Fund for Blog Development-Please click

Wednesday, November 28, 2012

Compound Interest – Senjata Jutawan

assalamualaikum dan salam ceria buat pembaca yang dihormati,
Kali ini saya ingin berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh Jutawan Internet kita, Dr Irfan Khairi pada suatu ketika dahulu.  Dalam artikel ini, beliau menulis mengenai kehebatan compounding interest apabila kita menyimpan di mana beliau merujuk compounding interest sebagai alat yang paling utama dalam memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia.
Malahan, Albert Enstein juga pernah mengatakan compounding interest adalah the eighth wonder of the world atau keajaiban kelapan dunia. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan istilah compounding interest ini? Secara ringkasnya, ia adalah nilai terkumpul yang akan diperolehi untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang tertentu. Sebagai contoh, jika anda menyimpan wang di bank sebanyak RM100,000 dengan kadar faedah 3.5% setahun, berapakah nilai terkumpul yang akan anda perolehi selepas 10 tahun atau 20 tahun kemudian.
Kunci utama kepada compounding interest ialah dengan memulakan penyimpanan atau tabungan seawal mungkin, walaupun dalam jumlah yang sedikit tetapi haruslah secara konsisten dan memilih tempat yang memberikan  pulangan yang tinggi untuk menyerlahkan lagi kehebatan compound interest ini. Dr Irfan Khairi turut menyentuh mengenai simpanan di mutual fund ataupun unit trust sebagai contoh medium simpanan yang memberikan pulangan 12% setahun secara purata.
Saya harap anda semua teruskan membaca artikel beliau di bawah ini dan semoga ianya dapat membuka minda kita semua tentang kuasa compound interest, seterusnya dapat mempraktikkannya di dalam kehidupan kita. Saya berdoa agar kita semua menjadi hambaNya yang bukan sahaja hebat dan berharta, tetapi pemurah kepada saudara-saudara kita yang lain.
Selamat membaca dan selamat beramal!
P.S. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut bagaimana anda boleh memulakan pelaburan unit amanah melalui pelaburan secara tunai ataupun melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, anda boleh menghubungi saya di talian 013 351 0301 atau email kepada emeldemarcos@yahoo.com. Saya sedia membantu anda mencapai objektif kewangan anda, Insya Allah.
Compound Interest – Senjata Jutawan
Sumber : Newsletter Jutawan Internet Irfan Khairi
Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?
Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. Cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini!
Caranya bukanlah cara cepat kaya, tetapi cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…
Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM 1 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlahnya menjadi RM 30. Setahun, jumlahnya menjadi RM 365. Teruskan simpanan ke dalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung di dalam tabung tersebut adalah RM 14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM 14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.
Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM 1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM 14,600 kini menjadi RM 352,943.18 selepas 40 tahun.
RM 352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM 338,343 tersebut datangnya dari kuasa faedah terkumpul atau compound interest.
Compound interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compound interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compound interest adalah “the greatest invention of all time”.
Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa walau betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!!
Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil kesempatan di atas kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM 2,500. Pendapatan isteri juga RM 2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan dibayar oleh suami. Manakala, gaji isteri disimpan ke dalam unit amanah yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda membuat rujukan di syarikat-syarikat Mutual Funds).
Pasangan tersebut sebenarnya adalah di dalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!!
Bagaimana?
Dengan menyimpan RM 2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda). Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM 2,439,315.77. Ya, hampir RM 2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun!! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!
(Kalkulator bagaimana nilai ini diperolehi boleh dirujuk di sini)
Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa compound interest dan apakah kunci kejayaan compound interest. Kunci untuk compound interest adalah MULAKAN DENGAN CEPAT!! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, kesan compound interest diperlambatkan.
Perhatikan senario ini.
Zahid menyimpan RM 200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM 400 setiap bulan. Dua kali ganda lebih dari Zahid.
Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun.
Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.
Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal – walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda!!
Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh
“… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.”
Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya!!
Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang PASTI. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura, di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!
Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri.
“Bolehkah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun?”
Jika boleh, tuan-tuan dan puan-puan, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang JUTAWAN!!
Salam cemerlang!
Nota: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melalui compound interest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakan perniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatan melalui compound interest ini.

No comments:

Post a Comment