Fund for Blog Development-Please click

Sunday, January 2, 2011

Takafulink Cerdik

Takafulink Cerdik

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.
Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Bagaimana Pelan Takafulink Cerdik  Berfungsi Untuk Anak-anak Saya?

Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan Masa Depan Anak Anda

Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa. Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan – dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.
Bagaimana Pelan Ini Dikatakan Pelan Fleksibel?
1. ANDA BOLEH pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya kekal tanpa menjejaskan sumbangan anda.
2. ANDA BOLEH tingkatkan liputan perlindungan anak anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
3. ANDA BOLEH wujudkan dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Majlis Pengawasan Syariah PruBSN dan dapat memberi pulangan tinggi dalam jangka masa panjang berbanding dengan simpanan di akaun bank.
4. ANDA BOLEH menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum untuk setiap pertukaran ialah RM1,000.
5. ANDA BOLEH mengeluarkan wang pelaburan anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran minimum ialah RM500 dengan baki di dalam akaun pelaburan sekurang-kurangnya mempunyai RM1,000.
6. ANDA BOLEH menambah pelaburan anda (sumbangan tambahan tunggal) pada bila-bila masa dengan penambahan minimum RM500.
7. ANDA BOLEH mendapat pengecualian cukai individu sehingga RM7,000 setahun.
Siapa Yang Layak Untuk Mengambil Pelan Takafulink Cerdik?
Sesuai untuk anak anda yang berusia sehari hingga 15 tahun, tidak kira jantina, agama mahupun bangsa. Anda sebagai ibu bapa adalah pemilik sijil dan anda akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak anda.
Bagaimana Saya Hendak Bermula?
Pertama sekali anda perlu mengenal pasti keperluan perlindungan anak anda seperti perlindungan asas serta manfaat-manfaat tambahan yang lain. Kemudian anda perlu tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan untuk caruman pelan takaful ini. Sungguh mudah bukan?
Apa itu Manfaat Asas?
Manfaat Asas dalam pelan Takafulink meliputi Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total Permanent Disability)
Kematian
Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* , Akaun khas Individu (ISA)** dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)*** akan dibayar sekiranya anak anda meninggal dunia.
* PUA (Participant’s Unit Account) adalah akaun di mana unit-unit yang diperuntukan berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang dibayar.
**ISA (Individual Special Account) adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang diperuntukkan.
***IUA (Investment Unit Account) adalah akaun Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal diperuntukkan.
Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya anak anda mengalami HUPK sebelum beliau mencapai umur 25 tahun. Unit-unit dalam PUA dan IUA serta nilai ISA akan kekal dalam akaun anak anda.
Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami TPD sebelum berusia 5 tahun, pembahagian Jumlah Dilindungi yang akan dibayar adalah seperti berikut:
Bagaimana dengan Manfaat Optional & Manfaat Tambahan?
Sebagai tambahan kepada manfaat asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat optional dan manfaat tambahan bagi mempertingkatkan perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink Cerdik. Antara manfaat yang disediakan dengan Takafulink Cerdik adalah:
A) Manfaat Optional
1) Crisis Shield ( 36 Jenis Penyakit Kritikal)
Bayaran secara lump sum diberikan kepada anak anda apabila beliau disahkan menghidapi antara 36 jenis penyakit kritikal.
B) Manfaat Tambahan
1) Accidental Death & Disablement (ADD)
(Kematian atau Lumpuh Keseluruhan Kekal disebabkan Kemalangan)
Manfaat ini dibayar sekiranya peserta mengalami lumpuh/kecacatan kekal atau mati disebabkan kemalangan. Manfaat ini adalah tambahan manfaat asas di atas.
2) Accidential Medical Reimbursement (AMR)
(Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan)
Manfaat ini akan membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan peserta samada rawatan tersebut dilakukan di klinik biasa mahupun hospital. (rawatan biasa yang tidak memerlukan peserta ditahan wad atau bermalam di hospital)
3. Hospital Benefit
(Elaun Hospital)
Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari anak anda tinggal di dalam wad dan diwakili oleh unit. Satu unit bersamaan RM 50 sehari. Maksima unit adalah 8 unit untuk satu polisi. Sebagai contoh, katakan peserta tinggal 7 hari wad dan mengambil 2 unit, maka bayaran akan diperolehi ialah 7 hari x [2 unit x RM50]= RM700. Kalau peserta mengambil sehingga 8 unit, maka sehari di wad, peserta akan mendapat RM400.
4. Contributor/ Takaful Saver Contributor
Melalui manfaat ini, pihak PruBSN akan menyambung caruman anak anda secara automatik sehingga umur 25 tahun sekiranya anak anda disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Anda sebagai ibu bapa tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
5. Parent Contributor
Melalui manfaat ini pula, pihak PruBSN akan menyambung caruman anak anda secara automatik sehingga umur 25 tahun ibu bapa iaitu anda disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, hilang upaya kekal sebelum usia 60 tahun atau meninggal dunia.
6. Medical Cover
Manfaat ini mengabungkan 3 manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
Elaun ICU – Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU.
Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) – Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level).
7. Takaful Health
Sila rujuk di bahagian Takaful Health
8. Takaful Saver
Sila rujuk di bahagian Takaful Saver

No comments:

Post a Comment