RM 628,178 dan meningkat sebanyak RM 2,383,623 !!! jika keuntungan tahunan sebanyak 15%....wow * Lihat kedua-dua keuntungan yang diperolehi berbanding wang yang di laburkan.Dengan kuasa penggandaan, pulangan dapat dimaksimumkan jika pelaburan dilakukan dgn lebih awal dgn amount yang bersesuaian.
* Apapun, sikap menyimpan perlu dipupuk dan rancang matlamat kewangan anda sama ada rancangan jangka sederhana atau panjang spt downpayment kereta, perkahwinan, pendidikkan atau persaraan
* Apapun, sikap menyimpan perlu dipupuk dan rancang matlamat kewangan anda sama ada rancangan jangka sederhana atau panjang spt downpayment kereta, perkahwinan, pendidikkan atau persaraan
No comments:
Post a Comment