Mengapa perlu gandakan wang simpanan?
Untuk keperluan perancangan pendidikan anak-anak, perbelanjaan ketika persaraan yang cukup, perlukan wang disaat tak terduga, untuk mengembangkan perniagaan atau untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.
Pengurusan kewangan yang baik tidaklah bermaksud mengumpul harta kekayaan sahaja, tetapi kehidupan yang lebih selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yg lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.
Disini saya akan berkongsi dua kaedah menggandakan simpanan iaitu secara tunai dan tanpa mengeluarkan sebarang wang tunai anda..
Gunakan Kuasa Compounding Interest dalam menggandakan wang simpanan anda.
Compounding interest atau dalam bahasa melayu boleh dikatakan sebagai kadar pulangan berganda. Kunci utama kepada compounding interest ialah dengan memulakan penyimpanan atau tabungan seawal mungkin, walaupun dalam jumlah yang sedikit tetapi haruslah secara konsisten dan memilih tempat yang memberikan pulangan yang tinggi untuk menyerlahkan lagi kehebatan compound interest ini.
Irfan Khairi mengatakan “Compound Interest adalah salah satu senjata jutawan”.
Albert Einstein pula mengatakan” Compound Interest adalah salah satu keajaiban dunia. Sesiapa yang memahami akan menikmatinya, sesiapa yang tidak akan membayarnya”.
No comments:
Post a Comment