Fund for Blog Development-Please click

Wednesday, November 28, 2012

7 Steps To A Great Attitude

Alhamdulillah, I just finished reading a very interesting book titled, Get Fired Up Without Burning Up by Carol Grace Anderson. Actually buku ni saya beli back in 2002. Dah baca dah pun sebelum ni and I think this is my third time reading it. So this time saya nak share 7 langkah untuk mendapat attitude yang hebat supaya kita menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif.
1.Bergaul dengan orang positif
Kita kena berjumpa dan bergaul dengan orang orang yang positif  dan bertenaga. We need to build our network of friends where we are surrounded by good, enthusiastic, determined and positive people. Jika kita dikelilingi oleh persekitaran yang positif, secara tak langsung, kita juga akan menjadi positif because a great attitude is contagious.
2. Membaca buku yang memberi inspirasi
Kita semua tau reading is powerful. Apa yang kita baca akan mempengaruhi minda kita. Manakala minda pula akan mempengaruhi tingkah laku kita. So, filling up on wonderful books is great nourishment for the attitude.
“Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya”
- Azizi Ali
Teringat saya pada kisah mentor Jutawan Dr Irfan Khairi. Semasa beliau belajar di United Kingdom, beliau sanggup bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasaraya dan tandas selama 2 tahun semata mata untuk mengumpul wang bagi membeli buku-buku berkenaan internet dan juga buku-buku motivasi. Lihatlah beliau sekarang, kesemuanya telah memberi pulangan berlipat ganda.
3. Mendengar tape/CD motivasi
Apabila kita mendengar mesej mesej positif dan berinspirasi yang disampaikan dalam motivational tapes/CDs secara berulang ulang, secara tak langsung kita akan menjadi lebih positif because it overpowers so much negative we are all exposed to. Repitition makes a difference!
4. Mendengar muzik yang boleh memberi semangat dan inspirasi
Sama seperti mendengar tape/CD motivasi, mendengar inspiring music juga boleh memberi kesan positif kepada minda kita secara tidak langsung. Muzik sebenarnya adalah salah satu instrumen yang boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Dengan muzik kita boleh merasa sedih, gembira, romantik dan sebagainya because music is the magic of the soul.
Kalau tak percaya, cuba tanya those yang pernah study kat oversea dulu yang tak dapat pulang beraya di Malaysia. Pagi pagi raya tu bila dengar lagu arwah Sudirman “Dendang Perantau”, perghhh! Mesti tangkap leleh.. :-D
So, filling our lives with inspiring music is a powerful way to get a great attitude.
5. STP – Self talk power
Positive Self-talk adalah percakapan kita kepada diri kita sendiri menggunakan dialog dialog yang optimistic and uplifting yang boleh menaikkan semangat. Apabila kita bercakap dengan diri kita sendiri secara positif, secara tak langsung we will be more likely to do something favorable in our life as our brain will be programmed to do positive things!
6. Act “as if”
Penulis buku ni kata kita kena act “as if” kita ada attitude yang hebat kerana lama kelamaan act kita tu akan jadi habit dan genuinely kekal bersama kita. :-D
7. List everything going right
Penulis mencadangkan agar kita list down all the good stuff yang berlaku pada kita. Apabila kita fokus kepada just the good stuff, secara tak langsung kita akan melatih minda kita untuk fokus kepada perkara perkara yang positif sahaja.
Sebenarnya tak susah untuk menjadi positif. Insyaallah kalau kita amalkan, kita boleh jadi orang yang sangat hebat.  Walau macam mana pun, getting and keeping a good attitude ni macam kita lepas pantang dan nak kurus la. Kita tak boleh expect to be healthy and back to pre-beranak punya figure dengan hanya jogging sekali. It has to become part of our routine and makan pun kena la contol. Sama lah juga untuk dapatkan great attitude ni.
One step at a time brings great results. Keeping at it is the key.
Semoga kita semua berjaya, InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment