Fund for Blog Development-Please click

Sunday, January 2, 2011

Takaful Link

Pelan Takafulink PruBSN adalah pelan takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan syariah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat di duga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh fleksibel dan lebih teratur.
Bagaimana Pelan Takafulink Dapat Memberi Manfaat Kepada Saya?
Kami akan membantu anda merancang perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan kemampuan anda dan apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.
Bagaimana Pelan Ini Dikatakan Pelan Fleksibel?
1. ANDA BOLEH pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya kekal tanpa menjejaskan sumbangan anda.
2. ANDA BOLEH tingkatkan liputan perlindungan anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
3. ANDA BOLEH wujudkan dana persaraan yang kukuh dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Majlis Pengawasan Syariah PruBSN dan dapat memberi pulangan tinggi dalam jangka masa panjang berbanding dengan simpanan di akaun bank.
4. ANDA BOLEH menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum untuk setiap pertukaran ialah RM1,000.
5. ANDA BOLEH mengeluarkan wang pelaburan anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran minimum ialah RM500 dengan baki di dalam akaun pelaburan sekurang-kurangnya mempunyai RM1,000.
6. ANDA BOLEH menambah pelaburan anda (sumbangan tambahan tunggal) pada bila-bila masa dengan penambahan minimum RM500.
7. ANDA BOLEH mendapat pengecualian cukai individu sehingga RM7,000 setahun.
Siapa Yang Layak Untuk Mengambil Pelan Takafulink?
Sesiapa sahaja yang berumur dari 19 tahun sehingga 60 tahun, tidak kira jantina, agama mahupun bangsa. Anda juga boleh mengambil pelan ini untuk anak anda yang berumur 19 tahun ke bawah.
Bagaimana Saya Hendak Bermula?
Pertama sekali anda perlu mengenal pasti keperluan perlindungan anda seperti perlindungan asas serta manfaat-manfaat tambahan yang lain. Kemudian anda perlu tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan untuk caruman pelan takaful ini. Sungguh mudah!
Apa itu Manfaat Asas?
Manfaat Asas dalam pelan Takafulink meliputi Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total Permanent Disability)
Kematian
Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* , Akaun khas Individu (ISA)** dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)*** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.
* PUA (Participant’s Unit Account) adalah akaun di mana unit-unit yang diperuntukan berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang dibayar.
**ISA (Individual Special Account) adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang diperuntukkan.
***IUA (Investment Unit Account) adalah akaun Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal diperuntukkan.
Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai 60 tahun. Unit-unit dalam PUA dan IUA serta nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.
Bagaimana dengan Manfaat Optional & Manfaat Tambahan?
Sebagai tambahan kepada manfaat asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat optional dan manfaat tambahan bagi mempertingkatkan perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.
A) Manfaat Optional
1) Crisis Shield ( 36 Jenis Penyakit Kritikal)
Bayaran secara lump sum diberikan kepada anda apabila anda disahkan menghidapi antara 36 jenis penyakit kritikal.
B) Manfaat Tambahan
1) Accidental Death & Disablement (ADD)
(Kematian atau Lumpuh Keseluruhan Kekal disebabkan Kemalangan)
Manfaat ini dibayar sekiranya peserta mengalami lumpuh/kecacatan kekal atau mati disebabkan kemalangan. Manfaat ini adalah tambahan manfaat asas di atas.
2) Accidential Medical Reimbursement (AMR)
(Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan)
Manfaat ini akan membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan peserta samada rawatan tersebut dilakukan di klinik biasa mahupun hospital. (rawatan biasa yang tidak memerlukan peserta ditahan wad atau bermalam di hospital)
3) Weekly Indemnity (WI)
(Pampasan Mingguan)
Melalui manfaat ini, para peserta akan dibayar pampasan mingguan sekiranya peserta mengalami kecacatan sementara dan menyebabkan peserta tidak boleh melakukan kerja seharian.
4. Hospital Benefit
(Elaun Hospital)
Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari anda tinggal di dalam wad dan diwakili oleh unit. Satu unit bersamaan RM 50 sehari. Maksima unit adalah 8 unit untuk satu polisi. Sebagai contoh, katakan peserta tinggal 7 hari wad dan mengambil 2 unit, maka bayaran akan diperolehi ialah 7 hari x [2 unit x RM50]= RM700. Kalau peserta mengambil sehingga 8 unit, maka sehari di wad, peserta akan mendapat RM400.
5. Disability Provider/Crisis Cover Income
(Elaun Lumpuh/Elaun Penyakit Kritikal)
Pampasan ini akan diberikan kepada peserta apabila anda disahkan Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan @ peserta mengalami penyakit kritikal. Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur anda 60 tahun.
6. Contributor/ Takaful Saver Contributor
Melalui manfaat ini, pihak PruBSN akan menyambung caruman anda secara automatik sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia (mana yang terdahulu) sekiranya anda disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
7. Spouse Contributor/ Parent Contributor
Melalui manfaat ini pula, pihak PruBSN akan menyambung caruman anda secara automatik sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia (mana yang terdahulu) sekiranya pasangan anda atau ibu bapa anda disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, hilang upaya kekal sebelum usia 60 tahun atau meninggal dunia.
8. Medical Cover
Manfaat ini mengabungkan 3 manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
Elaun ICU – Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU.
Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) – Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level).
9. Takaful Health

No comments:

Post a Comment