Kenapa agaknya?
Kalau soalan “kenapa”
tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya “kenapa
agaknya”.
Dari segi logik akal kenapa Allah tidak
memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?
Mungkin,
1. Allah tahu jika kita menjadi kaya
kita akan menjadi sombong
2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak
4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan
2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak
4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan
Terlalu banyak kemungkinan yang
kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Allah tahu
sesuatu yang kita tidak ketahui.
Allah mahu kita sentiasa meminta dan
merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika
sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan
tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi
tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hambaNya walaupun
hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu
juga adalah salah satu bentuk ujian.
Manusia kadang-kala nampak kekayaan itu
hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan
itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak kita rasa “mudahnya
urusan aku” , satu perkara selesai tanpa ada masalah yang
serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.
Allah tak berikan kita kekayaan tapi
Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak
kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling
pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja
habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada
kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun
mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding
kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.
Allah menurunkan ujian kerana
Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Contohnya, ujian
perasaan. Kadang-kala kita merintih kenapa Allah seksa jiwa dan perasaan
kita kerana masih ingatkan kisah cinta yang mungkin dah berakhir 4 atau
5 tahun lepas sehingga kita tutupkan hati kita pada orang lain.
Sedangkan si dia dah bergembira bersama
orang lain? Kenapa? Manusia sering bertanya kan. Persoalan-persoalan
yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan sebab musababnya. Bukan
merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah mahu kita sentiasa
dekat padaNya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah suatu hari nanti
pasti Allah akan gantikan perasaan itu kepada insan yang benar-benar
layak untuk kita.
Kita juga kena ingat dan terapkan dalam
diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang saya pun
kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi
kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan saya melupakan Allah, saya
redha jika saya hanya berada di level sederhana. Cukup makan
dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga.
Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada
Allah swt. Put your belive in Allah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment