Fund for Blog Development-Please click

Sunday, January 2, 2011

Takaful Sebagai Spare Tyre Anda

“ Kenapalah ko susah-susah buat cadangan pelan ni semua Din oi? Aku sihat walafiat lagi. Aku tak perlukan pelan perlindungan Takaful ni lagi buat masa sekarang,” jawab Ali.
“ Ko rasa bila ko akan pertimbangkan pelan perlindungan ini?” Soal saya dengan wajah agak serius.
“ Emm.. mungkin masa aku dah nak pencen nanti atau masa aku dah ada penyakit,”  jawab Ali sambil tersenyum.
“ Hemm.. masa tu mungkin aku tak datang jumpa ko dah.” Jawab saya dengan muka toye. Saya sengaja jawab sebegitu sebab nak lihat reaksinya.
“  Uish, sampai begitu sekali? Takkan sebab aku tak ambik Takaful dengan ko sekarang, ko nak dah nak lupa kawan.” Soal Ali. Mungkin tak sangka saya akan jawab sebegitu.
“  Sebab aku ingat dan tak lupa kat ko la yang aku jumpa ko sekarang ni. Kalau aku tak ambik berat pasal ko, aku tak jumpa ko cerita pasal benda-benda ni semua.” Jawapan saya itu membuatkan dia terdiam seketika.
“Maksud ko?” Ali seolah-olah tak berpuas hati dengan jawapan saya.
“  Senang cerita macam ni la. Pelan Takaful boleh diibaratkan sebagai tayar spare. Ko ada kereta dan aku percaya mesti kereta ko ada tayar spare, betul tak?” soal saya.
“ Ya, betul,”
“  Okey. Aku nak tanya ko. Kenapa ko bawak tayar spare tu ke hulu ke hilir dalam kereta ko?”
“ Mestilah sebagai langkah berjaga-jaga. Mana la tahu tiba-tiba tayar pancit tengah jalan, bolehlah guna tayar spare tu,” jawab Ali penuh yakin.
“ Ko berani tak buang tayar spare tu dan kemudian ko jalan jauh?” Saya cuba menduga.
“ Huish, tak berani aku. Mahunya jadi apa-apa di tengah jalan, tak ke naya”
“ So samalah dengan pelan Takaful. Ko tak tahu bila masa ko akan masuk hospital, terkena penyakit kritikal atau kemalangan. Mungkin esok, mungkin tahun depan atau mungkin sekejap lagi. Tapi sekurang-kurangnya ko dah ada pelan Takaful sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi semua kemungkinan yang aku sebutkan tadi. Kita tak dapat meramal masa depan. Tapi sekurang-kurangnya kita ada backup plan untuk menghadapi apa jua kemungkinan” jelas saya.
“ Pelan Takaful bukan untuk orang yang berumur dan bukan untuk orang yang sakit. Takaful ini adalah untuk orang macam kita yang masih muda ni, sebagai persediaan di hari tua. Kalau ko dah lepas had umur dan ada penyakit, mana-mana company takaful pun tak akan terima permohonan ko. Ko bagilah RM100 juta sekalipun permohonan ko tidak akan dilayan bila sudah lepasi had umur dan bila ko dah ada penyakit,”  terang saya.
“ Sebab tu aku jumpa ko pada masa sekarang dan bukannya masa ko pencen. Sebab kalau aku jumpa ko masa ko pencen, premium bulanan dah mahal Li. Sekarang ni dengan RM120 sahaja pada umur ko 26 tahun ni dah dapat benefit macam-macam. Siap sekali dengan medical card. Tapi katakan pada masa umur ko 55 tahun baru ko nak ambik, untuk medical card saja ko kena bayar lebih kurang RM200. Tu pun kalau ko tak ada sebarang penyakit. Kalau ko dah ada penyakit, terus reject permohonan ko.” Jawab saya lagi.
Nota : Wakil Takaful hanya akan ber’kawan’ dengan orang yang sihat, berumur di bawah 60 tahun dan berkemampuan. Sekali baca macam kerek (bahasa budak muda-muda sekarang) je kan? Hehehe. Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit untuk didengar. Kita mungkin hanya memikirkan mengenai diri kita sendiri. Cuba kita fikirkan, ditakdirkan Allah kita meninggal semalam, adakah waris kita mampu menyelesaikan segala hutang piutang kita pada hari ini? Adakah kita sanggup membebankan segala hutang piutang tersebut ke atas bahu ibu bapa kita? Bagi yang sudah bekeluarga, adakah sanggup segala hutang tersebut diletak atas bahu isteri dan anak-anak kita? Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment