Fund for Blog Development-Please click

Thursday, September 27, 2012

Bagaimana lakukan simpanan bagi yang sukar menyimpan


Assalamualaikum, semoga anda berada dalam keadaan baik dan ceria sentiasa. Kali ini saya nak berkongsi suatu perkara yang kebanyakannya diantara kita pandang remeh tetapi kita tahu ianya suatu yang sepatutnya kita buat, kita ada memasang impian dan keazaman untuk melakukannya tapi hilang kehangatannya setelah beberapa minit ayam katik peliharaan En Semat melepaskan hajatnya.Itulah yang selalunya terjadi apabila amalan menyimpan wang setiap bulan yang ingin dilakukan untuk menyahut saranan kempen-kempen yang dilakukan oleh badan kerajaan mahupun swasta kononnya, sering sahaja menemui kegagalan.
Memang susah nak simpan wang setiap bulan, lagi-lagi terlalu banyak godaan yang kita terima setiap hari daripada anak bini, kawan-kawan mahupun orang sekeliling kita untuk suruh kita belanjakan wang kita . Di TV, surat kabar, internet dan di mana-mana je lah, ada sahaja iklan-iklan dengan pelbagai teknik dan helah untuk membuatkan kita terus berbelanja dan yang lebih menyedihkan lagi apabila kita terpedaya untuk membelajakan kepada sesuatu yang betul-betul bukan keutamaan ataupun keperluan membuatkan kita terjerumus kedalam golongan tahap kewangan kritikal.
OK lah, saya tak nak cerita mengenai kawan-kawan saya yang selalu boros ke, banyak hutang ke, yang dah kaya lepastu miskin ke, yang dah tua tak larat pun terpaksa kerja lagi ke, semua itu dengan mudah sahaja kita boleh jumpa disekeliling kita. Kita digalakkan menyimpan wang, walaupun cuma sedikit, tapi macam mana nak menyimpan kalau pendapatan tiap-tiap bulan pun tak cukup? Disini saya ingin berkongsi cara mudah lagi kacang botak cara yang mungkin kita sendiri pun tidak sedar yang kita telah melakukan simpanan tanpa gagal setiap bulan dan dalam masa anda sedang menggandakan wang anda itu,wang anda turut berganda secara pulangan berganda terkumpul.
Pengurusan kewangan yang baik adalah menyimpan dahulu barulah berbelanja, jadi apakah kebiasaan yang selalu anda buat selepas dapat gaji? Menyimpan dahulu atau berbelanja dahulu? Dengan menyimpan terlebih dahulu, anda hanya boleh membelanjakan lebihan wang yang tinggal sahaja, dari situ perbelanjaan anda dapat disesuaikan. Disini saya sarankan teknik gunakan kemudahan yang diberikan oleh bank iaitu pemindahan secara automatik sebahagian wang yang ditetapkan oleh anda daripada akaun gaji anda ke akaun lain setiap bulan.
Contohnya: Anda merancang untuk mengumpul RM1200 setiap tahun, anda telah membuat arahan pemindahan wang sebanyak RM100 daripada gaji anda contohnya RM2500 setiap bulan, jadi, dalam akaun bank anda cuma akan tinggal sebanyak RM2400 setiap bulan. Setelah sepuluh tahun simpanan anda telah mencapai RM12000

Teknik ini seharusnya dilakukan ketika usia kita muda lagi kerana keperluan akan menigkat berkadar dengan usia kita. Dalam masa anda menggunakan cara ini untuk mengekalkan tabiat amalan menyimpan, anda juga seharusnya mengambil kesempatan menggunakan Kuasa Pulangan Berganda Terkumpul atau dikenali Compounding Interest dalam bahasa orang putih. Menurut ahli sains zaman moyang kepada moyang moyang dahulu iaitu Albert Einstein pernah mengatakan ” Compound Interest adalah salah satu keajaiban dunia. Sesiapa yang memahami akan menikmatinya, sesiapa yang tidak akan membayarnya” Dan menurut salah seorang jutawan terkenal di negara kita Irfan Khairi pula “Compound Interest adalah salah satu senjata jutawan”. Secara ringkas compound interest adalah interest yang dikenakan ke atas simpanan+interest. lagi banyak dan lagi lama anda menyimpan, kadar peningkatan keuntungan akan lebih banyak dan lebih cepat.
Sebagai contoh: Andaikan anda lakukan pemindahan secara automatik setiap bulan sebahagian wang gaji anda sebanyak RM100 dan menyimpan di dalam instrumen kewangan yang memberi purata pulangan faedah sebanyak 12% setahun. Wang simpanan yang sepatutnya hanya RM 12,000 kini menjadi RM23,234 selepas 10 tahun. Beza sebanyak RM11,234 banyak tu!! Hampir sekali ganda. Inilah yang dikatakan kuasa kadar pulangan berganda.. (Rujuk kalkulator)

Gambar dibawah menunjukkan perbezaan jumlah mengikut purata peratus kadar pulangan yang berbeza.

Kunci utama kepada compounding interest ialah dengan memulakan penyimpanan atau tabungan seawal mungkin, walaupun dalam jumlah yang sedikit tetapi haruslah secara konsisten dan memilih tempat yang memberikan  pulangan yang tinggi untuk menyerlahkan lagi kehebatan compound interest ini.


Lihat contoh diatas. Bandingkan apabila jumlah simpanan setiap bulan dan tempoh simpanan yang sama tetapi waktu memulakan simpanan yang berbeza menghasilkan jumlah pelaburan yang jauh berbeza pada usia persaraan.



Walaupun telah menggandakan simpanan, pulangannya ketika 55 tahun masih tidak mampu mengatasi simpanan yang telah dimulakan lebih awal.

Bagaimana untuk bermula?
Tentu anda sudah tidak sabar untuk mula menabung dengan teknik ini bukan. Untuk memaksimumkan kesan teknik  ini, ianya sesuai dilakukan dengan pelaburan dalam unit amanah patuh syariah Public Mutual.


Dengan kelebihan yang ada dalam unit amanah ini, sudah semestinya anda dapat melakukan simpanan dengan lebih selesa dan meyakinkan dan dalam masa yang sama dengan kuasa pulangan berganda wang simpanan anda itu  turut dapat berkembang secara maksimum. Berbanding dengan instrument kewangan lain seperti KWSP, ASB dan sebagainya, Unit amanah di Public Mutual kebiasaannya memberi kadar pulangan purata yang lebih tinggi iaitu 12% keatas bergantung kepada prestasi dana yang anda pilih.
Sebagai perunding unit amanah di Public Mutual, saya amat mengeshorkan anda meningkatkan simpanan anda secara santai bersama unit amanah di Public Mutual kerana repotasinya yang sememangnya meyakinkan dan telah terbukti.

Kesimpulannya, memulakan menyimpan lebih awal walaupun sedikit adalah sangat menguntungkan. Tetapi ramai orang yang tidak tahu atau mungkin buat-buat tak tahu atau kurang kesedaran mengenai hal ini. Disinilah peranan kami.. Lakukan langkah bijak anda dengan membuat simpanan bulanan tetap dalam unit amanah, jumlah minimum adalah RM100.

Amalan menabung dapat didik anak cara urus wang secara bijak

Amalan menabung dapat didik anak cara urus wang secara bijak
MENYIMPAN wang atau menabung, kemahiran hidup individu sepanjang hayat. Kepentingan menabung kerana ia disifatkan sebagai dana keperluan kecemasan dan bagi mencapai segala matlamat yang ada.
Persoalannya, bagaimanakah kita mahu menerapkan budaya menabung itu kepada si kecil? Apatah lagi dengan sesi persekolahan memasuki bukan kedua sekarang, sudah pasti usaha menabung itu juga harus dimulakan.

Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan mereka juga mengamalkan usaha menabung. Beri galakan kepada anak-anak dengan membeli tabung, selain tunjukkan akaun simpanan yang anda buka untuk mereka. Ambil masa untuk terangkan duit dalam akaun berkenaan diperoleh sempena kelahiran mereka atau sempena hari jadinya. Beritahu juga tabungan amat mustahak sebagai bekalan pendidikan mereka di masa depan. – Puteri Afroze Ahmed Kamil, Perunding Kewangan

Perunding Kewangan Islam Bebas, Puteri Afroze Ahmed Kamil, berkata tabiat murni itu perlu bermula dari rumah dan ibu bapa sewajarnya menjadi penyubur kepada tabiat berkenaan.
Menabung seharusnya bermula sejak usia muda, malah anak di usia tadika yang sudah memahami mengenai peranan wang, seharusnya diajar mengenai kepentingan wang dan kenapa individu perlu menabung.
“Salah satu cara memperkenalkan penggunaan wang kepada kanak-kanak ialah dengan menggunakan permainan seperti “Monopoply” atau Sayidina. Permainan ini mengajar anak mengenai kebaikan pelaburan. Permainan itu menerangkan sekiranya ingin membuat sesuatu pelaburan, kita memerlukan sejumlah wang dan ini boleh didapati dari tabungan kita.
“Lebih penting ibu bapa perlu menunjukkan mereka juga mengamalkannya. Beri galakan kepada mereka dengan membeli tabung, selain tunjukkan akaun simpanan yang anda buka untuk mereka. Ambil masa untuk terangkan duit dalam akaun berkenaan diperoleh sempena kelahiran mereka atau sempena hari jadinya. Beritahu juga tabungan amat mustahak sebagai bekalan pendidikan mereka di masa depan,” katanya mengulas mengenai menabung.
Segelintir ibu bapa mengambil jalan mudah menggalakkan menabung dengan hanya membenarkan anak membawa bekal tanpa wang saku, sedangkan itu bukan cara yang baik kerana anak tidak didedahkan dengan pengurusan wang yang betul.
Jelasnya lagi, anak kecil mungkin belum faham mengapa mereka perlu menabung, justeru ibu bapa memainkan peranan memberi penerangan dan motivasi mengenai kebaikan menabung.
“Mungkin dengan menerangkan kepadanya, sebahagian wang saku yang diberikan itu boleh disimpan dalam tabung, sekiranya mereka dapat berjimat cermat dengan membawa bekal ke sekolah. Tidak semua anak suka membawa bekal, kebiasaannya anak lelaki lebih gemar membeli. Bagaimanapun, ibu bapa dapat memotivasikan mereka dengan membekalkan makanan kegemarannya.
“Bagi kanak-kanak yang tidak diingatkan mengenai kepentingan menyimpan wang, mereka mungkin akan menghabiskan kesemua wang saku itu termasuk membeli sesuatu barangan yang tidak berfaedah berbanding kanak-kanak yang tahu matlamat menabung pasti akan menyimpan, jika ada lebih,” katanya.
Wang saku ibu bapa perlu sediakan untuk perbelanjaan anak ke sekolah iaitu termasuk untuk bayar tambang bas, selain membeli makanan.
Bagi anak yang lebih dewasa, mereka mungkin memerlukan bukan saja perbelanjaan untuk makan di sekolah, tetapi keperluan lain seperti membeli ‘top-up’ kredit telefon bimbit, majalah, makanan, minuman dan sebagainya.
“Ramai ibu bapa bertanyakan berapakah jumlah yang sesuai diberikan kepada anak, tetapi saya rasakan ia sesuatu yang sangat subjektif. Jumlah ini biasanya bergantung pada faktor kemampuan ibu bapa, berapa yang diperlukan oleh anak untuk berbelanja, misalnya sekolah di sesetengah bandar mungkin harga makanannya lebih mahal. Kadang-kadang mereka memerlukan wang lebih kerana perlu membeli makan tengah hari kerana ibu bapa bekerja dan tidak dapat menyiapkan makan tengah hari untuk anak mereka atau kerana aktiviti kokurikulum anak.
“Jumlah wang saku ini bergantung kepada keperluan murid dan kemampuan ibu bapa. Mungkin murid sekolah menengah, mereka perlukan lebih makanan, jadi perbelanjaan mereka lebih besar. Seelok-eloknya ibu bapa harus bertanya mengenai perbelanjaan anak. Adakah mereka berbelanja dengan cara berhemah? Cuba fikirkan, jika anak anda berbelanja RM1.30 sehari untuk membeli air berkarbonat, dalam sebulan anak anda mungkin berbelanja RM26. Ini mungkin satu peratus dari pendapatan isi rumah anda,” katanya.
Sebelum memberi wang saku untuk anak, ibu bapa sepatutnya membuat perhitungan dulu berapa yang diperlukan, bersesuaian dengan keperluan umur, keperluan anak itu sendiri dan juga kemampuan ibu bapa.
“Mungkin ada ibu bapa yang tidak kisah memberikan wang saku yang besar tetapi kriteria utama fikirkan adakah jumlah itu sesuai dan tidak keterlaluan. Ini secara tidak langsung akan memberi mesej kepada anak mereka harus berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut kehendak,” katanya.
Mengenai segelintir kanak-kanak sanggup berlapar sebab ingin melihat tabungnya cepat penuh atau meminta rakan ‘membelanja’ ketika waktu rehat, katanya, ia terjadi mungkin semangat membara mereka untuk capai jumlah terbesar, tetapi perlu jelaskan itu bukan tabiat yang baik.
“Ibu bapa harus prihatin mengenai keadaan itu dan selalu berbual dengan mereka dan menyatakan cara itu tidak tepat. Jika anak ingin cepat melihat tabungnya penuh, maka ibu bapa atau penjaga itu harus siapkan bekalan dari rumah atau berikan mereka sedikit ganjaran.
“Ibu bapa juga boleh bekerjasama dengan mereka, memberi ‘upah’ sekiranya si kecil membantu anda membuat sebarang pekerjaan (seperti mengemas rumah yang jarang dilakukannya) supaya dapat kumpul wang saku lebih banyak.
“Bagi remaja, galakkan mereka buat kerja sambilan yang bersesuaian dengan umur dan ia tidak mengganggu pelajaran mereka. Ibu bapa harus memantau anak tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral seperti mencuri untuk mendapatkan wang cara mudah,” katanya.
Pada masa sama, Puteri Afroze turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak menggunakan wang simpanan anak tanpa pengetahuannya.
Mengambil satu kes seorang anak kenalannya ‘patah hati’ untuk menabung kerana wang tabungan hasil simpanan wang hari rayanya digunakan ibu bapanya untuk membayar hutang ibu bapanya dan itu adalah tindakan tidak bijak.
“Cara ibu bapa berbelanja secara berhemah dan menabung menjadi contoh yang terbaik kepada anak. Kawan saya menceritakan, suami dia menyuruh anak berbelanja secara berhemah supaya duit itu dimasukkan dalam tabung. Seorang daripada anak mereka di Tahun Satu dengan berkata spontan, jika ayahnya tidak membeli rokok, sudah lama mampu beli kereta baru. Situasi itu menyebabkan suami dia terdiam,” katanya memberi contoh mudah bagaimana ibu bapa perlu menerapkan sikap bertanggungjawab.


INFO: Contoh pengiraan wang belanja (murid sekolah kebangsaan di bandar):
Belanja untuk makan ketika waktu rehat:
  • Makanan : Nasi lemak/mee/sandwich : RM1 – RM2
  • Minuman : RM1 – RM1.30
  • Kuih : RM0.40 – RM0.50
  • Jumlah yang diperlukan antara RM2 ke RM5, bergantung apa yang dibelanjakan ketika di kantin sekolah. Walau bagaimana pun mungkin ada yang memerlukan perbelanjaan selepas waktu sekolah dan biasanya murid suka membeli makanan ringan yang kurang berkhasiat yang dijual di luar sekolah.

  • INFO: Cara jimat/menabung:
  • Salah satu cara untuk mengajar anak kita berjimat adalah membawa bekalan, jika tidak mahu bawa makanan bawalah bekalan air dari rumah. Ibu bapa dapat pastikan bekalan air dari rumah adalah dari sumber air bersih atau sudah dimasak.
  • Sering nasihatkan anak-anak supaya membeli makanan yang berkhasiat. Makanan ringan serta minuman berkarbonat perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan ketagihan. Namun, perbelanjaan itu boleh ditukar kepada simpanan jika anak membawa bekalan makanan dan air ke sekolah.

  • Manfaat menabung
  • Sekiranya ibu bapa adalah pembayar cukai, pastikan menabung sekurang-kurangnya RM3,000 dalam PTPTN anak untuk mendapat penolakan cukai.
  • Sekiranya ada berlebihan, masukkan dalam simpanan yang memberi pulangan yang berlebihan, contohnya Amanah Saham Berhad (ASB) atau tabung amanah saham yang memberi pulangan yang menarik dengan risiko yang rendah.
  • Caranya ibu bapa boleh membantu anak memupuk sikap suka menabung
    Banyak caranya dan kaedah terbaik adalah dengan anda sendiri menabung dan menunjukkan sikap yang positif terhadap menabung.

  • Beri galakan atau motivasi dengan cara berikut
  • Gandakan setiap ringgit yang mereka simpan. Apabila mereka kecil, anda mungkin dapat gandakan 100 peratus, tetapi jika sudah banyak, mungkin anda dapat berikan 25 peratus atau 50 peratus daripada jumlah simpanan mereka.
  • Buka akaun simpanan PTPTN atau amanah saham untuk mereka.
  • Galakkan mereka untuk membuat matlamat untuk simpanan mereka. Contohnya jika mereka inginkan sesuatu permainan yang agak berharga, mereka haruslah menabung.
    Contohnya seorang kanak-kanak berusia 11 tahun membeli ingin membeli permainan bernilai RM800. Selepas mengumpul wang selama enam bulan, beliau dapat mengumpul wang sejumlah wang berkenaan. Sebagai tanda penghargaan kepada si kecil yang mencapai prestasi baik sepanjang tahun, ibu bapa boleh membayar 50 peratus daripada jumlah berkenaan.
    Baiknya cara ini apabila di sekecil bukan saja masih mempunyai simpanan dan pada masa yang sama dapat memiliki permainan yang diidamkan.

  • Sumber dipetik dari Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/articles/Tabunghayat/Article/

    Menggandakan simpanan anda cara santai

    Assalamualaikum.. Semoga anda berada dalam keadaan baik dan sihat sentiasa.. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai menggandakan simpanan secara santai. Samaada anda sememangnya seorang yang suka menyimpan wang atau sedang mencari kaedah meyimpan yang lebih baik ataupun baru ingin memulakan simpanan, anda telah memulakan satu langkah awal dengan mendapatkan info-info yang bermanafaat untuk perancangan kewangan anda yang lebih baik disini.

    Mengapa perlu gandakan wang simpanan?
    Untuk keperluan perancangan pendidikan anak-anak, perbelanjaan ketika persaraan yang cukup, perlukan wang disaat tak terduga, untuk mengembangkan perniagaan atau untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.
    Pengurusan kewangan yang baik tidaklah bermaksud mengumpul harta kekayaan sahaja, tetapi kehidupan yang lebih selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yg lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.
    Disini saya akan berkongsi dua kaedah menggandakan simpanan iaitu secara tunai dan tanpa mengeluarkan sebarang wang tunai anda..

    Gunakan Kuasa Compounding Interest dalam menggandakan wang simpanan anda.
    Compounding interest atau dalam bahasa melayu boleh dikatakan sebagai kadar pulangan berganda. Kunci utama kepada compounding interest ialah dengan memulakan penyimpanan atau tabungan seawal mungkin, walaupun dalam jumlah yang sedikit tetapi haruslah secara konsisten dan memilih tempat yang memberikan  pulangan yang tinggi untuk menyerlahkan lagi kehebatan compound interest ini.
    Irfan Khairi mengatakan “Compound Interest adalah salah satu senjata jutawan”.
    Albert Einstein pula mengatakan” Compound Interest adalah salah satu keajaiban dunia. Sesiapa yang memahami akan menikmatinya, sesiapa yang tidak akan membayarnya”.

    Meh ajak si cilik menyimpan... tips tips

    Setiap sesuatu mesti ada asasnya. Seperti Islam, asasnya ada 5 iaitu Syahadah, Solat, Zakat, Puasa dan Haji.Sesuatu yang didirikan tanpa asas yang kukuh akan mudah runtuh malah, mungkin ia tidak dapat didirikan langsung.
    Bangunan setinggi KLCC perlu ada asas binaan yang kukuh. Bayangkan kalau KLCC didirikan atas asas binaan apartment setinggi 5 tingkat. Tidak perlu jadi jurutera pun kita sudah boleh agak kesannya.
    Sama juga kalau kita mahu menjadi seorang yang kaya. Jutawan lah namanya. Kekayaaan (Wealth) menurut salah satu definisinya adalah nilai aset melebihi nilai liabiliti. Definasi, Aset adalah sesuatu yang membuatkan duit kita bertambah. Dan liabiliti pula, merupakan sesuatu yang mengurangkan duit kita., Bayangkanlah Aset itu, adalah sesuatu yang membuatkan duit kita bertambah. (Pertanyaan… Adakah kereta itu suatu Aset?)
    Siapakah sebenarnya ambil duit kita? Gaji/Pendapatan tidak pernah cukup setiap bulan, yang pasti setiap hujung bulan akan habis..!
    Tetapi asas yang utama adalah kita perlu ada tabiat menabung. Mungkin ramai daripada kita semasa kecil ada memiliki tabung. Dari tabung burung nuri, tabung ayam, tabung gajah, tabung buluh, tabung bangunan Tabung Haji dan sebagainya. Namun, kebanyakan kita selama ini menerima pendidikan mengenai konsep menabung yang salah.
    (Mmmm.. jangan risau, saya dulu pun berpegang dengan konsep menabung yang salah juga…)
    Konsep menabung yang salah itu adalah seperti berikut.
    Mak kita kata, “Atan, ambik duit seringgit ni buat belanja ye, nanti yang lebih tu masuk tabung.” Justeru, rata-rata, kita hanya menyimpan setelah ada baki.
    Gambarannya begini:
    Pendapatan – Belanja = Simpanan (P – B = S)
    Maksudnya, bila dapat saja gaji, kita terus belanjakan duit tersebut ke tempat lain terlebih dahulu, sama ada bayar sewa rumah, installment kereta, bil api air, bil handphone, hutang kad kredit dan segala perbelanjaan serta hutang. Maka, kalau ada lebih barulah kita simpan. Erti kata lain, kalau tiada lebih, maka tidak menyimpanlah kita.
    Bila gunakan konsep ini, memang jarang-jarang kita akan ada duit lebih di hujung bulan. Banyak daripada kita memang tak pernah cukup wang. Walaupun bergaji besar, belanjanya selalunya besar juga!…Bak kata pepatah, “Besar Periuk besar jugalah keraknya”. Justeru itu, kita memang akan gagal mengecapi kebebasan kewangan sampai bila-bila.
    Jadi, anda perlu berubah. Tukar kepada Paradigma baru. Jadi, tukar sahaja formula lapuk itu tadi dengan mengambil formula Simpanan Aktif:
    Pendapatan – Simpanan = Belanja (P – S = B )
    Mudah tak?
    Maknanya di sini….bayar untuk diri sendiri dahulu (untuk kayakan diri sendiri), barulah kita bayar untuk orang lain.
    Untuk ketahui teknik menyimpan wang yang berkesan? Walau seboros mana pun pasti dapat menyimpan wang tiap-tiap bulan tanpa gagal.. Sila baca disini untuk lebih lanjut.
    p.s formula menyimpan hasil duit gaji kita
    p.s.s Nk saving hari2?..smskan nama dan tempat anda untuk mengetahuirahsia saving hari2

    Miskin lepas pencen...



    Bukan Mudah Hidup Selepas Bersara
    - Utusan Online, 23rd October 2007
    BERITA mengenai miskin selepas pencen memberi satu tekanan kepada penulis ketika cuba membayangkan hidup selepas bersara.
    Apa yang mengerikan ialah walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006, namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.
    Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.
    Memang kita tidak dapat nafikan Malaysia sebuah negara yang sedang pesat membangun menuju ke arah negara maju sama seperti negara jiran, Singapura.
    Pendapatan per kapita penduduk negara ini ialah RM15,336 setahun pada tahun 2005. Dan sudah tentu pendapatan itu meningkat pada tahun ini apabila kerajaan meluluskan kenaikan gaji sektor awam.
    Tetapi jangan kita lupa bahawa yang mencarum dengan KWSP kebanyakannya adalah kakitangan swasta. Terdapat 10.38 juta pekerja swasta dengan 578,000 majikan pada tahun ini.
    Daripada jumlah itu, lima juta pekerja swasta mendapat pendapatan bulanan bawah RM1,000. Agaknya bagaimana nasib pekerja bawah RM1,000 ini untuk meneruskan kehidupan selepas bersara nanti.
    Walaupun kita tahu bahawa caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji pekerja swasta, tetapi baki 89 peratus itu sebenarnya bukanlah angka yang besar jika hidup di bandar raya.
    Kita ambil contoh seperti ini. Jika satu keluarga dengan empat anak iaitu contoh paling ideal untuk keluarga di negara ini, namun baki pendapatan tersebut harus pula digunakan untuk tujuan-tujuan lain.
    Dengan ibu bapa yang bekerja swasta, mereka perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran bulanan bas sekolah yang secara puratanya untuk seorang mungkin mencecah RM100 sebulan.
    Alhamdulillah pada tahun depan semua buku teks diberi secara percuma kepada semua pelajar. Jika empat orang anak bersekolah, bayaran bulanan mungkin mencecah RM400 sebulan.
    Ini tidak termasuk bayaran ansuran sewa rumah. Jika di Kuala Lumpur, bayaran sewa bulanan untuk rumah teres dua tingkat mampu mencecah lebih RM1,000 manakala rumah teres pula dalam kadar RM700.
    Lainlah jika membeli rumah pangsa tiga bilik. Mungkin kadar bayaran ansuran bulanan mencecah RM500. Tetapi anak pula tidak selesa hingga terpaksa berkongsi bilik.
    Sebenarnya walaupun terdapat baki pendapatan sebanyak 89 peratus, percayalah ia masih tidak memadai pada masa kini kerana terlalu banyak yang perlu dibuat dengan baki pendapatan di tangan.
    Terlalu banyak yang perlu dijelaskan seperti bayaran cukai pintu, bil-bil utiliti yang bukan murah kosnya disebabkan ia menggunakan petrol. Apabila petrol naik, maka kos mengangkat sampah di depan rumah juga akan dinaikkan.
    Kebanyakan pekerja swasta ini pula tinggal di bandar-bandar besar yang memerlukan kos yang besar. Bagi mereka yang berpendapatan lima angka hingga enam angka, kos kehidupan di bandar tidak membebankan sangat.
    Jangan pula kita lupa bahawa pekerja swasta daripada golongan Melayu tidak ramai memiliki pendapatan yang besar kerana mereka hanyalah pekerja dan bukannya golongan majikan.
    Jadi apa yang perlu dibuat? Sebenarnya sudah tiba masanya pekerja swasta berjimat cermat dan berbelanja jika perlu.
    Gunakan wang yang ada dengan bijaksana seperti melabur pada unit-unit saham amanah yang diuruskan oleh beberapa syarikat perbankan dan syarikat yang boleh diyakini seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB).
    Jangan pula melabur dengan saham cepat kaya di dalam Internet yang tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Nanti bukan sahaja untung tidak dapat, tetapi wang pula lesap.
    Kerajaan pula melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu membantu dengan memastikan harga barangan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. Janganlah meminta rakyat berjimat sedangkan rakyat sebenarnya tidak mempunyai pilihan.
    Bagi majikan di negara ini pula, kita harap dengan RM475 sebulan itu mampu menyedarkan mereka bahawa nasib pekerja di hari tua bukanlah begitu mudah.
    Walaupun ungkapan di hari tua untuk beribadat semata-mata, namun realitinya bukan begitu kerana ada juga yang sudah bersara terpaksa bekerja semula seperti menjadi pengawal keselamatan.
    Semua ini kerana pendapatan hari tua tidak seberapa sedangkan hidup perlu diteruskan.

    Kelebihan melabur dalam unit amanah dengan simpanan KWSP


    1. Anda dapat menambah tabungan/simpanan KWSP anda dengan lebih cepat
    Anda tentu seronok bila melihat pelaburan unit amanah anda meningkat dengan begitu banyak, dan secara tidak langsung akan menambah tabungan/simpanan anda di KWSP. Wahhh, seronoknya!!
    2. Anda dapat menjimatkan kos sebanyak 2.5% berbanding melabur secara tunai
    Ya, 2.5% mungkin nampak sedikit, tetapi cuba bayangkan jika anda ingin melaburkan RM1,000,000 melalui KWSP. Anda boleh jimat sebanyak RM25,000!! Sekarang, 2.5% itu banyak atau sedikit?
    3. Anda tidak perlu usik wang tunai di dalam dompet anda
    Ya, kerana anda hanya perlu mengeluarkan sedikit sahaja simpanan KWSP anda, iaitu dari Akaun 1 untuk membuat pelaburan unit amanah.  Cajnya pun ditolak daripada akaun tersebut, bukannya dari dompet anda!
    4. Anda tidak perlu beratur panjang untuk keluarkan duit
    Beratur itu sudah satu cerita. Menghabiskan masa untuk ke bank atau ATM? Masa untuk mencari parkir kereta lagi? Kos logistik (bayaran parkir dan minyak) lagi? Tentu menyusahkan bukan?
    Beruntung sungguh jika anda mempunyai simpanan KWSP!!

    Perbandingan Unit Amanah dengan instrumen pelaburan lain


    Sebagaimana yang kita maklum, unit amanah adalah satu bentuk pelaburan, sebagaimana instrumen pelaburan yang lain. Ini bermakna, kita mempunyai beberapa pilihan dalam menentukan apakah instrumen pelaburan yang sesuai dengan objektif pelaburan dan profil risiko kita. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan tersebut.
    Berikut adalah beberapa jenis instrumen pelaburan yang biasa dipraktikkan:
    • Unit amanah
    • Pasaran saham
    • Insurans/Takaful berkaitan pelaburan
    • Pelaburan asing
    • Wang Tunai dan Simpanan Tetap
    • Pelaburan hartanah
    • Produk kewangan derivatif

    Kita boleh membuat perbandingan tersebut dari beberapa sudut, iaitu:
    • Potensi pulangan
    • Tempoh atau jangkamasa pelaburan
    • Modal yang diperlukan
    • Kecairan aset yang dilaburkan
    • Risiko pelaburan

    Berikut adalah rumusan perbandingan yang telah dilakukan:


    Unit Amanah vs Pasaran Saham
    Pelaburan unit amanah adalah lebih baik berbanding dengan melabur secara terus di dalam pasaran saham dalam dua perkara, iaitu modal yang diperlukan dan risiko pelaburan. Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk melabur di dalam unit amanah. Anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000, malah ada yang boleh dimulakan dengan RM100 sahaja. Risiko pelaburan juga dapat dikurangkan melalui kepelbagaian pelaburan, tidak seperti pelaburan di dalam satu kaunter saham sahaja.

    Unit Amanah vs Insurans/Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-Link)
    Pelaburan unit amanah mempunyai satu kelebihan ke atas insurans/takaful berkaitan pelaburan, iaitu dari aspek kecairan modal. Pada kebiasaannya, penalti akan dikenakan kepada anda jika sekiranya anda ingin membatalkan polisi perlindungan anda tatkala objektif pelaburan anda berubah (seperti ingin menggunakan duit secara mengejut), dan penalti yang dikenakan itu berbeza kadarnya. Anda harus sedar bahawa anda tidak boleh mendapat kedua-duanya serentak; pulangan yang tinggi dan perlindungan yang tinggi. Dalam insurans/takaful berkaitan pelaburan, ia berkadar songsang; pulangan tinggi, perlindungan rendah, dan begitu juga sebaliknya.  Adalah lebih baik jika anda dapat mengasingkan pelaburan daripada perlindungan dan membuat kedua-dua perkara tersebut secara berasingan. Kedua-duanya adalah sama penting dalam konteks masing-masing.

    Unit Amanah vs Pelaburan Asing
    Pelaburan asing bermaksud melabur di luar negara. Sudah tentu banyak kelemahan jika anda melabur di luar negara. Anda akan terdedah kepada perubahan polisi negara tersebut, risiko kadar tukaran wang dan juga risiko-risiko yang lain. Ia juga memerlukan modal yang besar.

    Unit Amanah vs Wang Tunai / Simpanan Tetap
    Pelaburan unit amanah mempunyai kelebihan dari aspek potensi pulangan dan kecairan modal. Walaupun risiko simpanan tetap dan akaun simpanan/tabungan biasa seperti Tabung Haji, wadiah dan sebagainya adalah sangat rendah, potensi pulangannya juga sangat rendah. Oleh yang demikian, ia adalah terdedah kepada kesan inflasi yang boleh menyusutkan nilai simpanan. Siapa kata menyimpan wang di dalam bank tidak mempunyai risiko? Bank juga turut dilindungi oleh insurans, kerana bank juga mempunyai potensi yang sangat besar untuk dirompak!!

    Unit Amanah vs Pelaburan Hartanah
    Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang baik, tetapi anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencairkan aset dalam tempoh yang singkat. Ia juga memerlukan modal yang besar. Lainlah jika anda mewarisi hartanah yang banyak. Ia suatu isu yang tidak sama.

    Unit Amanah vs Produk Kewangan Derivatif
    Derivatif ialah produk kewangan yang memperoleh nilainya daripada harga komoditi atau instrumen yang lebih asas. Misalannya, nilai niaga hadapan minyak sawit mentah diperoleh daripada harga minyak sawit mentah. Produk derivatif yang biasa ialah “niaga hadapan” dan “opsyen”. Risiko pelaburannya adalah sangat tinggi berbanding pelaburan unit amanah. Jika anda tidak biasa dengan pelaburan derivatif, adalah lebih baik jika anda tidak melabur di dalamnya.



    Matlamat Pelaburan


    Secara peribadi, saya berpendapat bahawa pelaburan unit trust ini adalah salah satu bentuk pelaburan yang baik untuk
    1) Perbelanjaan sara hidup hari tua
    2) Perbelanjaan majlis kenduri kahwin anak-anak
    3) Perbelanjaan pendidikan anak-anak
    4) Perbelanjaan riadah dan melancong bersama keluarga
    5) Perbelanjaan perubatan hari tua
    6) ‘Back up’ ketika pulangan perniagaan tidak begitu baik dan tidak memberangsangkan
    7) Gantian kepada pencen bagi yang berkerja sendiri
    8) Melunaskan hutang
    9) Mengekalkan nilai wang dan kuasa membeli (melawan inflasi)
    Walau bagaimana pun, ini semua tidak akan dapat dicapai secara automatik. Setiap pelaburan ada risikonya dan adakalanya mungkin mengalami kerugian. Pelabur hartanah, pelabur saham, usahawan dan sebagainya juga tidak dapat memastikan nasib pelaburan dan perniagaan mereka. Tidak semua pelabur bernasib baik. Begitu juga dengan pelabur unit trust.
    Jadi, atas sebab inilah, para pelabur unit trust dinasihatkan untuk melabur ke dalam unit trust untuk jangka panjang iaitu untuk tempoh 3 tahun minimum. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko berkaitan untuk mendapatkan pulangan yang optimum.
    Pemantauan berterusan juga perlu dibuat oleh agen dan pelabur untuk mengenal pasti peluang dan masa terbaik untuk menambah, menjual atau menukar pelaburan. Semua keputusan seterusnya ini memerlukan ilmu, keberanian dan kesabaran.
    Namun begitu, saya secara peribadi berpendapat bahawa pelaburan unit trust ini adalah suatu bentuk pelaburan yang menarik dan meyakinkan. Ini kerana ianya diuruskan oleh Pengurus dana yang mahir dan berpengalaman, diuruskan syarikat yang kukuh dan juga dikawal selia oleh kerajaan. Insya Allah.
    Melaburlah bersama unit trust sekarang! Jangan tunggu lagi.

    Best Unit Amanah

    Pelabur dalam unit trust memberi banyak kelebihan. Saya senaraikan 7 manfaat unit trust.
    1. Pengurusan professional.
    Dana unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.
    2. Penyebaran risiko.
    Kelebihan utama unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.
    3. Sesiapa saja mampu melabur dalam unit trust.
    Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.
    4. Mudah tunai.
    Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.
    5. Selamat.
    Pelaburan dalam unit trust adalah selamat, kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Lagipun semua dana unit trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.
    6. Tidak memerlukan perhatian khusus.
    Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan usuran pelaburan dana, kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang dipertanggungjawabkan. Ini membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka kepada aktiviti lain.
    7. Pulangan yang menarik.
    Setakat ini, pulangan daripada unit trust sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah normal, malah terdapat dana yang memberi pulangan yang lebih tinggi jika pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi dalam jangka panjang pulangan unit trust adalah jauh lebih baik daripada simpanan tetap.
    Jadi, apa yang perlu anda buat? Bertindaklah. Bila? Sekarang.
    10 kebaikan mengapa anda perlu melabur dalam unit trust http://farm6.static.flickr.com/5002/5350590305_8c919fe0ba_m.jpg
    1)Kepelbagaian pelaburan mengurangkan risiko – ”don’t pull all your eggs in one basket”
    2)Kecairan yang tinggi – pelabur dengan mudah membuat pegeluaran(redeem/repurchase) pada bila2 masa.
    3)Pelaburan diuruskan oleh pengurus dana yang professional(Fund Manager) – tidak perlu membuat analisis mendalam mengenai semua kaunter2 pelaburan.Pelabur boleh menikmati hasil pelaburan yang menguntungkan dengan pengetahuan dan skil Fund Manager.
    4)Sesuai untuk semua golongan,nilai permulaan yang minimum – dengan modal yang rendah sahaja sudah boleh memulakan pelaburan berbanding saham di pasaran terbuka,atau pelaburan hartanah dsbgnya.
    5)Pendedahan kepada pelaburan – dalam Unit Trust adalah tidak mustahil utk melabur dalam satu atau kombinasi beberapa jenis pelaburan.Contohnya dengan RM1,000 pelabur berpeluang melabur dalam equitty,bond dll.Tetapi di pasaran saham terbuka/stock dengan RM1000 adalah mustahil untuk anda melabur dalam kesemua aset pelaburan tersebut.
    6)Selamat – Unit Trust mempunyai pemegang amanah/trustee(cth AManah Raya Berhad)
    7)Kadar keuntungan yang bagus – Secara purata keuntungan dari unit trust 10% – 15% setahun.Malah boleh jadi lebih dari itu.
    8)Mengatasi kadar inflasi – kadar inflasi 4% – 7% tidak dapat diatasi hanya dengan membuat simpanan tetap atau mengharapkan dividen dari simpanan KWSP.Unit trust adalah medium pelaburan yang sangat baik untuk mendapatkan keuntungan seterusnya mengatasi kadar inflasi setiap tahun.
    9)Banyak masa terluang – Ya betul anda perlu memantau akaun pelaburan,tetapi dengan unit trust semuanya lebih mudah kerana pergerakan unit-unit tidak seagresif saham2 di kaunter bursa,dan dengan ada nya pengurus dana profesional yang menjaga pelaburan anda,tidak perlulah memantau setiam jam atau setiap hari.
    10)Risiko yang boleh dihadapi – Unit Trust terletak dalam kumpulan risiko pertengahan spt graf di bawah.

    Pelaburan saham amanah jaminan masa depan individu, keluarga


    Pelaburan saham amanah jaminan masa depan individu, keluarga
    SEBAIK mendengar perkataan saham amanah, pasti terbayang habuan ribuan ringgit yang boleh dimanfaatkan. Namun hakikatnya, dana saham amanah lebih daripada itu kerana selain pelaburan jangka pendek dan panjang, ada yang turut menyifatkannya simpanan masa depan.Mengimbau sejarah dana amanah di negara ini, industri saham amanah bertapak di negara ini sejak 1959 lagi apabila pelabur Inggeris di Singapura menubuhkan Malayan Unit Trust Limited dan diikuti penubuhan dana saham amanah pertama di Malaysia, ‘Unit Trust Fund of Malaya.’
    Pada 1966, Asia Unit Trust Limited pula ditubuhkan diikuti dengan penubuhan Amanah Saham Mara Berhad sebagai syarikat amanah saham pertama yang dimiliki Bumiputera dan ditubuhkan untuk Bumiputera dalam tahun 1967. Pada April 1968, dana saham amanah pertama untuk pelabur Bumiputera yang dikenali sebagai ‘First MARA Bumiputra Investment Fund,’ dilancarkan Amanah Saham Mara Berhad.
    Lapan tahun kemudian pada 1976, Amanah Saham Pahang Berhad sudah ditubuhkan sebagai syarikat amanah saham negeri yang pertama dan pada 1981, Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan sebagai instrumen pasaran modal bagi meningkatkan taraf hidup dan penyertaan atau pemilikan ekuiti Bumiputera.
    ASN dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputera (ASB) membuka lembaran baru di dalam industri saham amanah di Malaysia. Masyarakat mula memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kebaikan melabur di dalam saham amanah.
    Bermula dari 1983, banyak institusi kewangan melancarkan produk saham amanah mereka dan industri ini terus berkembang dengan pesatnya selaras permintaan semasa orang ramai yang kian menyedari kepentingan pelaburan demi jaminan masa depan.
    Apabila Garis Panduan Saham Amanah diperkenalkan dan berkuat kuasa Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 serta penubuhan Persekutuan Pengurus-Pengurus Saham Amanah Malaysia (FMUTM) sebagai badan-badan pengawas industri saham amanah pada 1990-an, maka industri saham amanah terus bertapak kukuh di negara ini.
    Dengan perkembangan sihat ini, pengetahuan masyarakat dalam pelaburan amanah saham turut juga berkembang dan kaedah pelaburan ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.
    Masyarakat pelabur kini sudah semakin bijak menilai jenis pelaburan yang sesuai untuk mereka, lebih-lebih lagi pihak kerajaan amat menggalakkannya supaya lebih banyak dana saham amanah dibentuk. Pada masa sama, lebih banyak pilihan pelaburan ditawar kepada masyarakat selain melabur terus ke dalam pasaran saham.
    Namun, pelaburan saham amanah ini ada kelebihannya tersendiri jika dibandingkan dengan melabur terus ke dalam pasaran saham. Ia secara tidak langsung berkaitan pelaburan berisiko rendah dan cara yang selamat bagi mereka yang merancang untuk melabur dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.
    Apakah yang dimaksudkan dengan dana amanah? Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
    Ini disebabkan saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.
    Risikonya tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung!
    Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (seperti diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan sah dari segi undang-undang. Malah perunding saham amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FUMTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.
    Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal individu ataupun syarikat ini dan dilaburkan pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain.
    Saham amanah ini berbeza pelaburan pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM100, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal agak besar bagi membeli saham di bursa saham.
    Peluang pertumbuhan dalam saham amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.
    Sebilangan jenis saham amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal, dividen dan juga bonus.
    Kelebihan dana amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

    Rancang persaraan ketika muda
    SAAT persaraan sememangnya ditunggu setiap pekerja. Malah sudah banyak yang direncanakan untuk waktu berkenaan seperti bercuti, menunaikan ibadat haji atau melakukan hobi yang sebelum ini terpaksa dipendam dan ditunda dek kekangan masa serta kesibukan tugas.
    Namun, ramai yang lupa perancangan kewangan selepas bersara kerana beranggapan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mencukupi.
    Apakah benar persepsi sedemikian?
    Hakikatnya, ia tidak sebegitu terutama bagi mereka yang bekerja sendiri atau tidak berpendapatan tetap. Justeru, persaraan yang dilalui tanpa persediaan sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan ada yang terpaksa bergantung harap kepada anak dewasa.
    Berdasarkan senario sedemikian, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menawarkan beberapa saranan seperti yang dimuatkan dalam buku panduannya. ACCA menyifatkan amat penting bagi seseorang itu merancang persaraan seandainya mahu hidup selesa dan teguh kewangan apabila tiba usia emas.
    Ada beberapa langkah mudah perancangan persaraan yang boleh dilakukan sendiri seperti menentukan perbelanjaan diperlukan sewaktu persaraan, jumlah harta atau wang dimiliki sekarang serta apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.
    Semua persoalan berkenaan memerlukan pemikiran dan perancangan bersungguh-sungguh kerana jumlah wang diperlukan ketika persaraan mempunyai hubung kait dengan gaya hidup yang diinginkan.
    Misalnya, andai kata, anda merancang untuk berpindah ke sebuah rumah yang lebih kecil di sebuah kawasan pinggir bandar, justeru kos hidup mungkin lebih rendah berbanding tinggal di sebuah rumah besar di kawasan bandar. Sebelum memenuhi sebarang hajat, anda harus lihat dan teliti perbelanjaan semasa serta menganggarkan bagaimana ia mungkin berubah ketika persaraan kelak.
    Umpamanya, anda boleh mengurangkan kos pengangkutan dan perbelanjaan hiburan, tetapi anda mungkin perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan kerana kemungkinan jatuh sakit meningkat selaras pertambahan usia. Secara alternatif, anda boleh membuat andaian bahawa anda hanya memerlukan 70 peratus hingga 80 peratus daripada perbelanjaan semasa sewaktu persaraan. Jadi, jika anda bersara pada usia 56, anda memerlukan simpanan sekurang-kurangnya tempoh 24 tahun berdasarkan faktor jangka hayat penduduk negara ini.
    Ancaman paling besar memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan adalah inflasi. Anda mungkin tidak memberi tumpuan terhadap inflasi ketika anda bekerja kerana pendapatan anda cenderung meningkat seiring dengannya. Bagaimanapun, apabila berhenti bekerja, pendapatan anda lebih kurang tetap dan ini membuatkan inflasi muncul sebagai masalah besar.
    Apabila sudah mengetahui inflasi boleh menjejaskan pendapatan ketika persaraan, maka langkah seterusnya yang boleh di ambil untuk memastikan jumlah dana yang boleh bertahan sehingga 24 tahun. Andaikan bahawa purata kadar pulangan ke atas pelaburan untuk 25 tahun akan datang ialah lapan peratus dan memandangkan kadar inflasi ialah lima peratus, maka kadar sebenar pulangan ke atas pelaburan ialah tiga peratus.
    Mencari jawapan ini agak rumit kerana anda perlu tahu nilai setiap pelaburan masa depan, termasuk KWSP, nilai tunai insurans, pelaburan syarikat yang melabur dan membayar dividen dan hartanah. Bagi rancangan persaraan, anda dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti saham, bon dan dana saham amanah memandangkan pelaburan jenis ini menghasilkan pulangan yang tinggi berbanding bentuk pelaburan lain umpamanya faedah daripada akaun simpanan atau deposit tetap.
    Saham amanah adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudian dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko. Melalui kepelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.
    Nyata sekali, anda perlu memikirkan satu perancangan kewangan yang lengkap untuk persaraan anda dengan mengambil kira aset, hutang, perbelanjaan, tabungan, matlamat kewangan anda.
    Andai buntu, dapatkan bantuan perancang kewangan yang berkelayakan. Kesimpulannya, lagi awal perancang persaraan dibuat maka lagi cerah masa depan persaraan anda.

    INFO: Tip perancangan persaraan
    Pertimbang persoalan penting seperti:
  • Tentukan perbelanjaan diperlukan sewaktu persaraan.
  • Jumlah harta atau wang dimiliki sekarang.
  • Apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.
  • Perancangan persaraan:
  • Dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti saham, bon dan dana amanah yang hasilkan pulangan berbanding bentuk pelaburan lain seperti faedah akaun simpanan atau deposit tetap.
  • Pelaburan saham memberikan anda status pemilik dalam sesebuah syarikat yang dilabur. Jika syarikat itu berjaya, anda seharusnya boleh menjana wang dengan menjual balik saham itu. Anda juga mungkin boleh meraih keuntungan daripada dividen yang dikeluarkan oleh syarikat itu secara tetap.
  • Bon pula sebenarnya pinjaman perniagaan dan kerajaan yang dipegang untuk sesuatu masa. Lazimnya ia lebih selamat untuk melabur dalam bon dan sesetengahnya disokong oleh kerajaan.
  • Saham amanah adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudian dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko. Melalui kepelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.

  • Artikel ini dipetik daripada: Berita Harian Online

    Hutang VS Simpanan

    Walaupun terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai pengurusan wang, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak dapat merancang kewangan dengan baik. Statistik menunjukkan bahawa hutang kad kredit rakyat Malaysia berjumlah hampir RM25 bilion (setakat Mac 2010). Situasi ini sememangnya merisaukan dan isu kepentingan menyimpan duit dan membayar hutang sepatutnya menjadi satu perkara yang dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat.
    Persoalannya, dengan pendapatan yang terhad, apakah kita patut menggunakan duit gaji untuk membayar hutang sedia ada atau wang itu sepatutnya disimpan? Mana satu perlu didahulukan? Yang mana satu patut menjadi keutamaan? Membayar hutang atau membuat simpanan?
    Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana walaupun mempunyai akaun simpanan adalah satu cara untuk merancang masa depan, tetapi menjadi bebas hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang.

    Langkah #1: Wujudkan Dana Kecemasan
    Sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit atau menjelaskan hutang, langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika anda betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan anda yang paling utama. Setelah itu, barulah anda menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya.
    Dana kecemasan adalah penting kerana sekiranya  menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, anda tidak perlu berhutang. Denganini, situasi kewangan anda tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas. Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.
    Jadi berapakah jumlah dana kecemasan yang harus anda disimpan? Kebanyakan pakar kewangan mencadangkan bahawa anda menyimpan sebanyak tiga hingga enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Apabila gaji meningkat, tambahkan jumlah simpanan dana kecemasan supaya anda sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Akhir sekali, sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya.
    Langkah #2: Langsaikan Hutang Anda
    Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah anda iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, anda perlu menggunakan sebahagian atau semua duit yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.
    Bagaimana pula dengan simpanan? Ia mungkin bukan satu tindakan yang bijak untuk menambah lagi duit simpanan apabila anda masih mempunyai hutang. Kebanyakan hutang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun-akaun simpanan biasa di bank. Dengan itu, anda sebenarnya kerugian lebih banyak duit daripada hutang tersebut berbanding duit yang diperolehi daripada akaun simpanan.
    Contohnya, katakan anda mempunyai RM6,000 dalam sebuah akaun simpanan dengan pulangan 2% setahun dan hutang kad kredit sebanyak RM3,000 dengan kadar faedah 18% setahun. Berapakah jumlah duit anda selepas lima tahun? Jawapannya adalah sifar – anda akan hilang kesemua simpanan dan masih lagi berhutang RM200 kerana hutang akan meningkat kepada RM6,800, manakala simpanan hanya bertambah sebanyak RM600.
    Satu lagi pilihan adalah untuk melaburkan duit tersebut. Sekiranya produk pelaburan itu memberikan kadar faedah yang tinggi, anda boleh mengunakan keuntungan yang diperolehi untuk menjelaskan hutang sedia ada. Akan tetapi, ambil perhatian bahawa pelaburan mempunyai risikonya tersendiri dan anda mungkin mengalami kerugian. Ini bergantung kepada tahap risiko sesuatu produk pelaburan pilihan anda.
    Walaupun memilih untuk melabur, matlamat utama anda masih lagi untuk menjelaskan hutang. Maka, hutang mana yang harus dijelaskan dahulu? Biasanya, hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta harus dibayar dahulu. Biarkan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”.
    Langkah #3: Fokus pada Masa Depan
    Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting, anda bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan. Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda (ini juga dikenali sebagai prinsip “bayar diri sendiri dahulu”). Jika majikan membenarkan pemotongan gaji bulanan secara automatik, ambil peluang itu agar anda tidak terlupa untuk memindahkan duit tersebut.
    Setelah itu, inilah masanya untuk mula melihat kepada peluang membuat duit berkerja untuk anda iaitu dengan melaburkan duit yang ada. Anda boleh menggunakan sebahagian daripada wang simpanan untuk dilaburkan dan membantu menghasilkan pulangan. Produk pelaburan yang dipilih bergantung kepada objektif pelaburan dan toleransi risiko anda. Akhir sekali, sentiasa awasi pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat anda.
    Dengan ketiga-tiga langkah yang telah disebutkan, anda kini tahu bagaimana untuk mula mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang. Ingatlah bahawa menyimpan duit, melabur dan menjelaskan hutang adalah perkara-perkara jangka panjang yang berkaitan dengan cara hidup anda dan komitmen-komitmen kewangan lain. Selalunya, anda perlu melakukan perubahan kepada cara hidup bagi mencapai keseimbangan di antara ketiga-tiga perkara tersebut dan ianya bukanlah suatu yang mudah. Akan tetapi, jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang anda adalah kuncinya.
    Dipetik dari laman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

    Hati Hati Golongan Muda... hutang Hutang

    KUALA LUMPUR: Belia berumur antara 30 dan 40 tahun menjadi golongan paling tinggi menyertai Program Pengurusan Hutang (DMP) kendalian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan jumlah keseluruhan melebihi 40 peratus.
    Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, senario itu berkemungkinan didorong kesan bebanan hutang mahupun pinjaman yang diambil sejak awal khususnya ketika masih belum berumah tangga.
    Selain itu, katanya, kedegilan golongan berkenaan untuk memanfaatkan kemudahan perlindungan insurans yang disediakan kebanyakan institusi kewangan menyebabkan mereka terbeban dalam masalah membayar bil perubatan.
    “Daripada kes yang dikendalikan AKPK, kebanyakan golongan ini mempunyai masalah kewangan yang teruk sebaik mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak. Pelbagai hutang termasuk kad kredit ataupun pinjaman peribadi yang dibuat ketika zaman bujang belum habis dibayar sedangkan kos hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa.
    “Berbanding zaman sebelum berkahwin, mereka hanya menanggung diri sendiri dan tidak perlu menampung perbelanjaan lain seperti keperluan anak dan sebagainya. Dalam rekod AKPK sendiri, dua pertiga daripada pelanggan kami terdiri daripada lelaki,” katanya kepada Harian Metro.
    Mengulas lanjut, katanya, kegagalan mengetahui secara mendalam mengenai pengiraan kadar faedah kad kredit juga menyebabkan ramai antara pengguna sering melambatkan pembayaran hutang berkenaan.
    Menurutnya, dengan penggunaan RM3,000, pemegang kad kredit mengambil masa selama empat tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutang berkenaan jika hanya membayar jumlah minimum iaitu RM150.
    “Berdasarkan rekod Bank Negara Malaysia (BNM), hanya 60 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit di negara ini melangsaikan sepenuhnya jumlah wang yang digunakan sementara bakinya membayar secara ansuran.
    “Bayangkan berapa jumlah yang terpaksa kita bayar jika melengahkan pembayaran. Disiplin membayar secara penuh seharusnya dipupuk pada saat kita menerima kad kredit,” katanya.
    Koid menyarankan pengguna terutama bagi mereka yang seringkali tersasar daripada perancangan asal perbelanjaan supaya menggunakan kad debit yang jelas lebih selamat serta bebas hutang. Secara keseluruhannya, pengguna di Kuala Lumpur adalah paling ramai merujuk kepada AKPK disebabkan masalah kewangan dan menyertai DMP anjurannya diikuti Johor.